panas

Posted by sazali

Salam

Sekarang musim panas di negara ini.
Bukan setakat Kuala Lumpur sahaja panas, Kota Bharu Bandar Islamik pun cukuplah panas.
Allahu Akhbar!
Kasihan bayi dan ibu ibu yang bekerja , bergegas ke sana sini bertudung dan macam macam assesori ..mesti panas ini.

2) mengapa panas?

mungkin faktor geografi
tetapi mengikut kitab kitab agama - kepanasan ini terjadi bila:

2.1 ramai umat islam tak menunaikan solat 5 waktu sehari
2.2 banyak maksiat merata riti (berzina, menipu,khianat amanah, rasuah, berjudi dan mengambil riba)
2.3 umat tak sabar - kereta terlekat dalam lorong terus bunyikan hon hon ..lantas ada orang menyerang dan terjadilah pertengkaran, pertumpahan darah , maki hamun
2.4 umat tergesa gesa mengejar macam macam benda kecuali keredhaan Allah
2.5 amalan riba sudah menjadi satu lumrah alam dari si pegawai yang rendah pendapatannya hinggalah kepada pemimpin -pemimpin politik (diandaikan) berpendapatan tinggi.  Ramai yang tahu riba itu haram tetapi mereka terus mengambilnya tanpa ragu ragu demi kelangsungan hidup
2.6  ibu bapa dilupakan
2.7 anak anak dilupakan , tidak dihiraukan dengan pendidikan agama dan akhlak yang baik
2.8  kurang sangat umat ini menjadikan pembacaan al quraan dan solat malam (tahajud) sebagai amalan hidup seharian
2.9 hukum hakam agama dipandang enteng
2.10  kurang sangat  kita berdoa kepada Allah

Semalam di kampung saya Pasir Puteh, kami menerima hujan selama 2 jam di petang hari
Syukur.
Mungkin doa kami diterima. Alhamdulilah.

Hari ni langit gelap sahaja .. tetapi hujan belum turun turun.
Dinasihatkan jangan membuang air dari tempayan lagi
tunggulah sekejap lagi
bila hujan lebat turun ..
boleh buang air kotor dari tempayan dan kita pakat pakat tadah air hujan yang ;bersih'. Boleh?

Sekian.
Harap dapat satu keinsafan. Allah tolong kita jika kita menolong agamanya.
Bagaimana?  bila anak anak muda sudah mula menjalankan solat beramai ramai dan mereka menjauhkan diri dari maksiat.

Insya Allah.

Wasallam


0 comments:

Post a Comment