the 'best'

Posted by sazali

Salam

Dalam Bahasa Inggeris
jika kita membuat perbandingan antara 3 objek  A, B dan C.

Jika A adalah  'good.
B  adalah 'BETTER'
maka paling top  ialah  C  the 'BEST'.  paling terbaik.

2)  Mengikut satu hadith Rasulullah s.a.w

The best amongst  you are those who learn the Quraan and teach it to others.

Terbaik kalangan kamu ialah mereka yang belajar dan mengajar Al Quraan.

Bagus kan?

3)  Bayangkan pahala yang kita dapat jika anak anak murid kita boleh membaca Al Quraan dalam solat mereka setiap hari.

Malaikat akan rekod kebaikan mereka dan jasa kita walaupun anak anak murid yang sudah bermastautin di luar Negara dan di mana mana jua.

4)  Kita boleh lihat semua ini sejurus selepas kita pergi ke dunia sana (mati).  Yakinlah.

pasal dunia sana ini .. boleh berlaku bila bila masa.  Teringat trajedi di Jempol semalam.  Siapa sangka satu keluarga boleh hilang sekelip mata sahaja .. kemalangan maut antara treler dan kereta Proton Exora.  Oleh itu , pemandu pemandu kenderaan ..jangan berangan sangat nak fly fly fly selepas hari raya nanti.  Entah entah nyawa kita fly juga .. musim perayaan 2 minggu dari sekarang.

Saya dah menulis ..rakyat Kelantan ..yang bertugas di lain negeri. JIka tahun lalu dah beraya .. tahun ini cutilah.  tak payah balik.  Rehatkan badan .. tak kan ..nak menzalimi diri sendiri .. jam dan queue dari Gua Musang ke Kota Bharu 10 - 15 jam lagi dan lagi.  Zalim itu!

Biarlah mak ayah di kampong itu.  Kalau menangis .. perkara menangis ini .. sudah menjadi fesyen musim raya.  Bukan nya apa ..  terutama anak bertugas sebagai tentera dan navy.  Relax!  tak mati pun kita jika tak pulang berhari raya ..sekali sekala.

5)  Tak rugi ..  usaha ibu bapa ..yang bersusah payah menghantarkan anak anak mereka belajar Al Quraan pagi dan malam.  Bermula dari muqadam .. hingga lancar dan pandai membaca 30 juzuk Al Quraan. Semua pahala untuk si pembaca dan ibu ayahnya.  Bahkan ada satu hadith .. Allah akan pakaikan satu mahkota atas kepala ibu bapa di syorga kelak ..jika anak anaknya Berjaya menjadi hafiz dan @ hafizah.

6)  kalau boleh , biar kita ada anak murid sekurang kurangnya 2 orang.  Jangan tak ada seorang pun.

Kalau kita tak ada anak/ cucu .. kita masih berpeluang lagi seperti:

6.1  taja anak orang menjadi hafiz/ hafizah
6.2  bantu membina pondok tahfiz
6.3  bantu membesarkan sekolah sekolah tahfiz
6.4  promote sekolah agama dan tahfiz al Quraan
6.5  promote usaha dakwah  tabligh .. mereka berusaha di seluruh dunia supaya umat islam kembali kepada ajaran agama seperti kembali semula menunaikan solat dan membaca Al Quraan.

Ayuh ..jangan lepaskan peluang yang besar ini.

Kalau di hostel hostel - politeknik dan university -  tolong rakan rakan membaca Al Quraan.  Ramai pelajar perempuan tak fasih membaca Al Quraan. Bantulah mereka secara perlahan, sederhana atau laju.  Semua dikira ibadat.  Kalau benda lain ..kita boleh tolong mereka ..ayuh ..kali ini ..kita tolong mereka fasih membaca Al Quraan - surah Yaseen jantung al Quraan.  Cuba OK?  Kasihanilah mereka ..satu hari bila sudah mendirikan rumah tangga .. bila ada anak anak .. mereka tak mampu mengajar al Quraan kpd anak anak mereka sendiri.  Rugi wahai ibu?


Begitulah ..ilmu yang saya dapat dari majlis ilmu di masjid besar Pasir Puteh tadi.  Bila menulis perkara ini teringat ..

arwah nenekanda neneakanda saya Allahyarhamah Hajjah Che Esah bt Che Mat ( penjual sayur tangga pertama pasar lama , Kota Bharu)  dan Allahyarhamah Siti Fatimah Senik .. mereka mengajar al Quraan kpd budak budak kampong di Kpg Kubur Kuda , Kota Bharu dan Kpg Gaal, Pasir Puteh sekitar 1950 - 2000 dahulu.  Setahu saya ..mereka tak mengambil apa apa upah pun  dari orang orang kampong pun maklumlah kami hidup serba susah zaman tersebut . Untung mereka sekarang .. in sya Allah.  Allahu Akhbar!

Muga muga mereka sukses di sana.  Ameen.

Sekian.
Wasallam.

0 comments:

Post a Comment