Ada-ada sahajalah engkau ini?

Posted by sazali

Salam

Hari ni saya menggantikan rakan sebagai pengawas peperiksaan di tempat saya bertugas.

Tidak ramai pelajar yg terlibat sekitar 100 - 150 orang pelajar sahaja.

Tetapi di saat saya menulis ini , jom kita kongsi ..apa yg saya fikirkan.

Hari ini ..  tak ramai pengawas yg bertugas jika dibandingkan dengan 5 - 10 tahun dahulu.

Pada masa itu, saya rasa ramai sedikit bilangan pengawas.  Tetapi dengar khabar ..  ura ura ..  ada orang tak suka jadi pengawas kecuali ..  bila kertas subjeknya sahaja yg terlibat.

Bila pengawas tak ramai ..inilah yg berlaku.

(i) tak cukup orang nak memantau pelajar pelajar yg ke tandas

(ii) selalunya .. jika ada pelajar yg 'membuang' di tandas ..  jika mereka mengambil masa yg lama (melebihi 10 minit) ..ada sangkaan buruk dari kami ..bahawa mereka cuba membaca sesuatu ..nota/ formula dan lain-lain

(iii)  bila ada pengawas yg nak melawat apa yg sedang berlaku di tandas ..tak ada orang pula yg menjaga di dalam dewan peperiksaan

Saya rasa tak kena lah .. begini lagu.

Di Jabatan Pendidikan Negeri ..  mana mana pun .. pihak bertanggung jawab akan pastikan

bahawa pusat pusat peperiksaan mempunyai cukup bilangan pengawas setiap kali ..bila ada kertas peperiksaan yg berlangsung.

Kalau pelajar universiti .. mengambil peperiksaan selama 2 jam 30 minit ..katakan jumlah mereka 150 orang ..saya rasa .. jika 1 pengawas wanita dan 3 pengawas lelaki sahaja tak cukuplah.

Kena ada 6 orang .. sebagai pengawas di dalam dewan peperiksaan dan ada juga pengawas di tandas perempuan/ lelaki.  BIla ada cukup pengawas ..  baru timbul sedikit kegerunan ..  kpd pihak pelajar ..supaya tidak cuba meniru/menipu dan lain lain lagi.

Jika tidak ..kita dianggap sebagai insan insan yg mempunyai kepercayaan tinggi kpd pelajar pelajar yg berada di dalam sesi peperiksaan akhir semester.

Kepercayaan ini berlainan dengan apa yg diamalkan di Jabatan Pendidikan Negeri.

20 dahulu  , saya pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas STPM di SM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan ..  Bila kertas peperiksaan STPM berjalan ..jika hanya ada 3 calon mengambil kertas peperksaan subjek LUKISAN iaitu..melukis gambar ikan kering, daun pisang dan bawang-bawang besar sekali pun  ..  bilangan pengawas adalah 6 orang.

Mengapa?

Supaya cukup ..mata yang mengawas.

Ini tidak berlaku di sini ..kot.

Saya fikirkan ..apa susahnya mengawas kertas peperiksaan ini?  Adakah sesusah menjual ikan ikan sungai di tepi jalan besar antara Pantai Cinta Berahi dengan bandar Kota Bharu? Jatuhkah ..imej ..  profesor/ prof madya / pensyarah kanan/ pensyarah bila kita diminta mengawas kertas peperiksaan sahabat sahabat kita yg lain?  Lagipun ..bukan 1 hari suntuk kita mengawas.

Lagipun ..bila kita bergelar ..penjawat awam ..kita mesti patuh kpd arahan ketua. (Sila rujuk:  General Order).

So time exam adalah masa .. kita menilai betapa bagusnya .. hasil anak didik kita selama ini.

Kalau tak cukup pengawas ..hasil penilaian ini mungkin tidak reliable/ tidak valid/ tidak boleh dipercayai / tak soheh  ..  why?  mungkin ..ada pelajar nakal yg berani membaca / merujuk nota nota lipat terutama di dalam tandas wanita sambil sambil berpura-pura dengan aktiviti dalam tandas.  He..he..

Jika pengawas perempuan ada seorang sahaja ..dan dia tak datang kerana sakit ..

bagaimana pula ..kisah ..pengawasan pelajar-pelajar  perempuan di tandas mereka?  Untuk makluman ..bilangan pelajar perempuan adalah 2 kali ganda dari bilangan pelajar lelaki la ni.

Adakah pengawas lelaki ..akan cuba ..mengawas  aktiviti aktiviti pelajar pelajar perempuan di tandas mereka?

Susah bukan?

Akhir kalam ..jomlah ..jangan kita berkira sangat.  Bersyukurlah .. kita diberi tugas/jawatan ..sebagai pengawas peperiksaan.  Dulu masa kita awal awal masuk ke dalam dunia pekerjaan .. apa apa yg diarahkan ..kita cukup patuh ...  bukan?  Kenapa sekarang angin itu ..sudah banyak berubah?

Menjaga kertas peperiksaan  .. bukan sesuatu yg susah pun. Ambil arahan ini sebagai amalan soleh/ satu ibadat.  Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan menjelma.  Semua amalan dilipat gandakan pahala.

Jom.   Kita jadi warga kerja yg baik. Tuan/Puan  bagaimana ?

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbbb.

0 comments:

Post a Comment