Pelik apa sangatlah .

Posted by sazali

salam

Dengar khabar dari jauh ..

Negara sedang berkembang dengan baik.

Jika tak silap  YB PM akan berucap pasal kesan TN50 ( transformasi nasional 2050).

Maaf , saya tak pasang TV sehari dua ini.

2)  Mengapa?

saya tak hairan sangat.
Apakah yang mujarab nya..

bila kita membina macam macam dengan cara berhutang.

Lagi pun ..laporan ini ..manusia yg buat.  Macam macam boleh buat memandangkan Negara ke arah PRU ke 14.

Jika laporan negative, cepatlah barisan nasional tumbang.

Oleh itu ..kena make-up sungguh sungguh.
Mungkin.

3) Penulis-penulis?

eh..ramai yang pandai menulis ini ..dibantu pulak dengan orang I.T  dari Putrajaya.

Janji ..impressive!

4)  Orang orang kampong .. kembang kecut jer lubang hidung mereka ..maklumlah
hutang Negara makin membukit.

ramai lagi pemuda pemudi yg ada ijazah dan diploma tak ada kerja yang sesuai.

hutang PTPTN kena bayar.

Tak ker ..sakit otak ibu dan ayah di desa.

Sebab itulah ..
orang kita tak hairan sangat berita dari Bank Negara (zaman Zeti Akhtar) dan kerajaan larni ..
kerana .. laporan banyak yang sekejap OK, sekejap tak OK.

ikut boss.  Mana nak percaya ini?


jika boss nak ok ..ramai pegawai akan buat laporan cantik cantik
jika boss tak ok .. ramai lagi yang sanggup buat macam macam.

Tengok sahajalah ..

hari itu IGP Datuk Khalid ..  kata PDRM ok. Mantap ?
sekarang sejak 2 minggu ni .. asyik cerita PDRM Melaka Tengah sahaja.

21 staf Bukit Aman kena .apa entah? 

Rumusan:
kita kena bertaqwabersungguh sungguh.  takut kepada Allah bukan PM Malaysia.  Ingat tu!
Orang bertaqwa ..bercakap benar walaupun pahit/

Orang orang Pekan, Pahang dok tengok TV.. bahawa

YB PM penat sehari dua ni .. hari tu ke China melawat syarikat AliBaba, selepas itu Nampak dia berdakap dengan King Saudi .. (harap tak berhutang apa apa lah kali ini atau mintak derma untuk menyekat kemaraan militant islam di rantau ini) ..  sambil happy happy dengan Trump ( Presiden USA).  Apa yg aku tahu .. Malaysia bukan Negara hebat pun ? Bila PM dan  Mr Trump ber baik baik sangat dengan YB PM kita ni ..  apa dia dapat hahh?

oh yes ..majalah TIMES senaraikan PM Malaysia sebagai 5 pemimpin yg tercorot dari segi popularity.    Ada beberapa sebab besar.

Itu majalah TIMES tau ..bukan harakah, amanah atau GG

kena saman tak majalah TIMES itu?

Apa apa pun aku berharap Negara ini akan maju dan terus maju
di bawah PM yg bertaqwa, jujur, amanah, tabligh dan aman.

Sekian.
Wasallam.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN al MUBARAK.  Maaf banyak banyak jika tak seronok baca apa yg ditulis selama ini.  Saya orang kampong saja. Mesti ada perasaan dalam keadaan harga barang semua mahal. Puasa ,,barang mahal/  raya puasa ..barang barang lagilah mahal ,, dan budak masuk university nanti ..mcm mcm mahal

dan sekarang dok berucap .  betapa berkesannya  program TN50 kita di UITM - university majority orang melayu.  Ingat berucap di UTAR, Perak ..  apa respons students bukan bumiputra di sana kot?

2 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Salam ramadhan untuk tuan dan keluarga..

  2. hjsazali@uthm.edu.my said...

    Wa alaikum salam Puan. Sana sana ustazah. DOA bnyk bnyk. Umat Islam melayu makin payah.

Post a Comment