Salam
Dalam dunia bisnes , jika kita nak promote sejenis sepatu bernama 'sepaka' .. kita kena buat promosi.
Kalau nak bandingkan .. kasut ini dengan kasut popular seperti NIKE, ADIDAS, FUMA ..sudah tentu ..kasut baru kita .. tak terdaya nak bertanding apa apa ..bukan?
Tetapi kita kena mula mulai sekarang .. memperkenalkan ..kasut berjenama 'sepaka' ini.
2) Bangsa melayu .. selalu takut nak promote .. barang-barang sendiri. Orang kata .. lack of confidence.
Tengok sahaja .. jenis jenis kuih yang dihidangkan di atas langit oleh AIRASIA .. MAS .. atau apa apa lah jenis pesawat kita
mana ada .. kuih melayu ..
walau pun .. dalam akhbar / majalah / jurnal .. Dewan Bahasa Pustaka dan Kerajaan .. cukup seronok membincangkan .. betapa pentingnya ..
kita rakyat Malaysia .. mesti mempunyai jati diri yg tinggi berbahasa melayu di mana mana sahaja kita pergi.
3) Sehingga saat saya menulis ini ..belum ada lagi stewardess AIRASIA , MAS yg berani menghidangkan ..sejenis kuih bernama 'jemput pisang'.
Kenapa begitu sekali .. sifat takut , malu kita?
Kenapa tak hidang .. kueh lopat tikan .. lopez
malukah kita ... kueh ini mempunyai banyak manisan ?
kenapa tak hidang .. kueh 'puteri manis'; 'jala mas'; 'kueh sri kaya'?
malukah kita .. kueh ini tak berbunyi setara dengan .. english bun; birmingham pudding?
Jawapannya ialah .. bangsa kita .. saya rasa ..malu tidak bertempat.
Kita terlampau banyak malunya. Banyak tempat kita malu. Orang cina perkenalkan 'maggi'. Sekarang ramai penumpang AIR ASIA makan 'maggi' di atas langit. Tengok?
Sate .. sudah diperkenalkan .. tetapi .. orang INdonesia mengaku 'sate' adalah hidangan mereka. Susah?
4) Kalau kat universiti ini .. majoriti anak anak murid saya malu
malu ..bertanya
malu ..speaking in english.. oleh itu walaupun .. dah 3 tahun lebih .. belajar di menara gading .. ENGLISH MUET pun tak leh lagi BAND THREE(3) ..aduhai anak anak muridku ini?
malu . .. memberi idea/ cadangan
staf pun ada jugak sebilang itu yg malu malu .. tahap 'malu' cukup lah tinggi .. malu menulis / malu menulis jurnal berwasit/ malu belajar itu dan ini / pendek kata .. kita malu serba serbi/ dalam seminar antarabangsa pun .bila dijemput Profesor Luar Negara pun .. selepas 2 jam Prof itu bercakap mengenai ..kajian yg sedang dijalankan .. oleh universiti nya .. bilangan soalan kepadanya dari pihak peserta seminar .. tak sampai pun 2 buah. Cukup beruntung .. jadi speaker luar datang ke sini. Goyang goyang kaki kot?
Ramai peserta .. malu bertanya/ malu berinteraksi dengan Prof tersebut / malu takut takut soalan soalan yang ditujukan .. berbunyi .. loghat kelate/ trengganu/ Jawa Johor atau Selangor
he..he..
malu sungguh orang kita. Bila staf malu .. sudah tentu .. pelajar -pelajar pun cukuplah pemalu. Tinggi sifat malu kita. Bila malu .. tahap kesopanan ..terjaga. Ada satu ayat klasik dari tanah arab .. kalau kau tak tahu apa apa .. baik kau berdiam diri sahaja. Nah ..itulah .. punca .. kiblat kita.
Dalam islam .. malu itu sebahagian dari IMAN.
Bagus bukan?
IMAN itu malu .. dan malu itu iman. A = B and B=A
Simple?
Tetapi atas langit ..sana .. saya hairan ..sejak saya naik QANTAS dari Kuala Lumpur .. ke London .. 1975 hinggalah ke waktu sekarang ... aku asyik makan biskut je. Dan biskut ini bukan buatan orang melayu.
Belum pernah saya lihat .. mana mana kaki tangan (steward, stewardess) pesawat kapalterbang
kita yang sanggup menghidangkan .. kerpok lekor dan pencicah .. Aminah Sos. Nasi kerabu hitam
+ telur masin ..
Hidangkanlah ... mana tahu .. satu hari nanti selera mat dan mek salleh .. berkenan dengan rasa kerpok lekor ayah wannng kito. May be kita takut mat salleh, mek salleh sakit perut ..kot?
Bukankah itu menguntungkan klau kita perkenalkan nasi dagang lauk ikan tambang , nasi puteh campur dengan serunding / He..he.. busuk ke mulut penumpang itu bila mereka makan makanan melayu / bangsa melayu?
Bila kerpok lekor laku .. sudah tentu .. sepatu berjenama 'sepaka' pun ..ada potensi .. laku ..di London, New York, San Franscisco dan Tokyo. Tengok Jimmy Choo. Kasut buatan tangannya .. mendiang Lady Diana memakainya ke sana sini. Tetapi Jimmy Choo bukan orang melayu.
We have to start somewhere , right?
Kalau dalam pesawat kita pun kita rasa tersangat-sangatlah malu nak ..hidangkan .. ubi rebus cicah kelapa parut;
ubi keling ; jering rebus cicah kelapa parut , buah kelubi + lain lain lagi ..
bila .. kah masanya pesawat BRITISH AIRWAYS/ KLM / QATAR // nak hidangkan makanan bangsa melayu itu semua. Orang orang arab respect jamaah haji .. di Mekah/ Madinah. Tetapi atas pesawat ke Mekah tahun 1996 dahulu .. makanan yg dihidangkan adalah 'cheese' dari Belanda.
Jom .. lakukan lah sesuatu ..
Kita kena lakukan sesuatu yg berani .. baru org luar respect spring kat kita/
mana tahu .. pemain Nehmar (BRAZIL) satu haru nanti akan memakai kasut bola 'sepaka' buatan Malaysia.
Tak cuba kita tak tahu bukan?
Aku hanya .. pencetus minda tuan hamba sahaja. Aku sudah mulakan .. harap harap ..ada orang lebih pandai dari aku ..akan memanjangkan idea ini sekarang atau 'one fine day ..when no more bangsa melayu/ yg ada hanyalah bangsa Malaysia'. Ha..ha..
Insyallah.
Kita mesti bermulakan dengan sesuatu .. A journey starts from the first step. Somehow?
Insyallah berjaya kita.
Sekian. Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment