Bila sebut sahaja sayang (1)

Posted by sazali

Salam

Bangsa melayu terkenal dengan sifat lemah lembutnya sejak zaman turun temurun lagi.
Oleh sebab itu, lagu lagu dan filem melayu selalu berkisar dengan kata-kata sayang siang dan malam.  Mengikut penyelidikan yg telah  dibuat berikut adalah kisah-kisah sayang:

(i)  seorang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga

Pada waktu pagi ..masing masing mengucapkan perkataan sayang.  Selepas itu di waktu nak berpisah di platfom tren  LRT, ERL ke .. sang isteri akan bersalam dan mencium tangan suami tanda sayang.

Pada waktu petang .. masing masing mengucapkan perkataan sayang bila berjumpa kembali.  Contoh ayat .. dah lama pulang sayang?  Geli ..  tikus kat belakang dapur kita kan?

Begitulah laghunya .. dari sehari ke sehari, minggu ke minggu yg lain, bulan bertukar bulan , tahun silih berganti.  Lama lama .. hasil kasih sayang datanglah anak anak anak macam gerabak kereta api/ tren ..  bukti kasih sayang.

Dalam agama islam ,  kita diminta menghidupkan amalan kasih sayang antara satu sama lain.  Bukan setakat suami isteri , bahkan kepada ibu bapa kita yang sudah lanjut usia dan juga jiran tetangga kita.

(ii)  seorang guru muda yang baru berkhidmat di sekolah, politeknik dan alam universiti

Pada hari pertama, minggu pertama, bulan pertama, tahun pertama, dekad pertama  .. disebabkan sayang kepada kerja..seseorang guru akan menjalankan segala tanggungjawabnya bersungguh sungguh ..   demi bangsa, agama dan negara.  Payah nak dengar guru baru marah kpd anak anak didiknya .. kerana ?  dia sayangkan pekerjaannya.  Sayang kat sekolah, sayang kat pelajar pelajarnya, sayang kat subjek tertentu dan macam macam lagi ..hinggakan kepada ..  satu saat klimaks ..  di sebabkan terlalu sayang kpd pekerjaan .. seorang guru senior yg baru berusia sehari pencen , seminggu pencen  , sebulan pencen dan setahun pencen pun... selepas tarikh keramat wajib bersarapun .  dia akan melayan emosi sayangnya merangkumi 999 macam macam nostalgia kerana ada unsur-unsur sayang.

Ada yang tak boleh tidur teringat kpd satu sudut opisnya  dalam sebuah bilik guru/  kerusi khasnya  dalam kantin sekolah/ pandangan sudut tertentu blok makmal sainsnya ...  yg baru dia tinggalkan kerana ..  bersara wajib/ pencen.  Meleleh air mata ..  bila dia melalui satu blok sekolah ..  teringat saat saat manis ..  mengajar dan belajar ..  pada sesuatu hari itu.  Mengapa emosi sedemikian?  Jawapan nya tak lain tak bukan kerana .. guru ini terlampau sayang kpd kerjanyalah , sayang kpd sekolahnyalah , sayang kpd ..  pelajar pelajar cinanyalah  dan .. macam macam lagi sayang hatta kpd .. kerusi buruk dalam kantin sekolah tersebut .

Why jadi gila bila pencen?  Kerana ..  perkataan 'sayanglah' otak guru pencen meracau-racau di waktu malam .

(iii)  Tetapi sayang seribu kali sayang ..  cinta sayang dan kasih ini tak melarat kepada sayang kepada agama, amalan amalan agama dan 1001 macam amalan berkaitan dengan agama.  Mengapa yer?

Kalau sayang ..  seorang suami sanggup mati ..  menolong isteri yg terjatuh ke dalam perigi buta ..
kalau sayang .. seorang pendatang asing Bangla .. bermati-matian .. nak pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan bertemu lagi dan lagi  dengan buah hatinya minah indon  ...  kenapa yer?  Jawapannya ialah sayang.

