pitih (duit)

Posted by sazali

Salam

Di Kelantan dan Terengganu, duit dipanggil 'pitih'.

Pitih kita RINGGIT dan SEN

Di Singapura, pitih mereka dalam bentuk  Dollar and cents.

Sedangkan di United KIngdom,  STERLING POUND and pence.

--

Apa apa pun .. pitih digunakan untuk macam macam benda.
Bila pitih banyak, sedap sedikit kita berjalan.

Lain cara berjalan orang perempuan ada pitih dengan mereka yang tak ada pitih.

Tak percaya tengoklah telatah manusia hari ini seminggu di mega mega Mall, AEON ..  dan bandingkan gelagat mereka pada 10 JULAI 2017 nanti.

Minggu ni ..laju sikitlah maklumlah  ..1,500,000 penjawat awam dapat BONUS RM500 dan Gaji pun baru dapat.

Macam macam mereka beli ..seperti makan-makanan , pakaian baru untuk berhari raya , kueh mueh dan ..

ada yang menggunakan pitih untuk settle

hutang kereta,
hutang kad kredit
hutang rakan rakan se opis (KUTU)
dan macam macam.

Apa bila 10 Julai nanti ..  mereka punya stail jalan ..macam tak makan 3 hari dah .. pitih sudah keringlah tuu.

---

Musim raya minggu hadapan ..ketua keluarga kena sedia pitih untuk
anak anak jiran berumur 15 tahun ke bawah ..bila mereka bertandang ke rumah kita.

Sediakanlah RM1, RM2, RM5, RM10 dan .. RM50.

Saya kalau anak anak saudara datang hampers saya lebih kurang RM5 - RM10 sahaja kecuali anak anak saudara yang sedang belajar di kolej .. saya hadiahkan RM10 - RM50.

Ini bergantung kepada keadaan dan mood saya.
Keadaan seperti waktu pagi pagi benar ..mungkin aku tak kasi.
Mengacau aku nak tidur jer.

Kalau mereka datang selepas asar .. mungkin RM10.  Tengoklah.

Waktu malam jika aku bersembang lama dgn ayah ayah mereka  .. mungkin lebih dari itu.
Tapi kalau budak budak yang datang satu sekolah ..katakan 50 orang .. mungkin RM1 sahaja ..cukuplah.  Kirim salam kpd Pengetua sekolah OK adik.

ada ke datangg satu sekolah / pondok tahfizzzz?

-----

Geng ini datang target nak duit sahaja.  Tak mahu makan.  Penat jer jemput makan adik.
Lagipun ..kalau aku budak itu pun
aku tak lalu nak makan apa apa jika mak chik tunjuk muka masam jer ..
sedangkan sekarang mood raya.

Ha..ha..ha..

----
Dulu zaman Tun Razak .. kalau aku bertandang ke rumah paman aku .. mereka beri aku 10 sen sahaja.  Kedekut nak mapuss!

10 sen ..nak beli apa ?  masam masin bolehlah.

cokelat cicak ..warna warni ..  se sudu adalah 10 sen.

Makan benda benda begini menyebabkan .. kita tak boleh masuk WORLD CUP  bola sepak.

lainlah di England, mereka beri anak anak jiran at least 10 POUND STERLING.
Dengan ini , mereka boleh makan burger , sausages dan fresh milk.

Baru boleh menang WORLD CUP 1966 ENGLAND Juara.

Tengok!!

---

oh satu .. hint.
Kau jangan pergi raya  rumah orang besar besar sekarang .. kebanyakan tak ada pitih

jika kau bilang kereta baru mereka berderet dari pagar kiri ke pagar kanan

tak ada duitlah tu.
Lagipun ..kueh raya mana ada sangat ...  kalau nasib baik ..  tapai ubi , lemon ice dan kacang kacang Menglembu Nombor 1 adalah kot.  satay?  kirim salam lah ..

Itulah jer.

