tiang gol sudah lari

Posted by sazali

salam

Dulu Wawasan 2020.
Sekarang TN50 pulak.

Nampak sangat Wawasan 2020 tak tercapai.

Kalau main bola, gila kita nak sumbat goal.

Dulu waktu main bermati matian kita dah plan ..tiang goal di situ.
Tetapi bila permainan semakin teruk
pengurusan bolasepak cakap ..lupakan tiang goal itu ..kita beralih ke tiang goal yang jauh sikit.  Di luar Stadium Sultan Muhammad ke 5 itu.

2)  ini semua kerja gila.

Patutlah Negara kita ..  tak dapat promote sesuatu produk pun ke dunia luar secara konsisten.

Paling menghairankan ..ramai cerdik pandai di university
tak komen apa apa ke ..kepada kerajaan

mengapa sibuk TN 50 itu?

kita perabih dululah wawasan 2020 ini.

Tengok apa yg sudah tercapai?
apa yang belum tercapai ..dan mengapa?

apa kah strategi untuk cepat cepat mencapai target?  Kita ada staf kerajaan 1.6 juta orang.  Pencen sahaja berbilion RM setiap tahun ..apa faedah, produk yg kita dapat?

--

Begitulah sepatutnya?

Bila wasasan 2020 diketepikan banyak wang Negara terbazir begitu sahaja.

Banyak hutang Negara tak .. ada justifikasi ..mengapa aliran wang terkeluar dan apa faedah yg diperolehi setakat ini?
Hairan ..

Negara menghantar ramai org cerdik pandai ..ke luar Negara
belajar itu dan ini

mengapa kita nak dengar 'nabi' yang tiba tiba  mahu kita fikir TN50 itu?

3)  dalam KPM
satu masa dulu ..kita kalah teruk dengan Thailand, Vietnam dan Singapura dalam ujian matematik TIMSS dan PISA 2014

alih alih buat BluePrint 2013 - 2035?

Cepat betul kita ..  panic.
Orang panic ..kita tak akan ke mana mana.

Dulu aku pernah failkan budak arab dari Iraq.

Mengapa?

dia cepat panic.

Bulan ni ..tajuk research pasal Manchester United

bulan depan ..tajuk research CHELSEA pulak.  Gila kan?
Penat membaca proposal dia ..alih alih selepas kita sudah mula faham ..skop kajian dia..  dia buat keputusan hara-kiri pulak. Jawabnya  dia FAIL!


.

.

Ha..ha..ha..

Negara tak ada integrity


Sekejap  Wawasan 2020
sekarang T50.  Ini bermakna kita mahu bawa rakyat buat kerja bodoh selama 30 tahun lagi.
Syabas!

5)  kalau kita settle Wawasan 2020 dengan elok
kita akan dihormati.

Gentleman.
Kita mengaku ..kita lembab dalam banyak perkara.
Lembab itu dan ini.

Honesty is good. Ramai orang nak tolong jika kita jujur.

Walaupun duit banyak yang telah digunakan untuk PERMATA itu dan ini
apa boleh buat ..terlampau banyak orang yg jadi YES man sahaja dalam pengurusan dan membuat keputusan.  Apa kita dapat?

Jika kepala SMART
sudah tentu .. Wawasan 2020 tercapai ..nak jadi Negara maju .
Konon konon lah.

Saya setuju ..orang dari Akhbar Nan Yang siang pau ..kritik  kerajaan hari ini 22 MEI 2017
macam mana nak jadi Negara maju bila:

*  remaja ramai main rempit di tengah tengah malam
** tandas awam hancur/  sepatutnya tandas ini dibomkan sahaja.  Cukup memalukan ..dengan air najis melilih hingga ke luar.  Kita kena import orang Nepal dulu baru cantik tandas kita di R&R

Dasyat kan?

** polis nak buat 'side income' macam guru guru KPM jual macam macam musim puasa dan hari raya

***  cuba check berapa buku 1st class dari Negara ini yang digunakan oleh pelajar luar Negara ..
belajar degree, masters dan PHD di England, Amerika , Jepun, China dan India.

kalau setakat cerita pasal nabi ..  dan fadhilat .. memakai tudung jer..

bagaimana nak jadi Negara maju ..wahai abang dan kakak?

Kalau professor itu dari bidang matematik, ciptalah satu logarizam unik supaya orang jepun dating belajar dgn kita bertahun tahun lamanya. Baru ada gaya first class nation.

Sedarlah sikit.

Buat lah buku buku yang bagus bagus ..  biar anak anak bangsa seronok tengok orang Jepun pakai buku kita pulak dalam kuliah mereka di Jepun.

Boleh?

Sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak ..nak mohon maaf lah.
Maaf banyak banyak .. apa boleh buat ..  penat main bola tiang lama ini tau?

Sekian.

Nasib baik aku bersara awal.
Main bola tiang goal asyik berubah ..cepat kita mati tau?

Dasyat.

Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment