Kesan sampingan ketagih Mukabuku

Posted by sazali

Salam

Rasa rasa majoriti pelajar ..  sudah mempunyai FB akaun masing-masing dan telefon bimbit.

Ini menjadi satu keperluan untuk berkomunikasi antara satu sama lain ..  dalam kampus, asrama dan di lain-lain lokasi la ni.

Tetapi hasil interaksi FB ..saya perhatikan standard ejaan dalam kalangan siswa siswi cukup mendukacitakan.  Mereka  gemar eja sesuatu seperti 'cane'  sebagai 'macam mana'/  'syonok' sebagai 'seronok'.

Sekarang saya sedang menyemak kertas jawapan subjek Statistik.  Stail pelajar mengeja dalam jawapan mereka cukup mendukacitakan hasil dari keketagihan FB dan SMS.

Berikut adalah dapatan saya:

Ejaan:

(i)    bias -  buyers - VIOS

(ii)  pick the customer at random -   peek the cstmr at rendm

(iii)  dispersion  -  depression

(iv)  divide the population -  DIVINE the pop  (O My God!)

----

Cukuplah tu.

Mengikut pengalaman saya menanda kertas SPM dan STPM ..  KPM pada satu masa dulu ..

kalau skrip jawapan adalah 'BIAS'  dan   calon memberi jawapan sebagai 'BUYERS' .. ini adalah satu distortion.  Maka tidak ada markah yg diberikan bukan setakat jawapan sebarisnya sahaja tetapi keseluruhan paragraf kerana ..memberi maksud yg lain.

kalau skrip jawapan adalah ' PICK/ CHOOSE'   dan calon memberi jawapan sebagai 'PEEK'
maka distortion telah berlaku. Maka markah adalah kosong juga bukan setakat 1 baris jawapan tetapi satu paragraf.

----------------

Bala yang datang dari FB dan SMS cell phones ialah ..  pelajar pelajar di IPTA/ IPTS ingat ..  lecturers faham maksud yg hendak mereka sampaikan.

Saya rasa itu sesuatu yg tidak tepat.

---------------------------

Satu lagi ..dapatan saya ialah kesan yg menimpa kpd produk KPM dan KPTM di mana ...kita menerima 'coursework mark ' 60% sebagai sebahagian dari ..  jumlah markah .. keseluruhan markah subjek tersebut.

Saya perhatikan ..ada ramai calon ..memperolehi hampir-hampir markah maksima dalam Coursework
 contohnya 55/60 tetapi..dalam peperiksaan teori sebenar ..mereka mendapat markah yg tersangatlah rendah contoh 15/40.

Ada banyak interpretasi di sini berkenaan dengan ..  performance students dan lecturers terlibat.

Interpretasi pertama:

-  kualiti pelajar yg masuk ke dalam sesebuah .. institusi ini ..mungkin rendah tahap kualiti akademiknya

-- soalan peperiksaan mungkin susah/payah dan sebagainya.


Interpretasi kedua:

--  kesan dari belajar mengajar dalam BI
--  ada calon tak faham istilah 'pick', choose, choice, peek (mengintai-intai)
-  mungkin ada lecturers 'syok sendiri' mengajar di hadapan dalam BI
-- mungkin ada pelajar lewat masuk ke dalam dewan kuliah sampaikan    perkataan 'bias'/  'VIOS'
pun mereka menulis sebagai satu nota statistik yg penting.

* dalam skrip jawapan ada .. perkataan VIOS .... tahu?


***************************

Oleh sebab ..saya akan .. bersara dari perkhidmatan kerajaan ..elok juga saya berikan pandangan saya di sini :

*  guna BM sahajalah .. dalam sistem PnP di sini
**  kalau ada pelajar dari Timur Tengah .. kita asingkan mereka dari pelajar tempatan .. lagipun ..budak budak arab ini ..pun bukan bagus sangat BI nya

Kasihan ..  pelajar pelajar kita ini.

Oleh sebab kita mahu jaga sangat..  "kera" di hutan , anak sendiri mati kelaparan.  Bukankah begitu tuan/puan hamba?  atau mu rasor guanor?

* dulu sistem British .. kita pilih budak dalam kumpulan paling cerdas jer ..masuk dunia universiti
dan hasilnya ....  tengok sahajalah..   prestasi Malaysia 20 - 30 tahun yg lalu; contoh ..pemain pemain bola  malaysia boleh bermain dgn orang orang jerman, amerika syarikat,  coach bola sepak kita pun imported dari German ..budak budak bola macam Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Syukur Salleh  dan Santokh Singh tu faham semua arahan coach dlm BI

** sekarang kita sayang sangat nak buang pelajar pelajar yg tak 'perform' dalam tahun 1.  Kita simpan mereka dari tahun 1 hingga tahun 3 atau tahun 4.  Akhir pengajian ijazah pertama , MUET pun mereka tak dapat Band 3 untuk konvokesyen mereka sendiri.

lagipun ..sekarang standard bola sepak pasukan pemain-pemain kita tak secemerlang macam dulu-dulu sudah  .. dah lama dah kita tak main secara serious dgn First X1 pasukan Jepun/ Korea Selatan/ Iran ...  kita dok asyik lawan dengan pasukan Indonesia, Banglabest dan Nepal  jer ..

why? coach import dari UK .. bahasa arahan yg dikeluarkan .. kpd pemain-pemain ..  handalan ..kita ..  mungkin mungkin mungkin .. mereka tak faham 100% dari aspek bahasa teknikal BI seperti approach, attack, keep the ball, put the ball low , pass the ball short etc etc.

See?

Itu jer dahulu.  nanti saya ..hantar lagi laporan ..

Adush..  kasihan bukan?

Wallahu aklam bis sawabbb..  maaf jika tersalah bahasa ini.

AP Dr S


  

0 comments:

Post a Comment