Salam
Senyum adalah sedeqah. (Hadith).
Bila kita senyum .. ramai orang disekeliling kita akan turut ceria.
Kata lawan -- Mengapa kita tak senyum -- mengapa masam mencuka ini?
Ada benda tak betul ke?
Di rumah?
di opis?
----------------------
Kalau tak happy di rumah jangan bawa ke opis. Nanti rusak komuniti opis ini.
Kalau tak happy di opis jangan bawa ke rumah. Nanti rusak mood rumah tangga kita pula.
Tetapi disebabkan kita melayu .. cepat kita bawa 'baggage' tak senyum ini ke mana mana sahaja kita pergi/
Jom kita berubahlah sedikit. Kalau kita serious pun .. bukannya kita menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia pun!
So .. cuba cubalah kita tunjukkan wajah ceria sedikit. Biar semua oran dapat faedah ..dengan keceriaan kita ini. Memang ..payah nak ceria kerana Allah Taala. Payah ceria ikhlas kerana Allah Taala seorang sahaja.
Kita boleh mencapai tahap keikhlasan dari latihan .. satu pagi, 2 pagi, 3 pagi ...setiap pagi .. baru datangnya sifat ceria itu sepanjang masa lillah hi taala.
KIta kena berlatih hari demi hari .. baru datang wajah ceria itu setiap masa terukir di wajah kita.
Kita kena berlatih bercakap manis dengan orang ramai .. hari demi hari ..barulah datang kata kata manis untuk Allah Taala.
----------------------------
Dalam sesi motivasi .. kita selalu dengar Pak Motivator ..bercakap tentang ..sifat keikhlasan dan bermanis muka.
Tetapi .. itu sekadar cakap sahaja. Cuba jangan bayar sesi motivasi itu sekali , dua kali dan .. banyak kali lagi. Cuba?
Bolehkah dia bercakap ..tentang keikhlasan dan keceriaan secara li lah hi taala?
---------------------------------------
JOm kita keluar dari kepompong dunia dakwah , motivasi ..berunsur cakap sikit ..ada orang bayar. Payah nak dapat darjat keikhlasan jika .. ada bayaran dihujung aktiviti tersebut.
Pernah saya terdengar ..satu keratan .. hadith..ke .. atau apa itu .. 'jika kita berjuang .. kerana perempuan ..kita akan dapat perempuan(isteri baru, muda, berijazah, pandai, lawa) ; jika kita berjuang untuk dapat .. wang ringgit bergunung gunung banyaknya ..kita akan dapat gunung emas .. dan jika kita berjuang habis habisan untuk dunia fana ini .. kita akan dapat semua itu .. Apa yg nak dihairankan di sisi Tuhan Rabbal alameen .. tuhan beri semua ini kpd melayu, kepada cina, kepada india dan kepada siapa sahaja.... dan di akhirat kelak .. mereka tak dapat apa apa pun...'
Mengapa .. tidak kita fikirkan .. jom kita persiapkan diri kita secara ikhlas dan wajah ceria . sepanjang masa lilllah hi taala.
Bila ada .. sifat ikhlas ini dan ada wajah ceria terlukis pada wajah kita sendiri bertambah pula dengan kata kata manis ..sepanjang masa ..
sudah tentu .. dunia akan berputar dengan baik , harmoni dan .. insyallah akan adanya keberkatan, keredhaan illahi dan kesenangan abadi abada.
Sekarang dunia susah. Dunia semakin payah. Dunia semakin panas. Mengapa?
--------------------
Sifat ikhlas hanya dibukukan. Hanya dikertaskerjakan. Tidak diamalkan bersungguh-sungguh dari peringkat orang orang atasan .. hinggalah ke peringkat orang-orang bawahan.
Sifat manis muka ... hanya diFBkan. Hanya ditayangkan sementara waktu sahaja. Dalam erti kata lain .. sifat kepura-puraan masih menebal di sekitar kita.
Sifat pandai ..berkata kata .. lebih manis kata dari lidah/ lebih manis lidah dari kata .. kata..
untuk apa ? Adakah untuk mempertahankan darjat kekuasaan, populariti kita yg kita sandang selama ini?
Rugi besarlah kita .. jika selama ini ..kita sekadar berlakon dengan berlatarkan kepura-puraan.
Oleh itu ..saya akhiri ..penulisan saya kali ini ..dengan ..mengajak diri saya ..terlebih dahulu .. jom kita amalkan ..sifat sifat baik tadi = berwajah manis; berkata manis seikhlas-ikhlasnya hanya untuk Allah Pencipta 7 petala langit dan 7petala bumi ..lillah hi taala.
Jom.
Al Fatihah.
SEkian.
Wallah huakalm bis sawabbb. (tuhan maha mengetahui)
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment