Semalam atau Yesterday

Posted by sazali

Salam

Saya tidak buat apa apa sangat semalam, kelmarin atau yesterday.  Sabtu 21 SEPT 2013.

Hanya menghadhirkan diri ke Persidangan Pentaksiran dan Penilaian di UTHM yg dianjurkan oleh MPM dan UTHM bersama sama dengan guru guru sekolah menengah T6 dan pensyarah pensyarah IPG Johor Bharu.

MPM = majlis peperiksaan malaysia.

Majlis ini menjaga kredibiliti STPM/ STP/ HSC/ GCE 'A' Levels di negara kita selama ini. Tahniah MPM!
Baguslah mendengar orang orang terkemuka mereka termasuk Mr Ng yg mewakili Univ of Cambridge , England dan Tuan Hj Fauzi ( orang kuat MPM) .

Peserta -peserta ramai jugak syukurlah ..  ramai pensyarah IPG, pensyarah IPTA zone Johor , Melaka, guru guru Tingkatan 6 sekolah sekolah menengah termasuk pelajar-pelajar mereka memakai uniform masing-masing yg turut hadhir.  Seronok juga tengok mereka datang termasuk orang orang besar dari JPN Johor.  He..he..  orang kulit hitam pun ada. masya allah.  Dari Nigeria tahu? Oleh itu , persidangan ini adalah bertaraf antarabangsalah.  Tahniah MPM dan Prof Dr Sulaiman dan AJK AJKnya dari FPTV.

2)  Tahun 2013 ini merupakan tahun atau kali pertama (dalam sejarah) peperiksaan STPM dibuat secara/ berformat  modular bukan summatif macam kita dahulu yg lahir pada tahun 1957 - 1980.  Mereka menduduki peperiksaan setiap semester.  Pelajar Tingkatan 6 Rendah pun sudah kena mengambil peperiksaan pada Nov 2012 lagi.  Oleh yg demikian , Tingkatan 6 Rendah bukan lagi macam zaman dahulu di mana pelajar pelajar mengganggap  'honey moon' year seperti Tingkatan 4.   Yang best, dia orang boleh baiki result dari semester ke semester hingga selesai semester 3 pada penghujung Tingkatan 6 Atas.  Oleh itu, sepanjang 1.5 tahun Tingkatan 6 ..mereka kena belajar macam pelajar universitilah.  Bagus jugak bukan!

Tetapi paling paling best ..  result STPM berformat baru ini sama standard dengan sijil STP / STPM sejak dahulu lagi.  Brilliant?

Saya tak mahu komen apa apa ..lagi .. tengoklah pada tahun 2045 nanti bila 20 tahun ..  dlm dada akhbar akan keluar komplain itu dan ini pasal standard graduan STPM ini.  Aghhhh.. masih ada lagikah kita pada tahun tersebut?

3)  Saya sempat juga mendengar taklimat dari Madame Yu ..pasal MUET (Malaysian University Exam Entrance).  Sekarang baru saya tahu Band 1,2,3,4,5 dan 6 itu.  Band 1 = buta kayu dalam bahasa inggeris dan Band 6 =  too good to be melayu.  (ha..ha..)

Kalau sekarang saya gatal gatal .. katakanlah ..menduduki MUET ..  saya yakin saya akan dapat Band 4 ke atas.  Insyalllah.  Mengapa ?  saya ada beberapa student cina dari Melaka .. mereka bercakap dengan saya .. macam hawkers jer depan tugu Melaka/ KL Suria. Itu pun  depa dapat Band 3 ( sederhana lulus) .  Jadi tak susah sangat ..nak lulus MUET tetapi ..  ada juga pelajar pelajar saya .. yg belum berjaya mendapat Band 3 .. walaupun mereka dah dengar lecturers universiti memberi syarahan/ perintah/ arahan/ sejak 3 tahun yg lalu dlm kampus universiti seluruh negara.  You know why?

they can write 'sms english' jer.
banyak sangat menggunakan 'he..he...' dan 'hu ..hu..hu' dalam FB dan tweeters.

Mengikut laporan seorang presiden industri / firma terkenal di  Lembah Kelang ..  dia kata ..kebanyakan graduan melayu boleh bertutur menggunakan bahasa inggeris yg banyak dipakai dalam media sosial sahaja.

Mereka gagal .. membina ayat lengkap seperti berikut:

3.1  I am afraid disagreeing you that by passing our hand cell numbers to the others could harm us directly and indirectly as university students.  Here are my 3 reasons.  Bla bla..

3.2  I agree with you the notion that ..  studying in Malaysia is better than England because of 2 strong reasons.  Firstly, .. secondly, ...

See?
Insya allah saya dapat MUET Band 4 ke atas punya.  (laugh dan action sikit sikit).

4)  Saya bertuah juga mendengar PM Dr Sidek (UPM) berucap dan menerangkan mengenai satu sistem komputer bergelar My***,  ***, Qaseem dan digunakan oleh JPA untuk menyaringkan pelajar pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus kedoktoran di negara ini dan juga luar negara.  Tahniah PM Dr Sidek.

