tak boleh lari dah ..

Posted by sazali

Salam

Hari ni dah Hari Raya ke empat.  Cepat sungguh masa meninggalkan kita.
Sedia atau tidak, masa terus berlalu.  Dia tidak menunggu sesiapa pun termasuk penulis hina dina ini.

He..he..he..

2)  Kalau pasangan hidup mu seorang guru, rumah mempunyai banyak buku.  Tak leh lari dah ..  anda terpaksa mengemas buku , pencil, pen, kertas peperiksaan dan sebagainya.  Mengapa?  Pasangan hidup tuan adalah guru.

Begitu juga jika pasangan hidup anda seorang ustaz/ uztazah ..

badannya akan berbau minyak atar dari padang pasir sama ada baunya kuat, kau kau atau lembut.  Mulutnya terkamit kamit dengan zikirullah seperti Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahu Akbar.  Dia juga akan membeli kaset al Quraan, ceramah politik dan macam macam berkaitan dengan masjid, surau dan sebagainya.

Jika pasangan hidup tuan seorang nelayan .. tangan dan jari jemarinya ..akan berbau ikan.  SEdap atau tidak bau - bauan dari tangannya ..begitulah nasib badan tuan.  Takleh lari dah ..

You just cannot escape. Bau tersebut adalah trademark pasangan anda.
Terima sahajalah.
Jangan bergaduh pula.

3) jika pasangan tuan adalah seorang yg kuat puteri UMNO ..
ada stailnya sendiri.

JIka dia orang kuat muslimat PAS Kelantan .. ada sifat sifat nya yang tersendiri.
Takbir!

He..he..he..

4)  Jika kita mahu hidup tenang dan aman ..setiap kita mesti menerima benda benda ini se ada-adanya.  Hidup atau mati!

Itulah hakikat hidup kita bersuami isteri.

5) Aku gila buku. Aku banyak menghabiskan duit untuk membaca, menulis dan macam macam.
Mengapa?  Aku bekas guru, pensyarah dan macam macam.

Walaupun sudah bersara .. otak aku kena ada makanan untuk minda aku tersendiri.

Tetapi pasangan aku .. lain pula.
Dia suka semua benda di rumah..diletakkan secara tersusun, rapi dan kemas.  Banyak masa dia habiskan untuk maksud ini.  Kalau di IPT / IPG / politeknik ada menawarkan kursus kemas mengemas .. saya rasa pasangan hidup saya ini ..  adalah pelajar yang paling sesuai untuk kursus DKM1/  diploma kemas mengemas Sem 1.

Ha..ha..ha..

Apa apa pun ..bersyukur juga.
Kita kena bersyukur dengan apa yang ada.

Dengan keberadaannya ..rumah kami cantik dan indah. Sedap mata memandang.
TEtapi bila dia terlampau takzub dengan operasi kemas mengemas ini ..
adalah benda yang hilang( tersilap letak) seperti:

5.1  buku bank
5.2     buku hutang apek roti
5.3 draft kertas peperiksaan
5.4  report review jurnal paper
5.5  statement bank
5.6  dan macam macam

Mengapa?

Jawapannya mudah sahaja.

Dia mengemas tanpa mengetahui nilai sesuatu itu.  NIlai????
Dia bukan ahli dalam bahagian yang kau ceburi.  Padanlah muka hang.

Kalau dia bukan toke ikan ..  dia peduli apa dengan statement pembekal dan peraih-peraih ikan yang lain.

Kalu dia bukan Pengetua/ Guru Besar .. dia peduli apa dengan kertas memo ..  mungkin memo itu sudah dimesinbasuhkan olehnya.

Yang penting .. semua benda sudah CLEAR dari pandangan matanya. Berehsss ... 

Ha..ha..ha..

6) Hasil pertembungan cita rasa . .. kadang kadang boleh membawa .. pergaduhan kecil/ besar / WAR.

So far ..saya cool sahaja.

Apa boleh buat ..Tuhan sudah hantar orang begini untuk aku.
Terima sahajalah.

Nasibbbb badan.

Kalau bergaduh pun .. anak anak besar kami tak kan menyokong aku.  Mulut mereka mesti terkeluar ..

statement berpuaka

Omak manalah tahu benda itu.

Jeng jeng jeng..

jom kita ke masjid.
Doa sahajalah.. bersabar itu 1/2 iman.  Bacalah surah wal asri.  Ada sebut 'sabar'.

Sekian.
Tak leh lari dah..

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment