Bulan puasa

Posted by sazali

Salam

Tak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma.
Ramadhan paling terbaik untuk beramal kerana semua amalan akan berlipat ganda ganjarannya.

Ramai orang menunggu nunggu kedatangan bulan ramdahan yang Mubarak ini.
Mengapa?

1.  makan free di masjid, surau
Kalau satu hari jimat RM10, sebulan orang islam seperti pelajar university boleh berjimat RM300 dah.

2.  makanan semua best best di pasar pasar.
Orang cina. india suka sangat  bulan puasa di KOta Bharu Kelantan.
SEgala moknikan makanan dan kueh mueh akan dijual di tepi tepi jalan terutama di pinggir Bandar.
Walaupun mahal, setahun sekali apa salahnya.

Kasihan ..
orang cina sedap makan
kita orang melayu masih lagi berlapar.
Kasihan.

Kadang kadang bila terlalu sedap makan seperti nasi kerabu ayam percik YATI
terlupa kita nak khatam al Quraan.

terutama dekat dekat nak maghrib.  Sepatutnya kita berdoa supaya kita
menjadi ahli syorga,
dosa kita beranika jenis ..semua tuhan ampunkan sempena bulan puasa tetapi bulan makan macam macam ini.

Apa boleh buat?
sudah dekat nak kiamat dah ..

iman kita hanya 10% sahaja
kerap solat itu ini , ada orang sanggup menipu
kerap berumarh pun, makan harta anak yatim dan rakyat semakin menjadi jadi

Dulu tahun 1900 , mana ada ustaz  makan duit zakat
sekarang tahun 2017 macam macam sudah berlaku.
Dasyat.
Tengoklah kes pegawai zakat pulau pinang berpakat pakat dgn kontraktor ..melarikan duit zakat untuk maksud 'perut' mereka sendiri.

Aduhai ..cukup memalukan bukan?

Apa apa pun jom kita menjalankan amalan amalan baik di musim puasa ini:

a) puasa biar gred A ++
b) jaga mata dan mulut laser
c)  jual jer handset itu
tak payah FB, watsapp selama sebulan ini.  Boleh?
Mati tak ..jika kita bergaduh dengan FB atau Watsapp

d) banyakkan sembahyang sunat terutama hari JUmaat, Sabtu dan Ahad
buatlah solat dhuha, tasbeeh, tahajud ..try lah.

Dulu musim rambutan dan durian kita beri banyak alas an
sekarang musim serba mulia dan ganjaran berlipat lipat kali ganda
jomlah kita buat amalan beramai ramai

tadarus al Quraan,
belajar mengaji ..muqaddam
betulkan sebutan huruf huruf al Quraan itu.

bila betul sebutan al Quraan
kualiti solat kita bertambah baik dan disayangi oleh Allah Taala
doa banyak banyak sedikit untuk ibu kita itu.

Kalau Tanya aku, apa plan bulan puasa ini:

* aku nak keluar dakwah 10 hari terakhir bulan puasa
keluar dakwah dengan rakan rakan tabligh di kampong

** banyak duit boleh jimat jika ' banker' tidak ada di rumah pada waktu waktu kritikal begini.

Cubalah.

Tak kiamat punrumah tangga jika kita MIA pada waktu waktu sedemikian.

Entah entah bila balik saja dari dakwah
rasa sayang isteri semakin meningkat.

In syalllah.

SEkian.
Marilah kita beramal dengan baik kali ini.
Bayangkan ini adalh ramadhan terakhir kita.

Ayuh.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment