rasa rasanya

Posted by sazali


Salam.

Today Malaysia meraikan Hari keMerdekaan. Ramai staf terlibat atas  padang kawat d ibu kota dari waktu pagi hingga ke petang.  Menyambut hari merdeka. 56 tahun dah kita merdeka. Banyak kejayaan  telah kita capai bersama. Tak lupa juga kegagalan yg telah ditempuhi.  Walaubagaimana pun, kita bersyukur kerana walaupun kita terdiri dari 3 bangsa, kita terus menerpa sejarah demi sejarah. Contoh kita ada Tun Mahathir. Dia meninggalkan banyak sejarah seperti keberanian bila dia mengkritik pandangan pandangan mentrri dari tanah bekas penjajah kita. Syabas  Tun.?



Saya rasa itu satu keberanian hasil kemerdekaan lita. Jalanraya kita dipenuhi dengan kenderaan proton. Itu pun kejayaan kita. Kejayaan ilmu sains dan teknologi bangsa kita. Memang dari sudut ekonomi ataupun kejuruteraan, kita masih merangkak rangkak .. kita tidak boleh membeli produk luar sepanjang masa dari hari pertama kita merdeka hinggalah ke hari ini. Kita dah ada kereta buatan kita sendiri.syabas anak anak bangsa kita semua. sEkurang kurangnya, kerani, misi, guru, askar dan polis  brrkemampuan menggunakan kereta buatan senDiri.

 Cuba bayangkan wajah orang kampung apabbila mengambil ibu bapa mereka dari kampung menuju ke ibu kota. Sudah tentu mereka merasa cukupppp bangga. Dengan pembelian proton ini sedikit sebanyak wang negara tidak keluar mengalir lagi dan lagi.  . Kita tak boleh bandingkan dengan kemampuan sesetengah dari kita yg mampu membeli kereta kereta mewah imported dari eropah dan lain lain tempat lagi. Kslau mereka mampu berbelanja besar, biarkan lah. Ini kemerdekaan yg tersurat dan tersirat dgn laungan merdeka , merdeka selama 56 tahun lamanya. Kita bebas nak beli apa.  Ada orang bila dahpuas memandu kereta 4 tayar , mereka cepat cepat menukar gaya menunggang motosikal berkuasa tinggi.  Satu hari, mereka langgar pembahagi jalan kat lebuhraya ..  patah leher dan terus mati.  Yes mereka mati .. kerana mereka bebas membeli dan menunggang mesin yg lebih besar dari saiz badan melayu  dia sendiri.  Bebas kerana kemerdekaanlah.  Kalau beli PROTON, mungkin arwah ada lagi.  Al Fatihah.


Itu baru kejayaan namanya ..  rakyat malaysia mampu membeli itu ini hasil titik peluh mereka sendiri. Kalau negara tidak merdeka, mungkin tak mampu kita memilih apa yg kita hajati.
Nikmat inilah rakyat malaysia kena sanjung setiap tiap hari bila bergelar rakyat malaysia .
 Syukurlah.

Dalam koteks pelajaran, anak anak melayu kita mulai ramai memegang skrol dari peringkat diploma hinggalah ke peringkat phd. Ada yg berjawatan profesor dan ada juga berjawatan ketua setiausaha negara. Ramai dari bangsa melayu kita.  Tanpa kemerdekaan, rasa rasa boleh ke kita melihat barisan demi bsrisan anak anak melayu kita menikmati  pengaruh, pangkat dan darjat ini semua?  Cuba tengok atas pentas utama stadium mana mana lahyg mengadakan upacara hari Kemerdekaan.  Hampir hampir 80 - 90 peratus orang melayu kita.  Merdeka! kalautak merdeka
 Mungkin terhad kot prospek nak tengok orang melayu kito ..senyum senyum atas pentas jauh dari pandangan mata rakyat jelata ini.

dulu di segamat, ketua jurutera daerah adalah berbangsa inggeris. Pendidikan ' jurutera'  ini setakat diploma jer tetapi kualiti hidup mrreka melampau lampau. Mereka mewah  mentadbit bangsa kita. Sekarang nak jadi jurutera daerah  , kita ada anak melayu berkelulusan luar negara. Dengan ini, tempoh perkhidmatan mat salleh berbekalkan diploma telah ditamatkan dan dialihkan kpd anak bangsa kita sendiri yg benar benar berkemampuan mengurus, mentadbir daearah segamat dari sudut kejuruteraannya. Syabas ..hasil kita merdeka.

Dari sudut kedoktoran, kita ada anak melayu yg mampu  menjadi pakar dan membuat pembedahan jantung hari demi hari di ibu kota. Ini semua adalah hasil kemerdekaan negara kita. Kalau tidak tak mungkin, kita ada nama nama pakar pembedahan anak anak bangsa melayu kita. Oleh itu kita kena mengucapkan syukur dengan nimat kemerdekaan ini. Jangan kita pandang rendah pencapaain askar askar dan polis menjaga keamanan negara tercinta ini. Dengan keamanan dan kemerdekaan , kita rakyat malaysia boleh menikmmati kehidupan yg terbaik setakat ini. Satu tepukan kpd pdrm dan atm kita. Bravo!

kalau tak merdeka , paling best ialah jawatan jawatan atas may be terdiri dari bangsa inggeris dan orang orang berbangsa cina dan serani. Kenapa? Mereka mampu menghantarkan anak anak mereka ke luar negara untuk maksud mengisi jawatan jurutera, doktor bedah dan profesor.
Orang orang melayu sekadar menjadi ustaz sahaja ..itu pun mengajar sekolah rendah agama di kampung halaman sendiri. Jgn diharapkan kita dapat bekerja di kementerian pendikan tinggi di kuala lumpur. Hanya mimpi lah ustaz ustaz beesar di siang hari. Tak ramai anak bangsa kita dapat kedudukan begitu dan begini di putrajaya dan kuala lumpur itu. Sekarang bila ramai anak anak melayu bekerja di kptm dan kpm, kita boleh membina univerrsiti, politeknik, mrsm dan sbt. Ikut acuan kita sendiri.  Ada surau/ masjid dan bermacam macam lagi fasiliti.  Syukur!

tulah .. seronok orang kampung kita. Tapi ingat keseronokan ini mari dari kemerdekaan negara kita. Syabas pak tunku. Syabash, banyak pahala mu Pak Tunku.

di kelantan Ggganu kita dan Kedah Darul Beras , ada ustaz mengumpat sekali sekalor  pasal tunku, tun razaak dan dr mahathir .. mereka tak kuat berpegang kpd agama. Konon kononnyalah.
tetapi ustaz ustaz dan tok guru tidak  ingat ..MELAYU CEPAT LUPA  gaji ustaz beribu ribu banyaknya adalah hasil negara ini mencapai kemerdekaan.
Tanpa kemerdekaan, tidak ada masjid dan suraulah. Kalau begitu, kat mana ustaz nok ngajar agama dan membuat kritikan demi kritikan pasal amalan amalan agama PM PM kita semua ini. Lagi pun, anak anak cucu ustaz belakor belakor  tak semua jd ustaz seperti ayah dan tok nenek mereka bukan?

Ramai anak cucu demo bekerja jurutera, doktor, guru kanan dan profesor. Sedikit sebanyak ustaz boleh dtg kuala lumpur dan menikmati kehidupan ala ala bangsawan di bangi, bukit antarabangsa dan banyak lagi. Ini semua hasil kemerdekaanlah ustaz yg bijak bestari. He..he..atau mu raso guanor wehhh.
Kita boleh mencaci dan memandang rendah susah payah pak tunku kita. Walaupun dio suko main kudor, biarkanlah. Itu hobbinyalah.  Yg penting kita dapat hidup dgn baik sejahtera  hasil ikhsan allah yg maha esa. Syukurlah Pak Tunku dengan kudornya.

al fatiha kepada pak tunku dan tun abdul razak semua semua. Al Fatihah. Aku rasa ..mereka dapat banyak pahala atas dasar pengorbanan .. mereka memerdekakan negara ini dari tangan Inggeris.

p/s:  aku tumpang senang jadi rakyat Malaysia Pasca Merdeka.  MERDEKA, MERDEKA dan MERDEKA.  Kita pakat pakat jago ..jgn bangla/ nigeria/ indon/ mamak India  wat lari negara kitor.  Janji mu belakor belakor?




0 comments:

Post a Comment