Salam
Sihat?
tadi gi Pusat Kesihatan Universiti- PKU. Tertarik saya dengan satu poster bergambar
* makanan saya = my food
** opis saya = my office
* hobi saya = my hobby
** anak saya = my child(ren)
*** bini saya = my wife
.. penyakit saya = my illness
,,
..
banyak lagi XYZ saya .
2) terfikir tak .. saudara saudari pembaca tentang istilah ' agama saya'? atau '..dakwah untuk agama saya ..'?
Bila ada sesuatu berkaitan dengan saya/ sudah tentu kita ambik berat tentang perkara itu. Contoh 'bini saya' my wife . Kita sang suami akan menjaga dia siang dan malam ..pakai minum dia/ kesihatan dia / .. macam macam yg berkaitan dgn saya. Jatuh bangun bini .. kita ada sumbangan ke arah kecemerlangannya. Mengapa ? kita ambik dia sebagai bini dengan nama Allah/ amanah Allah. Cukup rapi penjagaan kita terutama tahun 1, tahun 2 .. tahun 10, 12 .. tahun 45 .. ada? he..he
Sekarang isunya - Kenapa tak kita ambik berat pasal masjid saya? Masjid adalah rumah Allah. Orang yang selalu ke masjid selalu dilindungi Allah. Contoh .. semasa tsunami menyerang Acheh, Sumatera .. semua manusia dihanyutkan oleh ombak tersangatlah besar .. terkejut semua orang .. Allah turunkan satu bala berbentuk ombak dan saya difahamkan 6,000 pelajar universiti al syiah kuala, Acheh terkurban kecuali mereka yg berlindung dalam Masjid Al Rahman, Bandar Acheh. Syukur .. mereka sahaja yg terselamat. tetapi di saat tsunami menyerang .. orang yg tak biasa ke masjid ..tidak akan mencari masjid sebagai tempat perlindungannya. Mereka akan mencari tempat lain selain dari rumah Allah. Why? mereka tak biasa .. menjinak jinakkan diri dalam dunia masjid di kampungnya sendiri. Oleh itu ..mereka seperti ini dihanyut dan dibawa ombak yg besar , deras dan menggulung. Nama nama mereka menjadi sejarah.. satu hari nanti nama mereka ditelan zaman. Tak takutkah perkara ini terjadi kepada kita sama ..manalah tahu?Allah Maha Kuasa.
3) Begitu juga 'dakwah dalam agama saya'. Orang yg melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah .. Allah ..berikan mereka kesejahteraan , keselamatan, keberkatan dan macam macam lagi. Ada org dakwah ... tuhan kurniakan mereka title .. Profesor, Ketua Panglima Perang, Pengurus Intan Permata Afrika Selatan .. dan macam macam lagi nikmat gelaran . Pendek kata .. semua kesenangan dunia Allah kurniakan kpd mereka ahli dakwah tanpa mereka bersusah payah mencarinya. Allah Maha Besar. Ada satu ayat .. jika kamu menolong Allah . sudah tentu Allah menolong kamu. ..
tengoklah ..kemuliaan yg Allah janjikan kpd mereka yg mahu berkorban untuk agamaNYA yg suci murni.
Mengapa nak tolong Allah? Bila kita menolong Allah ..Allah akan membant kita bila kita dalam kesusahan. Contoh kerja dakwah. La ni ... ada mukmin mukminat tak menunaikan solat, tak berpuasa, tak mengeluarkan zakat, berzina, bermaksiat .. dan macam macm lagi mereka lawan perintah Tuhan. Orang dakwah diminta berjumpa dengan org org begini. Boleh? ada caranya ..secara hikmah. Raja kepada kejahatan ialah mereka yg tidak menunaikan solat 5 waktu/ bila tak solat .. mereka tak peduli halal dan haram. Ini lah arena kita. Kita gi jumpa dan cakap elok elok dgn mereka. Mereka mungkin anak beranak kita juga. Saudara mara kita juga. Org kampung kita . Tak kasihan mereka tuan hamba? apa kata mereka adalah anak gadis tuan hamba sendiri?
Jom .. apa ditunggukan lagi. Jika kita sayang sangat kat opis kita, bini kita , rumah kita , kebun sawit kita .. tidak kah kita sayangkan kpd agama dan dakwah dalam agama kita?
Bila lagi nak terjun dalam dunia dakwah tabligh seluruh dunia ini?
Kita belajar dulu ..dekat dekat dulu ..korban sedikit dulu dulu ..tinggalkan keluarga 3 hari, 40 hari , 4 bulan dan 2 tahun. Terkejut ini? apa lah nak berkira sangat hari hari kita keluar dan belajar seni berdakwah sambil sambil kita membetulkan diri kita.
Ada orang itu sakit kencing manis/ kaki nya hitam leggam bin sinar banar. Tunggu masa nak dipotong oleh pakar potong di hospital. Berhari hari dia menunggu.
Tak berkira pulak kita dalam hal ini? Satu keluarga tak kisah .. mak kita diletakkan dalam hospital/ Why? tunggu masa nak potong kaki emak.
Ahhh .. begitu juga .. hari hari yg Allah berikan ini/ Berikanlah 3 hari kpd Allah .. lagipun Allah jugayg mengurniakan nikmat umur yg panjang panjang ini.
Insyallah kita semua akan berjaya dunia dan akhirat. Percayalah. Allah tak akan mensia siakan pengorbanan kita semua walaupun sebesar zarah sekali pun.
Sekian. yg baik baik dari Allah .. yg tak bagus .. semua adalah kelemahan saya sendiri.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment