berbagai jenis manusia

Posted by sazali

Salam

Antara makhluk tuhan, manusialah paling dimuliakan olehnya.
Mengapa?

Jawapannya senang sahaja.  Manusia dibekalkan dengan otak fikiran dan perasaan.  Dari otak, kita buat keputusan bila data banyak ada dalam pengetahuan kita maisng masing.

Atas dasar inilah ..manusia boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1) kaya dan miskin
2) sihat dan sakit
3)  maju dan mundur
4) pandai dan bodoh
5) cantik dan hudoh
6) umur panjang dan singkat
7) hidup dan mati
8) beruntung dan rugi
9) baik dan jahat
10)  lelaki dan perempuan
11) bertimbang rasa dan tidak

Tetapi dalam al Quraan , Allah selalu berfirman 'wahai orang orang yang beriman ..

12) beriman dan kafir
13) cukup sifat dan OKU dan dan lain lain lagi.

---
Pagi tadi alhamdulilah dengan izin Allah, saya berkesempatan mendengar 30 minit tazkirah di masjid besar Pasir Puteh, Kelantan.
Saya tertarik dengan satu ayat ustaz berkenaan dengan perasaan ' takut dan mengharap'.

takut kepada azab Allah dan mengharap Allah memaafkan dosa dosa kita dan tidak memasukkan kita ke dalam nerakanya.

Mengapa kita takut?
Takut jika segala amal amalan selama ini  ditolak oleh Allah kerana ketidakikhlasan kita dalam tindak tanduk kita selama ini.

Kita suka dipuji.
Buat apa apa mahu nama kita disanjung dan dipuji.
Bukan kita sahaja , isteri dan anak anak semua mahu dipuja dan dipuji.  Parti pemerintah pun apalah kurangnya.  Bila memberi bantuan beras atau gula,  plastic makanan mesti berlabel " SUMBANGAN DARI BN".

Bila perbuatan kita mahu dipuji , keikhlasan itu sudah hilang sekali gus.
Dalam islam, amalan yang tidak ikhlas ditolak oleh Allah.
Kesannya kita dicampakkan ke dalam neraka Allah.

Satu lagi ialah kita sangat sangatlah -  Mengharap?
Kita mengharap sangat sangat jika . tuhan ampunkan dosa kita dari peringkat kita berstatus muda hinggalah kita berstatus MATI.

Kita mengharap ..rezeki kita luas. Rezeki anak kita luas. Tuhan kurniakan kita berbagai bagai rezeki seperti makan minum, tempat tinggal , opis , pelajaran, perniagaan dan macam macam.
Kesihatan juga satu bentuk rezeki.
Tanpa kesihatan , kita tak dapat pergi ke mana mana pun.

Keluarga yang baik rezeki.  Jiran tetangga pun rezeki.  Pemimpin baik adalah rezeki.

Di akhir tazkirah, ustaz itu berdoa dalam bahasa melayu.
Bagus doa tersebut.

Antara rangkap rangkap doa beliau ..

saya seronok mendengarnya ..

ayat seperti ..

".. kami tak tahu lagi ..amalan  ini ..semua diterima atau tidak.
Kami tak tahu ..amalan puasa ini .. tuhan boleh terima sebaik baik mungkin..kerana
ini sahajalah kemampuan kami berpuasa dan beramal solat terawih dan macam macam( bersedekah).

O Tuhan ..  ampunkan kami
ampunkan dosa ibu bapa kami
ampunkan dosa isteri dan anak anak kami..
ampunkan dosa murid murid/ pelajar pelajar kami ..
ampunkan dosa orang orang perempuan kami ..

biarlah ..  tempoh masa bulan Ramadhan ini .yang sedang berbaki 16 hari lagi ni ...engkau
permudahkan kami ..untuk meningkatkan lagi amalan amalan puasa ini....

tanpa taufiq dan hidayat mu YA ALLAH .. sia sialah segala segalanya..

kerana ..barang ikhlas ini
bukan mudah Ya Alllah...

orang kaya yang sanggup mengeluarkan RM10,000 sekali untuk majlis berbuka puasa tak tahu lagi sama ada dermanya ini diterima oleh MU atau tidak kerana tahap keikhlasannya KAMU sahaja yang serba mengetahuinya.  Apa yang kami mampu ialah

 memberi duit RM1  jah ke tabung Ramadhan di masjid ini ...  secara tersembunyi ..
malu pada mu Ya Alllah .. kerana

tudung mahal ..kita mampu membeli lagi dan lagi sedangkan
pakaian mahal ..import ..semua kita sanggup belanjakan sedangkan untuk maksud

bersedeqah .. RM1 jah sokmo sokmo ( selalu, acap kali) kita sanggup hulurkan tetapi  RM1  itu ikhlas dari kami .. kerana zaman la ni cukup susah Ya Allah.

Begitulah kami ya Allah.

kami hanya beriman sahaja
kami ikut amalan amalan nabi
kami buat ..secara betul betul taat pada mu Ya Allah..

al Quraan kami baca
tetapi .. maknanya  ramai puak kami tak faham sangat yaAllah
kalau faham pun .. tak ramai lagi orang boleh mengamalkannya  secara ikhlas ..

payah payah payah..

beriman kepada benda yang ghaib
beriman kepada benda yang tak Nampak
tetapi  ini sahajalah kemampuan kami ..
ampuni kami

tanpa keampunan engkau Ya ROBB
habislah kami ..

...."

begitulah tuan/puan
tazkirah pagi jumaat di Masjid Besar Ibrahimi  Pasir Puteh pada JUmaat 9 JUN 2017.

3) Maaf saya pun lemah ..
walaupun mulut itu asyik amin amin amin

otak dok ingat 9/6/2017
hari bonus ...

kena gi cepat ATM kerana prestasi ATM selalu rosak Ya Allah ..

jika cepat ..tengok di bawah ini

**  boleh transfer duit kat anak anak ..  yang
sedang belajar dan sedang berlatih tak habis habis ..zaman Najib Tun Razak ini.. parok benar ..ya Allah

***ada kerja .. tetapi kena kerja berbulan-bulan dulu
baru boleh gaji....

*  kata Negara sudah maju setanding dengan JEPUN dan KOREA ..  mereka beri upah tepat pada masanya iaitu di akhir akhir 1 bulan (jika ada)
ini dok pun?

begitulah kehidupan kami.

Nak buat macam mana ..

umat ini ..  di akhir zaman.

Zaman berakhir atau kita umat yang terakhir akan tamat tak berapa lama lagi niiih.

Insaflah.

Allah tak pandang wajah dan bentuk fizikal mu
Allah pandang pada keikhlasan hati dan taqwa mu jer.

Sekian.
Begitulah ..  huraian beberapa jenis manusia  dalam tazkirah tadi.  Takut dan mengharap!
Saya sampaikan .. walaupun beberapa patah jer.  Agar kawan kawan yang tidak ada tadi dalam majlis tazkirah dapat juga ..membaca dan menghayati lebih dari penulis ini.  Tujuan ..

Agar kita mendapat sedikit pengajaran  untuk sama sama amalkan.  Lillah hi taala.

Wasallam.







0 comments:

Post a Comment