Kotak - kotak khas paper journals

Posted by sazali

Salam

Sambungan .. penulisan blog saya semalam 11 SEPT 2013.

Langkah 10,000  :  kumpulkan kertas kertas journal, proceedings ini

mengikut bidang , body of knowledge ke dalam kotak khas.  Biarlah besar sedikit dari kotak tissue Kleenex itu.

Dulu saya buat research on Mathematics learning pre-algebra using technology.

Maka saya ada 3 buah kotak besar berlabelkan:

Pertama:  learning theories on mathematics

Kedua :  learning using technology

Ketiga : algebra and pre-algebra from 1800 - 2000 Masehi.

Kadang-kadang orang memberi komen " ... seperti pelajar sekolah rendah jer engkau ini ..."  .  He..he..

Semua ini akan memberi faedah besar kepada kita sewaktu kita mula menulis tesis masters dan Ph.D pada penghujung tahun 2/ 3.

Dengan adanya kad-kad yg saya syurkan semalam ..  fikiran kita mula jelas dan terfokus.
Gunakanlah matrik table/  jadual matrik yg saya syurkan bulan lalu.  Tengok lagi dan lagi ..  tulisan kita more focus dan terarah.  Insyalalh berjaya kamu!

Dengan adanya kotak kotak yg tersusun rapi, berlabelkan dengan jelas (besar)  di bawah meja research ,  anda, saya percaya ..  anda akan menikmati kualiti hidup seorang pelajar Ph.D yg terbaik.  Nyaman dan selesa.  Boleh berbedak sekali sekala ..  tak payah tension apa apa.  Alhamdulilah.

Saya doakan anda berjaya. Ameen.

Bayangkan .. jika kita tidak ada apa apa kotak pembahagi kertas-kertas jurnal dan proceedings.
Bila kita mahu buat rujukan .. demi rujukan ..kita mula marah kpd suami/ isteri kerana mereka minat berkemas-kemas bilik terutama waktu kita dekat dekat nak 'fly home' from London, San Francisco atau Sydney.  Dengan kotak kotak pinggan dan mangkuk , kotak video games anak anak tersayang dan kotak terbesar nak bungkus kereta Merz 2.30 E  ..  saya rasa anda akan mula .. sesak nafas maklumlah ..kita seorang sahaja yg tergila gila nak cari satu kertas jurnal tertentu untuk menyokong penulisan Chapter Discussion ,    Future Works and Recommendations.  Kertas jurnal itu merupakan 'paku' terakhir penutup bicara.

Tuhan sahajalah yg tahu bila ..tanpa disedari anda sedang merangkak-rangkak di bawah katil ..  dalam master bedroom, celah almari, celah itu dan ini .. yg sedihnya ..tiba tiba kita jumpa kertas itu .. tetapi yg boleh kita gunakan hanyalah ..  muka surat terakhir sahaja. Yang lain semua kena hujan, tempias hujan, salji dan mcm mcm.  Ambik engkau!

Hendak marah ?  He..he..  tak kan nak marah .. kita nak fly home 10 hari lagi Mummy/ Daddy.

Sekian.  Buatlah ini sebagai panduan.  Tak rugi kita amalkan ..kehidupan yg rapi , organized dan cermat.  Kita jimat belanja dan tenaga ... tak payah buat kerja 2 kali .. benda yg sama / travelling /  photostatings etc etc.

Walalhuu aklammm.   bis sawabbb.  p/s:  saya berlakon sebagai seorang posman.  Saya sebarkan sedikit ilmu dan pengalaman saya demi .. rakyat Malaysia tercinta tanpa meminta apa apa upah. He..he..lillah h itaala.   Tanpa mengira umur, gender, kaum, budaya dan agama.  Ilmu ini adalah hak kita semua ... makhluk Allah yg diberikan nikmat oleh Allah untuk belajar masters dan PhD jauh jauhdi negara orang..  Aman, selesa dan tawakallah semua kita.

0 comments:

Post a Comment