Aduhai bonda antara dua zaman

Posted by sazali

Salam

Bismillah hi rah ma nir Raheem
Hendaklah artikel ini dibaca dengan dada yang terbuka, insyallah.

Zaman dahulu 1950 - 1970 ,  kami suka menonton wayang hitam puteh sahaja.

Tertarik sekali watak ibu.  Selalunya banyak air matanya. Penonton ramai menangis kerana .. gaya ibu/ ibu mertua menangis kerana layanan si anak.

Dulu punya ibu lain sedikit dari ibu zaman la ni ( 1990 - 2020).

Berikut adalah sifat sifat ibu dari filem filem melayu dalam dua peringkat :

Zaman dahulu.

1.  Ibu pendiam. Tak banyak cakap dan komen.
2. Kalau menantu kasi nasi ayam ..dia makan dan diam sahaja.
3.  Kalau anak menantu kasi wang bulanan .. RM5 ke RM10 ke .cepat cepat dia mengucapkan TERIMA KASIH Along.  Muga muga tuhan sayangkan kepada mu.

Ini adalah kerana pendidikan ibu bapa yang tak seberapa tinggi. Kalau menggaji pun ..banyak kitab kitab karangan tok tok guru dan maulana., dia belajar dan cuba faham fahamkan.  Dia membaca dala bilik yang kecil.

Zaman sekarang.

1.  Payah cari ibu pendiam dan penyabar ini.  Kita beli kerusi set SINGER ..dia complain. Mengapa tak beli perabot ITALI.  Bukankah kau berdua bekerja?

2.  Dia kata ..mak tak makan ..benda ini.  Mak nak makan KFC, McD kerana mak sekolah inggerislah  Ampang Girls School lah .

3.  Nak hantar wang ..  baik baik along.  Tanya dulu .. emak nak berapa bulan ni ?
Along ada sedikit sahaja duit berbaki ni.

4.  dia ada bilik besar dan bibik jugak dari Indonesia.  Tangan dia? -  remote control lah.

Sekarang pengaruh TV dan internet, FB, Twitter  kuat.
Dalam TV , filem melayu ..kalau ada graduan baru pulang dari London ..mesti kereta mewah, isteri cantik anak orang bangsawan dan khawin ..juta jutaan bunga sahaja.

Banyak akhbar, iklan ..semua belanja mewah sebelum 1 SYAWAL ini.

Ada ibu , bapa pandai membaca ..macam macam.  Interpretasi mereka mendalam. Maklumlah tak ada kerja. Hello sana dan sini Tanya khabar anak anak dan adik beradik.

WATSAPP pun pandai.

Bila pandai ..siap .. rumah dan tangga ,... anak anak menantu mu itu.
Mereka tak sedar ..graduan graduan sekarang 70,000 orang mengganggur.  Doktor pun kena jual insuran MAA nak cari makan nasi berlauk ..  daging bakar.

Ada bekerja ..jual burger RAMLLI jer.  Bawak teksi  UBER ke hulu hilir.  Kasihan?
ada ker nak suruh kita beli perabot ITALI?  gila .. (ha..ha..ha..)
Bila pandai ..mereka buat perbandingan.

Berkenaan dengan perbandingan inilah ..HOT HOT HOT .

Itu pasal ramai anak , export ibu bapanya ke tempat lain.
SEJUK SIKIT siang dan malam.
Tiba tiba PETRONAS buat filem ..  kita anak kurang ajar.  Dia tunjuk ayah makan nasi kucing.

Teruskan membaca:
---

Sekarang ada rumah tangga ..sejuk jer setiap hari.
Kipas ada, air cond ada ,
ibu ada
ibu mertua ada ..
semua sejuk kerana mulut ..mulut ..mulut dan raut wajah ibu mu.  Orang bertaqwa lain ..lain  dan lain.  Mulut diam sudahlah.  Ini rumah orang.

Ada itu rumah tangga ..panas

Walaupun rumah ada air cond 3 kuasa kuda
kipas angin ada ..semua sudut rumah ada

Kereta ada air cond.
tapi sentiasa panas kerana
peranan , sumbangan , pandangan , mulut

ibu @ mertua kita.  Ada saja ..dia bawa cerita ..  sana dan sini.
Betul tak?

He..he..he..

kasihan ..ada orang  terpaksa membawa ibunya tinggal bersama sama dengannya sejak dia mendirikan rumah tangga lagi.

Lain sedikit ..rumah orang ..tak payah import ..ibu @ mertua ke dalam rumah flat, teres setingkat atau dua tingkat, apartment mewah ..

kalau ada .. terdapatlah .. extra eyes/ mouth ..  untuk komen itu dan ini.

Kalu komen kurang ..alhamdulilah.
Tapi bila terlalu ..  rapat kita dengan dia ..komennya berjela jela.  Benda pendek ..dia panjangkan. 

Ini kasi orang HOT.

Bila ada anak lawan cakap ibu .. mulalah si ibu ..kata

anak derhakalah. Gerenti tak dapat bau syorga kau ni....
menantu derhakalah.

dan ..dia tak khabar ..dia pun apa kurangnya.

Dalam neraka nanti
bukan anak anak jer ada dalam neraka,
emak ayah pun sama sama . kita di sana. Bersama sama dengan GEORGE BEST, LADY DIANA, WHITNEY HUOSTON, Firaun, Abu Jahal dan Abu Lahab  dan ramai lagi.
Mengapa?

Ha..ha..ha..

Rumusan:

si anak kena tazkirah.. Pagi khamis 10 minit sahaja di opis.  (ada ke patut?)
si ibu pun kena tazkirah  
(Di mana ..surau/ masjid?  di sana mereka jumpa geng geng lama ..tazkirah ustaz .. dilupakan ..banyak cerita pasal diri mereka ..pok pek pok pek ..  cerita zaman muda merekalah).
Dia kena tahu .. zaman sekarang zaman lain dari P Ramlee, Jins Shamsuddin, Mat Bond dan sebagainya.

Sekarang orang tak ramai ..peduli air mata.  Awak nak menangis dari June 2017 hingga Mei 2077 pun silakan lah.. 
Yang penting ..rumah sewa boleh bayar bulan bulan; kad kredit semua beres dan instalment kereta MYVI all settle on time.  Bila berkeadaan begini ..anak boleh tidok, dan ibu @ ibu mertua can lelap mata lama lama lahhh ..

long long hours OK?
Al Fatihah.
Ashtaghfirullah ..
Salawat Nabi ..
Ya Allah tolong ..  operate hati ibu / mertua kami ini.. mereka dalam WRONG jugak.

Sekian.
Wasallam.





0 comments:

Post a Comment