Bagus kau pergi rumah ustaz/ ustazah ..  sure dapat RM5 jika geng ni sokong PAS.

Kalau mereka sokong BN .. gamble RM1  atau RM50 ..tapi besar kebangkalian RM1 sahaja lah engkau.

Kasihan.  Berjalan kaki berbatu batu jauhnya ..  waktu petang baru dapat RM13
nak beli kasut sekolah BATA pun tak dapat ni.

Kasihan.
Zaman Najib Razak ni ..  hadiah hampers .. semakin hari semakin kurang.
Ramai orang guna duit nak bayar bil air cond, tukar kereta, tukar motorsikal , tukar tayar , servis kereta dan top up telefon.

Kasihan.

Sorrylah adik.  Zaman la ni ..


abang abang kau kerja pun .. kena kerja sebulan dua baru dapat gaji.

Klaau hari raya ni ..belum masuk gaji ..
pak chiklah tolong tolong sana dan sini.

--

Dulu arwah ayah aku.. belum dia bukak mulut pada waktu pagi ..pitih raya ..masuk dah ke dalam sakunya.  Tak banyak RM100

Ibu aku?  RM100 jugak
 SEkarang zaman Najib .. mana ada dahhhhh..   

si ayah pulak yang kena adjust ..itu dan ini.

Ini kalau tuhan tak masukkan pak chik ke syorga firdaus sekali dgn Bilal ..entahlah.

Kasihan pak chik.

Macam macam kena adjust.

Kau tahu makna 'adjust' tak?

---

kalau kamus pak chik adjust bermakna

kalau target nak beli kasut CLARK untuk raya

hasil adjust ..  kasut raya pakchik setakat BATA sahajalah.

kalau target raya .. samping ..all songket TERENGGANU RM1000 satu set

selepas adjust ..adjust .. aku beli samping Made In Thailand sahajalah ..lebih kurang RM50 - RM100 dah dapat dah satu.

Begitulah seronoknya hidup zaman Najib Razak, Zahid Hamidi, KPN Khalid  ini.
  Alhamdulilah alal ku lihal.
Ha..ha..ha..

----

Zaman Mahathir  Anwar dulu ..pak chik tak pernah kenal istilah ADJUST.
Seronok berhari raya.

Makan lemmang pun  terasa lemang ..best.  Berminyak mulut pak chik makan lemang.
Sekarang makan lemang ..  ada pulak cicah manisan.

Gila punya LEMANG.

Yang aku tahu LEMANG kena cicah dengan RENDANG.

Sekarang zaman UM sudah tersenarai university 200 terbaik dalam dunia
LEMANG cicah manisan dan gula pasir sahaja.

---  Aduhai.

Ini semua berlaku kerana dua perkara

pertama ..tak cukup pitih.
kedua ..  orang tino zaman sekarang tak pandai buat LEMANG sendiri. Itu pasalllah.

OKlah..
sempena nak raya ni

pak chik nak ucap Selamat Hari Raya.  Maaf zahir dan bathin.
Jika datang rumah pak chik .. makan apa yang ada sudahlah.  Itu pun nasib baik pak chik bukak pagar gergasi.

Sekarang kena pakai pagar gergasi kerana factor keselamatan dan

too many beggars /  foreign beggars from many parts of the world.  Kalu pak chik sudah dijamin syorga .. sudah tentu pak chik layan mereka habis habisan.  Ini mereka datang satu kapal .. hari ini satu kapal dari Dakka ..esok satu kapal lain pulak dari Syria ..anak anak ku.  Mana tak takut?

Mereka datang datang wajah tak makan 2 tahun sudah atas kapal mereka.  Kasihan ..tapi apa kan daya.  Hati aku .. adjust .. adjust adjust ..tak mahu kasi mereka masuk kawasan rumah aku lahhhh..

Pak chik takut ..  why?  bini pak chik muda lagi lor.

Sekian.
Maaf.
Wasallam.



0 comments:

Post a Comment