Panggilan telefon dari anak yg jauh

Posted by sazali

Salam

Pagi ni ..  tak disangkakan .. anak sulung saya yg sedang mengikuti kursus PhD ..menelefon saya ..abahnya.

Sedap juga ..dengar suara anak sulung saya.  Lagipun saya baru 'keboh' dari sakit ..  demam, sakit gigi dan macam macam..maklumlah ..umur dah 5 series.  BMW 5 series. what do you expect?

Why sedap?

Jawapan ada di sini.  Antaranya ialah:

(i)  perasaan kasih sayang anak dengan ayah/abah/papa/ apok
(ii)  berkat, rahmat kehidupan (rujuk kepada kitab kitab agama)
(iii)  rapatkan silatul rahim antara keluarga
(iv)  doa ayah kpd anaknya bila si ayah mempunyai perasaan gembira

-----------------

Huraian:

Sebagai anak ..bagus kita amalkan ..menelefon ibu ayah di kampungsekurang-kurangnya ..1 kali seminggu, 1 kali sebulan dan ..kalau sibuk sangat ..1 kali dalam se tahun.

Why?

*  masa ibu ayah masih ada ..  berbaktilah banyak banyak kpd mereka.  Jangan tunggu mereka bergelar arwah ..baru rasa ..menyesal dan insaf itu dan ini.  Saya rasa .. rugi bukan?

** masa ibu ayah kita masih ada ..  cuba tanya .sekali sekala ..mak ayah nak makan apa .esok?  lusa?  nanti abang belikan .. semasa pulang dari kumpur/ Los Angeles/  LOndon ..

BUkankah itu ..  tanda anak yg soleh?
BUkankah itu ..semua mak  bapak harapkan dari anak anak yg sudah mempunyai career masing masing? Tak yah .. cari makan makanan yg mahal .. anggur dari Paris pun dah bagus/  kalau susah buah mempelam muda , cili padii dan belacan pun ok jugak ... tetapi doktor PKU kata kat abah ..perut abah dah nipis  ..tak leh makan asam macam orang muda muda dah/  nanti sakit, banyak angin dan sakit urat saraf.. payah  doktor PKU katalah.  Tetapi dah berair ..mulut bila dengar / melihat mempelam muda + cili padi + belachann + cuka ..  banyaklah.. air mulut itu mengalir atas bantal busuk.  (laugh).

----------------------------

Sepanjang hidup saya ..sebagai anak sulung .. saya selalu infakkkan sedikit wang untuk membeli buah tangan untuk ibu ayah ..bila pulang ke kampung.  Bukan apa?  Dah jadi anak sulung orang .. tangan saya selalu di atas.  Pemberi.

Jarang sangat ..orang memberi ..kat saya lah kecuali pihak Kerajaan ..  memberikan saya biasiswa GCE A Levels,  DEgree , Masters dan PhD.  Besar tangan kerajaan kita.  Alhamdulilah.

After ikhsan kerajaan itu ..saya hadiahkan ..sedikit buah tangan kpd mak ayah di kampung.  Saya buat ini supaya anak anak faham ..  bila kita ada mak bapak .. berbaktilah kpd mereka tanpa putus putus.

JIka pembaca dah kehilangan ibu bapa .. kalian boleh buat baik lagi kpd ibu ayah kalian dengan cara:

(i)  sedekahkan al fatihah kpd mereka setiap hari/ sepanjang masa
(ii)  sedekahkan wang ke tabung masjid setiap hari jumaat ,  buat bangunan masjid/sekolah agama  , taja anak anak orang miskin yg dalam program Hafiz Quraan, program muaalim di Sri Petaling , Selangor  .. , taja majlis berbuka puasa 1 hari, 2 hari , 30 hari pada bulan Ramadhan Mubaraak dan niatkan semua ini ..atas nama ayah/ mak lillah hi taala
(iii)  melawat kawan kawan baik ayah/ mak ..  buat baik kpd kawan kawan mak ayah semasa mereka hidup dahulu  ..  melawat bagi pihak mak/ ayah

(iv)   doakan kpd Alllah supaya .. Allah ampunkan dosa mereka yg telah dilakukan secara sengaja/ tidak sengaja

Gitu lah ..  lagunya.  He..he.. (kena senyum senyum sokmo ..deh?)

Saya doakan ..kalian mendapat anak anak yg pandai menjaga hati ..kalian juga.
Sekian.

Yang baik dari Allah/ Yang terkasar bahasa ..  saya mohon banyak kemaafan.  Boleh?

Wallahu aklam bis sawabbb.

0 comments:

Post a Comment