Kalau saya ini orang biasalah ..  izinkan saya komen sedikit .. boleh?

mengapa kita susahkan otak orang kita dgn

akronim akronim seperti berikut

PS = problem solving =  penyelesaiaan masalah
CT = critical thinking =  pemikiran kritikal
SK = soft skills =  bahasa tubuh

tak leh ke buat slide slide power point macam ini

tukarkan jer   PS kepada PM = penyelesaian masalah
tukarkan jer   CT kepada PK = pemikiran kritikal
tukarkan jer   SK kepada BT =  bahasa tubuh (jelingan manja, kenyit mata dan mulut terlopong, terngangga)

bukankah itu lebih memudahkan saya memahami banyak benda benda yg diceritakan oleh Tuan Professor dan lain lain menteri termasuk DS Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II KPM.

He..he..
maaf Tuan Profesor Dr Sidek (UPM).

4)  Saya juga sempat mendengar ceramah bagaimana MPM meletakkan rubrik untuk subjek matematik , sains dan sosial sains dalam  STPM.  Bagus ceramah mereka.  Bijaklah.

tetapi ada guru sains dari pekan Yong Peng dekat dengan UTHM .. membawa perhatian MPM pasal budget KPM, MPM pasal duit duit sekolah untuk membeli bahan bahan kimia untuk buat amali sains di sekolahnya.  Syabas Cikgu..kerana berani bertanya dan memaklumkan duit tak cukup ker?

Saya kagum dengan keberanian Cikgulah.

5) After mendengar banyak benda dari UPM, MPM .. maka sampailah giliran pembentang-pembentang kertaskerja dari pelajar pelajar UTHM peringkat Ph.D membentangkan hasil dapatan mereka .. memberi fokus pasal pentaksiran dan penilaian.

Syukur kpd illahii ..  saya turut membuat pembentangan ..pasal .. saya tak caya sangat pasal rubrik-rubrik dalam kerjakursus matematik peringkat pengajian di politeknik dan juga di fakulti saya selama ini.  Saya perhatikan ramai students dapat markah cemerlang dalam kerja kursus (60%) tetapi kecundang dalam kertas peperiksaan teori (40%).  Akhir akhirnya gred skor matematik ialah Gred "C" mengapa 60 + 2 = 62 / 100 =  Gred B atau C+.  Luluslah mereka dlm matematik ini.  Saya menggaku saya bukan seorang guru pakar seperti Mr Tan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 1982 ..yg masuk kuliah matematik tanpa membawa sebarang buku untuk rujukan.  Dia tahu semua skill penyelesaian masalah matematik dari buku Durell C.V. (1959) dan dia boleh tunjukkan penyelesaiaan langkah demi langkah secara santai dan bersahaja. Yang magic ialah dia boleh kasi  kami kerja rumah muka surat mana dan muka surat mana tanpa susah sebarang masalah.  Dasyat guru guru zaman dahulu.  Tabik spring untuk Mr Tan.

Yang ada kini ialah .. banyak sangat borang nak di isi oleh guru guru di sekolah seluruh negara ..  isi itu dan ini .. sepatutnya kita fokus kpd content subjek sudahlah.

Nak isi markah bahasa tubuh ..  soft skills kasi kat orang lain lah.
If this is taken , I think I have given a chance for the creation of another group of workers called

'data collection and processing using internet to the ministry computer sections and many more'.

Kasihan kpd diri saya, diri anak anak saya yg berjawatan PPP Siswazah DG41 .. dan diri guru guru sekolah semua.  Kasihanilah kami dok bawak bertan-tan kertas putih dok isi borang markah bahasa tubuh , markah kerja berkumpulan pelajar pelajar .. tanpa ada titik noktah ..

common brother .. there is more than that lah ..dalam kehidupan ini.

We must enjoy our lives  as a simple teacher, you know?

After my presentations, a Nigerian .. student stood up and present hhis PhD work ..comparing .. Malaysian and Nigerian ..  school system
as far as .. assessment and evaluation.  I like his ..  final words in the power point slides ..

we don't have to agree blindly with what Malaysian teachers  are doing ..  they are not going to influence us (Nigerian) .. and there is nothing wrong to  defer.

What a great statement you put Brother Sulaiman(nigerian PhD student)?
Ha..ha..

why copy us teachers who are busy filling up the mark sheets covering 9999  / items from a single student per subject / per class/ per school /  OMG .... including .. jelingan manja, kenyitan mata , mulut student ada terlopong atau tidak dalam kuliah recursion and inductions.

OMG!!!

we die young like this lah.

Persidangan itu telah diresmikan oleh YB Dato' Prof NC kami.
Syukurlah ..persidangan berjalan lancar ..
saya seronok.. melihat ramai pelajar melayu, cina dan india turut mengambil bahagian dlm persidangan seperti ini.  Tahniah Profesor Dr Sulaiman (Pengarah Pusat Penilaian dan Pentaksiran, UTHM)  .. dan semua ahli AJKnya yg telah bersusah payah , bertungkus lumus .. menganjurkan persidangan seperti ini di sebuah pekan terkenal seperti Parit Raja ini.  He..he..

Al Fatihah dan Surah Wal Asri.
Maaf saya pinta .. dari rambut yg dah tak ada lagi hingga ke tapak kaki.  Maaf jika ada yg salah dan menyakitkan hati.

p/s:  code switching is disastrous to human's memory.  PS = problem solving tetapi dalam kuliah kita sebut penyelesaiaan masalah.   Sakit otak kita bukan?  Kita boleh berubahlah brother/


0 comments:

Post a Comment