belajar Bahasa Arab

Posted by sazali

salam

Selagi hidup elok kita belajar banyak bahasa.

Saya yakin kita boleh in sya allah.

Kalau kaum tiongwa mampu menguasai 3 bahasa di negara ini,
mengapa kita tidak ?

Orang cina boleh menguasai 3 bahasa iaitu bahasa ibundanya Mandarin, BM dan BInggeris
jadi

saya mengambil keputusan untuk belajar Bahasa Arab dengan baik.

He..he..he..

2) niat?
boleh buat dakwah ke negara-negara arab seperti Saudi Arabia, Oman, Jordan dan Qatar.

3) Mengapa negara arab?
kerana negara ini menerima begitu ramai nabi nabi dan rasul semata mata untuk
membawa mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Tengok kepada gelagat pak arab mutakhir ini
mereka sudah banyak tergila dengan fesyen, ICT dan bolasepak.  Tak nampak langsung kumpulan manusia ini dapat apa apa kesan dengan dakwah nabi alahistus salam pun.  Mengapa?

Oleh itu baguslah kita orang melayu/jawa pergi ke sana
manalah tahu ..hijrah kita itu
Allah cukup gembira dan memasukkan kita ke dalam syorga.  Kita perlu berusaha sahaja, bekerja sahaja
dan taufiq hidayah ..Allah lakukan seterusnya.

Untuk berdakwah dengan orang arab , elok dai-dai mempersiapkan dirinya dengan bahasa resmi mereka iaitu
bahasa arab baku.

4) Saya pernah ke Morocco.
Ikut gaya, mereka faham Bahasa INggeris tetapi bila sudah lama berada di sana 30 hari
adalah didapati mereka 'action' sahaja.  Nampak sahaja faham BI tetapi tak faham faham apa yang tersurat dan tersirat bahasa Queen Elizabeth itu.

Jadi langkah terbaik ialah kita berdakwah dengan bahasa arab baku.   Senang kita baca dan sebutkan ayat ayat al Quraan ke muka orang arab ini.  Jnagan takut. Badan mereka sahaja yg besar .. jiwa kecil macam telur ayam / telur burung  puyuh sahaja.  Mengapa berkata begitu?  Jawapannnya senang sahaja..  mereka cepat terperdaya dengan nikmat dunia + kaum an nisaaaa.

Mempelajari bahasa mereka secara serious, doalah dengan harapan ..  ikhtiar kita ini Allah Taala ciukup gembira dan memasukkan kita ke dalam syorga.
Amacam?   Mustahil ke?

Angan angan ke?
Tak apa.
Dulu saya berangan angan juga buat PhD..tetapi saya 'go ahead' sahaja dengan azam itu, alhamdulilah,
tiba tiba setelah beberapa tahun berhempas pulas
Phd berjaya juga diperolehi.

Dulu saya berangan angan berkhawin dengan orang Selangor sedangkan saya orang kelantan..  plan
agar senang gi mari anak anak cucu cicit  belajar di kuala lumpur nanti
..  dengan angan angan dan langkah berani
saya berkhawin juga akhirnya dengan ibu zaki solihin, ilyas sobirin.  (ketawa)

Semua bermula dengan angan angan dan jom langkah demi langkah yang berani ..

begitulah kesudahannya.

Sekian.
Marilah belajar .. walaupun kita sakit , tua dan macam macam.  Jangan tunggu masa terbaik..kerana masa terbaik tak pernah ada kerana kita orang melayu ..
semua benda masuk dalam telinga dan otak kita selagi kita berada di kampung halaman sendiri.

Bagaimana?

Wasallam., maaf jika terasa,  bukan plan begitu .. maaf.



0 comments:

Post a Comment