Mengapa kita tak merasa macam itu kepada agama kita/ tuhan kita Allah.

kalau sayang kpd Allah .. sudah tentu kita taat mengikut perintah nya siang dan malam ..
kalau sayang kpd Rasullullah ..sudah tentu kita akan amalkan cara hidup Rasulullah .. sembahyang 5 kali sehari di masjid , sembahyang malam , buat kerja kerja dakwah tanpa henti henti .. membaca Al Quraan , membaca maknanya .. dan menginsafi kesilapan kita/ dosa besar kita seperti berzina, mengambil rasuah yg lampau -lampau, menipu orang ramai menimbang buah pisang, zalim kita tak menaikkan pangkat guru tua dalam sekolah kita itu satu hari yang lampau .  

mengapa kita tak bersusah payah untuk agama?

Jawapannya senang  sahaja ..  kita tak sayang Allah sebagaimana kita sayangkan kepada isteri muda kita, sayang kpd meja sekolah kita/ universiti kita  dan .. sayang kepada kereta baru kita, sayang kepada anak anak kita dan macam macam lagi ..yg mana .. semua ini melebihi perasaan kasih sayang kita kpd Allah Taala (PENCIPTA Sekalian Alam).

Mengapakah begitu tuan hamba?

Adakah .. Allah itu .. zalim?
Adakah Allah itu tak adil?
Apakah yg kurang dgn Allah?

Engkau tahu tau ..walaupun kita ingkar kpd ajarannya .. tetapi Allah tetap memberikan nikmat panjang usia kpd kita, rezeki kita datang mencurah curah banyaknya dari langit .. dan .. anak anak kita sentiasa sihat ... Allah kurniakan semua ini tanpa mengira ..kita taat/ ingkar perintahnya. Allah kurniakan kita kesihatan badan.  Pancutan air kencing kita jauh ke hadapan menembusi belukar dan lalang di belakang dapur rumah kita ..  macam anak anak muda baru bersunat ./ berkhatan ..  semua nikmat ini ..   adalah kasih sayanng Allah kpd kita.  Bayangkan jika Allah turunkan balasan kpd kita kerana tak bersolat subuh seperti kita tak dapat kencing tiba-tiba.  Apakah yang akan jadi kepada sistem badan kita?  tak boleh kencing sepanjang hari, 2 hari, 3 hari ..  tak takut engkau?

Mengapa kah kita ..tak sayang kpd kuasa, ikhsan , kasih sayang Allah kpd kita siang dan malam walaupun kita tak terlepas dari melakukan dosa?

Kita dapat  mendirikan alam rumah tangga kita dengan anak mummy (Penang) pun disebabkan .. Allah mencampakkan rasa berkenan ke dalam hati mertua  kita tanpa kita menyedarinya  ..if not ..if not ..  tak usah nak harap kita dapat mendirikan rumah tangga dengan sayang kita seorang itu.  Hidung mancung, tubuh tinggi lampai, rambut hitam mengurai ,  bibir mulut nipis, tak habis gincu mudah mudah , bulu kening lebar , biji mata besar bagaikan .. buah delima di Gunung Khasmir , India ..  dan .. macam macam lagi ..kecantikan yg ada pada sayang kita anak mummy kita seorang itu.


Itulah ..
engkau ini/

Jawapannya ialah ..iman kita kpd ALLAH semakin  nipis macam bawang merah ..  nipis sunggguh macam ..  apa itu? (laugh). Kita tak ada masa pun nak buat doa mintak apa apa dgn ALLAH di waktu hari nak masuk waktu maghrib atau pun di waktu fajar ..  JIka kita tak sebut subhanallah, alhamdulilah dan allahu akbar ... tanda kita tak sayang kpd Allah .. yg kita petik ialah gadget kita ...

Jom ..kita baikilah  sedikit usaha hidup kita laki bini  ..supaya kita sayang kpd Allah ..punca segala rezeki kita selama ini.  Bila kita ingat kpd Allah di waktu kita senang ,,  nanti bila kita payah .. Allah akan membantu kita.  What say you tuan?

Saya sayang kpd Allah .. tuan bagaimana?

Wassalam.
  

0 comments:

Post a Comment