cukup memalukan

Posted by sazali

salam

Di kampong gelaran ustaz dan ustazah cukup tinggi dan mulia pada pandangan  masyarakat.
Tetapi mutakhir ini,
di Pulau Pinang, Jabatan
Zakat Pulau Pinang dicemari , dimalukan apabila satu team 'ustaz' telah menyelewengkan duit zakat bersama sama dengan kontraktor.

2) Dalam akhbar Star ..
satu bala sedang berlaku.  Remand extended.

3)  Kalau TLDM Lumut tahun lalu
ada pegawai tertingginya terlibat dengan 'rasuah'
rasa rasa boleh dimaafkan lagi kerana
tahap kefahaman agama, akidah dan iman dalam kalangan mereka yg bukan 'ahli agama'
tidak seberapa mantap lagi.

Tetapi jika 'rasuah' dan penyelewengan dalam kalangan ustaz
berlaku
ini satu bala
dan tamparan besar bagi kumpulan kumpulan agama islam di Negara ini.  Apatah lagi Negara ini terkenal sebagai 1 model Negara islam di seluruh dunia.  Bahkan al marhum Tengku Abdul Rahman adalah orang besar dalam OPEC/ secretariat islam se dunia satu masa dahulu.

Bagus dibuat post-mortem mengapa ini boleh berlaku?

Faktor berikut mungkin ada asas kebenarannya:

1.  pergaulan antara pegawai agama dengan pihak luar tidak dijaga
2.  tahap keimanan orang beragama pun sudah jatuh ke tahap yang tragik;tamak harta; tamak kebendaan
3.  tompok tompok dosa kecil jika dibiarkan akan membesar
maka satu hari nanti pengkhianatan dalam urusan zakat (duit) tidak menjadi satu masalah besar lagi
4.  taqwa, taqwa, taqwa -  di mana kau berada?

Apa itu takwa?
Adakah ia se ekor harimau/ singa/ buaya yang patut ditakuti oleh umat islam?
Selalu istilah taqwa disebut sebut dalam khutbah jumaat di seluruh dunia
so ..apakah itu takwa?

Mengikut Ustaz Saifuddin ( Panji, Kota Bharu) dalam bukunya

Taqwa ialah takut melakukan larangan , tegahan Allah dari kita melakukannya.
Seperti perzinaan, penipuan, khianat duit anak yatim dan asnaf, perjudian , saksi palsu. Kita ditegah melakukan semua itu ..walau dalam apa jua keadaan sekali pun, maka kita tetap bertaqwa dengan mentaati segala suruhan Allah sama ada yg wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

*
MALU

kita jika ada takwa ,,, mesti ada perasaan malu.
Malu untuk menipu sewaktu menyeleweng duit rakyat yg membayar zakat perniagaan, zakat harta, zakat pendapatan dan lain lain.

Duit zakat ditujukan khas untuk faedah anak anak yatim, kumpulan asnaf
dan orang orang miskin tetapi beragama islam.

Jika ada ustaz mencuri duit zakat ini
ustaz itu tidak ada rasa malu kepada Allah sedikit pun lah.

Dasyat!

jika budak berhingus tak malu ..rasa rasa ok jugak
tetapi jika ustaz berumur 50, 60 tahun
entah apakah makna ustaz ini?

Kasihan.

Dunia sudah nak khiamat.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Memalukan seluruh umat islam pada hari ini.

Bertaubatlah.

Sekian.
Buatlah sesuatu.
Buang ustaz ini ke daerah lain sebagai hukuman.  Amacam?

Dulu guru yg lawan kerajaan dihantar ke Sabah/ Serawak
bagaimana dgn mereka yg khianat dengan duit zakat orang orang islam yg miskin ini?

Wasallam

Rujukan
Tazkirah bagi Orang Mukmin
Bertakwalah anda di mana sahaja.

Ustaz Saifuddin (2017). No 8


0 comments:

Post a Comment