Salam
Sehari dua ini sibuk mengemas kantor (opis). Terjumpa sebuah kitab .. saiznya kecil dan nipis nukilan Abd Wahab Salleh (1987). cetakan ketiga.
bagus juga berkongsi dgn anak-anakku ini di mana mana kau berada ..
Wahai anakku!
kalaulah wasiat ini
untuk kesempurnaan adabmu
aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya ,
tetapi !
ia sebagai pengingatan untuk yg lalai
dan pedoman kpd yg berakal
andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,
nescaya
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi kami
tetapi !
wanita dicipta untuk lelaki
lelaki dicipta untuk wanita
guru dicipta untuk seluruh anak anak muridnya
Bercerailah kau dari ayunan buaiaanmu
meninggalkan teratak tempat besarmu
melangkah menuju ke alam baru
yg belum kau kenal
yg belum kau biasa
kau milik suamimu
annggap dirimu sebagai hamba
tentunya suami mu
jadi teman paling setia
Bawalah wasiat dari ku
sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia
relakan hatimu
sekadar yg ada
semuga sucu hati anakanda
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu
jauhkan dirimu dari
segala yg jahat (jelek)
yg dihidu atau dipandang mata
juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa
sembunyikan suram wajahmu
masters tesis / phd tesis tidak siap siap juga
gantiikan ia dgn sinar
secerah sang suria pagi
dan badan yg semerbak harum (boleh ke?)
bermandikan bauan
mata berpasak , kening bercelak
itu menambah seri
itu membangkitkan berahi
dan ..... ingat tesis belum siap lagi
air sudah memada
bagi yg tiada
jaga masa makannya
juga waktu tidurnya (banyak sedap kau ..bang)
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata ngantuk hilang sabar di dada
kunci mulutmu
tabahkan hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
di kala dia berduka ( hilang kerja)
pendamkan kesedihanmu
di kala ia bergembira ( dapt kerja di Duha sana)
akibat aksi tak senada
hilang simpati mu sebab pertama
keruh suasana disebab kedua
hulur tanganmu ..
andai kau menghulur sebelah tangan
nescaya dia menghulur kedua belah tangan
tidak cukup tangan , nyiru pula ditadahkan
ketahui lah!
kasihmu tidak sampai ke mana
jika hati mu berdua tidak sejiwa .. (memang .. dia KPTM ..kita UTHM)
kasihkau , kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah sahaja yg mentukan nasibmu .."
adaptasi dari :
muka surat 62. Panduan Hidup Untuk Suami isteri yg soleh
abd wahab saleh
klang book centre
isbn 983-61-0008-3
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah sayu nya baca puisi ni.. eh? puisi ke sajak ni? hehe
Ini wasiat ibu kpd anaknya. kalau anda baca seperti puisi pun ok ..kalau dibaca macam sajak pun ...OK. yang penting .. kita semua dapat manafaat dari pesanan ibu ini. He..he.. saya tumpang sampaikan sahaja. TQ