Rezeki tuhan tak ke mana, bukan?

Posted by sazali

Assalamualaikum w.r.t
Greetings...


Bila
kita sihat .. ini satu rezeki/ anugerah dari tuhan.

bila
kita kaya ..  ini pun satu rezeki jugak.

bila
kita berselera makan hari ini ..esok ..lusa ..  ini pun rezeki jugak.  Kenapa?  ramai orang sakit di Hospital USM Kubang Kerian walaupun ..penuh dengan buah tangan berbentuk buah-buahan import ..mereka tak lalu makan, minum dan ..  macam macam.  Mereka dikatakan sakit.

bila
kita ada anak-anak berderet deret macam gerabak kereta api KTM ..ini pun rezeki jugak.  Selepas setahun satu selepas setahun satu.  Subur tanah pamah di rumah kita ini.

bila
kita ada nyawa pun .. rezeki jugak ( dapat berjumpa bulan Ramadhan yg mubarak, insyallah di mana setiap amalan sunat dikira amalan fardhu dan amalan fardhu dikira 70 kali amalan fardhu.  Masyallah!).

bila
kita "bijak-pandai " dalam bidang pengajian di sekolah, politeknik, kolej komuniti dan  universiti pun ..alhamdulilah .. semua org kata kau memang ada rezeki Hussein.  Apatah lagi ..kau terbang buat PhD dengan tajaan duit rakyat Malaysia.  Ini semua rezeki untuk mu dari Allah Taala.

Bila
kita jual karipab basah ..semua laku (alhamdulilah)  .. hari ini ..pun dipanggil ..rezeki jugak.

Alhamdulilah ..tiba-tiba ..tak diduga

hari ini .. saya ada sedikit lagi rezeki dari Allah Tuhan semesta alam ..  / bertambah ..kot ..  dari guru biasa, pensyarah biasa, itu biasa , ini biasa .. today pihak universiti .. menganugerahkan ... saya yg serba kurang - wajah kurang, rupa kurang, poket ringan, itu ini biasa jer .. ini ..now (tiba-tiba) ..  dianugerahkan pangkat P M.  Syukurlah alhamdulilah.  TQ so much Dato' Prof NC dan semua barisan senior pengurusan Universiti.

Aghhh..  KPI key performance index .. sudah mula berubah kot (heeesshhh ..seram).  Tak apa ..i gonna cross the bridge when i get there ..insyallah dengan bantuan Allah Taala

ok tak?



(laugh)  Siapa sangka bukan?

3)  Kalau ada rezeki ..tak ke mana .. orang orang tua di kampung ku kata terutama arwah nenek TOK YOH, MOK ESOH, MOK GAAL, TOK KI, TOK CHEK .. wahai insan bernama ???? /

kalau tak ada rezeki ..  buat macam- macam mana pun ..tak dapat ..lah ..  contoh anugerah anak-anak.  Ramai dah orang khawin ...tukar isteri, tukar suami ..tak dapat jugak anak anak .. yg diharap-harapkan.  Apa boleh buat ... manusia berusaha , tetapi Tuhan juga yg menentukan hadiah 'anak' ini.  Kita kena redha.

Syukurlah.

Yg baik dari Allah..yg kurang bagus ..semua kesilapan saya yg serba kurangggggg ni.  TQ kpd semua bekas murid-murid saya di SM Tumpat, SM Kota, Politeknik Kota BHaru , KUiTTHO dan UTHM ini.  Tanpa kalian .. may be tak ada kot perhiasan perhiasan dunia ini di mana selepas nama ada macam macam perhiasan akademik BSc, MSc, Ph.D lah ...  semua ini adalah hadiah dari Allah semesta alam.  Bersyukurlah kamu ..wahai insan.


Wallahu aklam bis sawab.  Al Fatihah dan zikirullah.

0 comments:

Post a Comment