panduan khatam al quraan bulan Ramadhan

Posted by sazali

Salam

Saya pernah bertugas sebagai guru KPM di Kelantan.
Saya pernah bertugas sebagai pensyarah politeknik KPTM.
Saya pernah bertugas sebagai pensyarah di UTHM Johor.
Saya pernah bertugas sebagai pakar Pendidikan Matematik di RECSAM , Penang.

2) memang kita semua sibuk.
PM sibuk
guru guru semua sibuk.
Askar dan polis PDRM pun sibuk.
Orang jual dalam pasar Bazar Ramadhan lagi lagilah sibuk jika hari ini hujan turun dengan lebatnya.

Tetapi musim puasa ..kita boleh buat macam macam sebagai bekalan kita ke akhirat.
Sekurang kurang nya kita boleh story story kepada Allah ..aku dah cuba juga ya Allah untuk menjadi insan yang engkau sayangi.  Betul?

3) musim ramadhan elok sangatlah kita khatam Al Quraan.  Sekurang kurangnya 1 pusingan.
Zaman dahulu kita pernah terbaca para para sahabat, sahabi radiallahum ajmain ..khatam al quraan 7 dan 8 kali semuanya.

Jika diukur dengan kita ..rasa malu besarnya kita.

4) Di sini saya turunkan sedikit panduan bagaimana nak urus masa kita di opis supaya ..
1 bulan ramadhan ini ..kita khatam al quraan.  Insyallah.

Kalau bagus , baca dan sharelah.  Saya benarkan.

Katakan surah An Naam JUzuk 6 ada 150 ayat al Quraan.

Schedule pembacaan ialah :

Selepas subuh Jam 0630 pagi hingga 0700 pagi ;  bacalah separuh 80 ayat.  Boleh?
Kalau tak boleh , tak apa, Jangan panic.
Di sekolah, politeknik atau university

jika ada tempat khusus .. bilik guru, bilik pensyarah
kita baca ..target 80 ayat Surah An Naam.
Bawalah kita al quraan itu dalam beg kita masing masing. Kalau pampers dewasa pun kita boleh bawa ke hulu hilir , tak kan nak bawak kitab suci ..problem pulak?

Selepas sekolah, kita rest. Ambik anak, beli ikan , daging, sayur dan macam macam.

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 0630 petang.  Nak kata masak .. tak semua kita memasak.  Kadang kadang bibik Indonesia/ Kemboja yang dah masakkan.  Kadang kadang ibu kita sendiri tukang masaknya.  So ..

Target kita baca 80 ayat terakhir surah An Naam.  Boleh?
Sekejap jer membaca 80 ayat ini.
Mengikut timing saya ..saya baca slow slow 1 ayat 45 saat.
Jadi 80 ayat ..  (3/4 * 80 =  60 minit. )

Waktu berbuka 0730 malam .  Sedang molek. 

Selepas semua selesai , kita berbukak puasa.  Ooops.. berdoa dulu.  Jangan gopoh gapah tuan, puan.  Buah tamar takkan lari pun. 

5) katakan tak sempat ..
no problem ..

selepas terawih,
selepas kemas dapur dan meja makan ..

budget 10- 20 minit .

khatamkan surah An Naam ini.  Boleh insyallah?

6)  kalau tak boleh jugak ..

jom kita postmortem ..
macam doctor postmortem mayat ..  mengapa si anu dan si ani ini mati.

Dari post mortem .. kita akan dapati

banyak masa kita terbuang, dibuang begitu sahaja.

Contoh:  dalam biik guru ..kita berbual panjang pasal kain langsir, tudung terbaru FAREEDA, ikan terbok RM 40  se kilo youuuuuu.

Kadang kadang ada orang mencelah percakapan kita.  Kita jadi HOT.
Kita hilang mood.

Dalam kereta pun , kita boleh membaca Al Quraan.
Dari smart phone , kita boleh membaca Al Quraan.
Bacalah ..dengan penuh tertib dan bertajwid.

7) Bulan puasa kita patut .. tukar sedikit stail , gaya ..
dari mulut banyak kepada mulut senyap.  Mengapa?  Baca Al Quraan lah.

8) Saya yakin ..dunia akan lebih aman dan tenang
jika mulut kita tiba tiba diam.

Kalau tak buat bulan puasa ..bila lagi hah!

Tak kan nak tunggu masuk ward 7 SELATAN, USM Kubang Kerian baru nak .. khatamkan Al Quraan.

Begitulah tuan, puan.
Saya pun ramai anak dan cucu.
Buku buku beribu ribu buah.  ORI punya.
Batang pen dan pensil bersepah sepah dari ruang tamu hingga ke bilik tidur.  Cucu ke 8, 9 dan 10 asyik menangis jer.  Jangan risau.  Mana ada Berita PERDANA ..melaporkan 2 orang anak melayudi Kelantan  mati kerana menangis gila waktu IFTAR.  Ada?

Kalau hati nak membaca Al Quraan ..kita pasti pasang niat, strategi dan BEREHSlah.

Insyallah selamat.

Saya yakin Allah akan sayang kepada kita semua. Ayuh tuan dan puan.
JOM ..marilah membaca Al Quraan.

Selepas bulan ramadhan ini ,  kita baca tafsir dan makna ..ayat ayat yg telah dibaca pula.
JIka kita buat begitu, suami isteri, tok nenek ..

dunia islam akan berubah dari
Negara islam yg teranianya sepanjang hari kepada dunia Allah selamatkan dari kehancuran.

Sekarang orang Syria cabut lari , orang Rohingya pun cepat cepat lari dari BURMA menuju Malaya. Mengapa?  Ramai mereka tak solat dan menjaga pembacaan al Quraan pun setiap hari.  Itulah puncanya.  BIla mereka lupa ALLAH, ALLAH akan hantar pemerintah zalim untuk menghancurkan mereka.

Cubalah kita berbuat sesuatu.  Insyallah mujarab!

JOM>

Sekian.
Wasallam.

0 comments:

Post a Comment