keadaan boring jemu menjemukan

Posted by sazali

Salam

Sebagai manusia , kita tak boleh lari dari perasaan BORING.

Di sini saya turunkan beberapa  keadaan orang orang boring:

1.  Orang muda cepat boring jika ada benda tak ikut kemahuannya.
Contoh dia nak beli kasut CLARK , si ayah beli kasut raya berjenama BATA untuknya.

Bila boring, mukanya cukuplah masam mencuka.

2.  Orang baru khawin pun ada juga rasa bosing.

Bila isteri macam macam tak boleh masak.
Nak minum malam pun kena pergi hotel .. coffee corner dalam Bandar.

Mereka boring juga ..
jika fesyen kehidupan macam orang melayu zaman dahulu sahaja.

2.1  makan ubi kayu cicah kelapa parut.
2.2  makan cendol, buah kabong dan beldo hitam kerat halus halus
2.3  belum apa apa dah tidur.  Programmer INTEL katakan.

3.  Orang melayu tua pun rasa boring juga bila

pasangan asyik sakit sahaja.

Dulu sakit perut ( sembelit, buasir) sekarang sakit lutut.
Mana best ..nak ajak shopping .. mana best ...bila sakit lutut , pergerakan pasangan cukuplah slow macam siput babi.  Kena pula trafik  jammm jammm dalam pekan Kota Bharu dan kereta PERDANA manual mak datuk engkau?.

4. Asyik baca kitab zaman aladin dengan lampu ajaibnya sahaja.

Bila membaca itu ini, kalau di Tanya .. dia tak pandai bercerita pulak tu.

Dia kata ..orang banyak cerita ..banyak dosa.
Menyampah betul orang tua ini.

4.1  jom kita baca benda lain lah contoh majalah TRAVEL AIR ASIA
4.2  bila nak ajak shopping ke Bandung ni .. atuk dia?
4.3  jom kita tukar stail pakaian baju.  Sudahlah ..jubbah itu. Pakaian arab yang selalu bergaduh sana dan sini.  Rujuk Qatar lawan Saudi Arabia.
4.4  doa?  Haik ..  sebutan bahasa al quraan tak perfect, nak berdoa buat apa?
TEngok ..  orang jahat , menipu ..hidup cukup senang.
Bukan macam awak ..  ke sana sini cakap pasal tuhan ... hidup susah jer atuk dio niiiih?  Beli daging lembu pun tak cukup wang.. memalukan betul... awak ini?

5.  Pergi masjid ,  mesti tazkirah pasal alam kubur dan padang masyar.

Macam macam cerita pun, pemimpin nombor 1 Malaysia tak berubah pun.
Why?

Kata doa bulan puasa mustajab .. 
kenapa tak doakan agar DSAI dibebaskan; Tun Mahathir di beri kuasa kembali jadi Perdana Menteri

semua boleh bukan?   kita berdoa.

6.  Makan minum ..  benda alah yang sama.
Nasi, ikan atau daging.

Bila nak tukar menu ni?

Kalau makan , asyik anak @ cucu yang menangis.  Aduhai .. kasilah chance kita makan dengan aman dan sedap sikit.

Boleh?

7.  Ramainya orang meminta sedekah.  Tahun lalu, orang Rohingya lelaki perempuan datang ke rumah ..  berduyun duyun ..sekarang

orang orang Syria pulak. 

Adakah islam ini agama promote dan sustain kemiskinan dari sekarang sampai kiamat?  Berita akhbar melayu ..  polis selamatkan pemintak sedekah dari Thailand.  Aduhai ..boring punya news.  Islam penuh dengan air mata/  kalau tak air mata ..orang islam Burma kena bunuh beramai ramai.

--

Rumusan:

hidup ini tak leh lari dari rasa seronok bertukar boring.
KIta wajib bersabar banyak banyak.
Mungkin kita boring dengan isteri .. tak cantik tetapi dia loaded tuan.
Kalau kau tinggalkan dia ..beribu abang teksi airport ..berkenannn kat bekas isteri mu.  Nak?

Allah mahu kita bersabar.
Muda kita bersabar.
Waktu tua ..bersabar lagilah berlebih lebih hendaknya.  Penyakit macam amcam dah datang.

Jangan ikut sangat hati itu. Rugi nanti.
Bertaubatlah.

Banyakkkan bertaubat dan buat solat .. taubah(t);  tasbeeh dan tahajud.
Fadhilat solaat tasbih abang tahu tak?  Dosa kita 80 tahun yang lalu; 80 tahun ke hadapan semua Allah akan ampunkan.  Bersih suci dalam debu.  Insya Allah.
Mintak ampun dengan tuhan banyak banyak.
Kita makhluk yang banyak berbuat dosa.
CElik mata terus berdosa.
Tutup mata pun berdosa.

Dosa aapa itu ..  tengok lah di bawah ini:

Syirik NOMBOR 1  !!!!
kita percaya dengan DUIT ..hidup kita semua happy.  Ini syirik.  Gerenti tak ada syurga untk kita.

Kita percaya dengan kemewahan hidup ..kita selamat dunia dan akhirat. Ini syirik nombor 1 juga.
Kepercayaan ini sama geng dengan Firauan, Abu Jahal dan Abu Lahab.

Istighfarlah banyak banyak.

Allahu Akbar.

Sabar pak.
Sabar bu.

BORING ini ..mainan kehidupan.
Bersabarlah.

Time sihat kita happy.
Time sakit dalam hospital berbulan bulan ..isteri mana tak boring ..tidor di bawah katil bapak di ward hospital ... BORING!

Doa banyak banyak musim  berpuasa ini agar
Allah ampunkan kita semua.
Ameen.

Sekian.
Al Fatihah.





0 comments:

Post a Comment