maruah diri dan bangsa

Posted by sazali

salam

Seronok membaca chedet.blog
tulisan Tun Mahathir dan satu lagi blog dari Kadir Jasin mengenai maruah diri dan bangsa.

Di sini aku nak sentuh sedikit.
Tak banyak ..sekadar menulis sepatah dua waktu pagi pagi hari Jumaat ..di bumi bertuah Kota Bharu, Kelantan.

Maruah?
Harga diri.  Satu bentuk pandangan orang luar kepada diri kita ini.  Pandangan positif atau negative mereka terhadap seseorang yang lain?
Adakah datang rasa hormat, kagum mereka bila melihat kita melakukan sesuatu ?

2) kalau kita ditakdirkan sebagai peminta sedekah ..  maruah kita jatuh jika
dibandingkan orang kaya yang sanggup memberi duit dan makanan kpd kita sepetang , dua hari, musim bulan Ramadhan dan seterusnya.

Kalau kita seorang yang ligat menipu
orang akan ketawakan kita bukan setakat di kampong Felda New Zealand Pahang  sahaja tetapi juga di seluruh pelusuk dunia
bila kita mandai mandai nak bagi satu ucap utama
dalam satu persidangan .. berjudul  harga diri, maruah kita menuju ..ke arah Negara maju. pada tahun 2050.

Apalah faedah bercakap mengenai perkara itu bila kita sendiri
berstatus kotor .. menipu, mengemis sana dan sini .. dan seterusnya?

3) pemakaian kita pun kena jaga juga.

Kalau kita Pegawai Daerah
pakaian kita biar cukup GAHHHH
bukan nya kita kenakan pakaian
ala Pakistan, Bangladesh, India atau Syria pada hari jumaat begini.

Kalau kita pakai juga pakaian begitu
teruk maruah kita disebut sebut orang.

Dari kedai kopi, hotel dan dalam pesawat rata dan riti.

Betul tak?
Kenapa tak pakai baju melayu?
Kenapa tak pakai songkok?
Kenapa memakai  kopiah putih sahaja ..bila solat hari raya?  Bila songkok dipakai
Sekurang kurangnya kita menolong industry songkok Negara kita.
Sekurang kurangnya ..wak-wak Johor yang buat songkok boleh menumpang gembira berhari raya ..
bila songkok songkoknya habis terjual , laris

kenapa kita tak cipta ..
minyak atar .. di mana baunya ..ikut selera bau lubang hidung melayu?
tak mampukah kita menciptakan itu semua?

UITM banyak kursus Sains Gunaan.
Tak mampukah kita buat minyak atar .. baunya tak sekuat .. macam bau minyak atar dari Padang Pasir Saudia?

BIla kita boleh menukar ..  ini maruah diri ..imej kita tinggi abang/ kakak/ adik.

Ha..ha..ha...

Maruah diri?
Kenapa nak ikut ..  puak puak dari benua INDOPAK atau ARAB?

gerenti syorgakah kita jika semua amalan mereka kita copy n paste?
TEngok dunia arab sekarang ..  best kah ?
apa yg aku Nampak ..kita suka minta sumbangan itu dan ini.

Mungkin mintak sumbangan ini ..  satu adat dari benua tersebut.

Apa yang belajar dari tok nenek aku
jika tak mampu .. buat rumah yg besar .. 
kita buat rumah kayu yg kecil sudahlah ..

buat apa ..kita mintak sumbangan orang ramai?
kita mintak hanya dari tuhan, sudahlah.  Itu petua tabligh yang kuat aku pakai ..  dalam hidupku selama  ini..jangan suka meminta.
kita tunggu .. adakah sumbangan itu akan turun mencurah curah dari langit di atas?

Ha..ha..ha..

Kita kena berani menjaga .. budaya sendiri.
Buat apa ikut itu dan ini.

Di England ..mat salleh  susah nak menerima budaya luar.
Mereka eksport budaya mereka kepada kita di Mlaaysia, Indonesia dan Brunei.
Tengok sahaja sesetengah  mek Kelantan berhari raya .  bahagian atas cantik tutup ala bertudung tetapi bahagian bawah .. mereka berseluar ketat .. Nampak bentuk fizikal j#bur.  Atau mu napok gapo pok mat weh? Anok mu tuuuuuuu.
 
Bila begitu ..maruah colonial dari England mereka berada di tahap teratas.

4) Orang  Melayu terkenal dgn sopan dan santunnya  (rujuk Munshi Abdulllah)
Dari meja makan, majlis kenduri khawin, dunia akedemik ..  gelagat pemandu pemandu di jalan raya ..  bangsa melayu tinggi
dengan tahap kesopannya.
 Pijak semut, gelek tubuh biawak   tak mati, kau kata?

Ha..ha..ha..

Itulah maruah kita.

Dalam kitab agama ..macam macam disebut,
kita pakar bahagian angguk menggangguk bagaikan pak pandir di masjid dan surau. Waktu pagi kita angguk dan waktu malam pun tengkuk kita tak berhenti menggangguk ..  (kasihan)

tetapi dalam amalan harian

begitu kah kita?  Ada orang melintas kenderaan orang ikut kiri, ada orang menggunakan laluan kecemasan.

Di tandas ..ada orang tak flush.
Di tandas ,  ada orang kencing berdiri dan menembak di dinding ..basah dan baunya kuat ..tanda kita baru sahja  selesai makan petai dan buah jering, kedas dan tempoyak durian.

Kalau kita buat lain dari yang kita tahu
adakah ini tidak mengganggu nilai maruah diri satu bangsa bergelar MELAYU?

Jawab ..jangan tak jawab.

Bila dah jawab
ajarlah kpd anak anak, anak murid, pelajar pelajar kita semua

bahawa kita berkemungkinan sudah jauh
terpesong dari target yang asal.  Atau mu rasor guanor?

Kata melayu nak ke syorga
tetapi amalan kita jauh jauh dan tersangatlah jauh dari sasaran sebenar.
Aku tak mampu berdakwah seorang dir mengenai maruah.
Kita perlu buat bersama.

Bukan sahaja di mimbar khutbah ..bahkan kita mesti berani bercakap di kedai kedai kopi , sekolah  dan university secara santai atau 'formal'.

Begitulah.
Sumbangan saya kali ini.

Bolehlah kita pakat pakat pikir pikirkan sedikit bendalah ini.

Sekian.
Wasallam.









0 comments:

Post a Comment