Mengapa kita dididik atau diajar?

Posted by sazali

Salam. Rasa rasa tak lewat nak ucapkan ' selamat pulang ke kampus' pelajar pelajar sekalian. He he. Baguslah ..hari ini sudah ada kuliah.

Rasa rasa terpanggil nak menulis sesuatu mengapa kita diberikan pendidikan dari peringkat kita berumur 7 tahun hinggalah kita berumr 24 tahun. Ada pelajar berumur 30, 40,  dan ada pelajar berumur lebih dr itu. Subhanallah!

Saya dididk kerana y sebab.

pertama biar kita tahu membaca, menulis dan mengira.

kedua kita tahu halal dan haram. Halal bukan setakat makan minum seorang mukmin itu boleh dimakan secara halal oleh agama islam tetapi lebih dari itu. Hasil dr proses mendapatkan wang dari mula mula kita berniaga sampailah kita mati. Semua proses mesti halallah.
Halal. Barulah dapat pahala. Jika tidak, kita berdosa.

Ketiga, kita dididik untuk maksud kita hidup biar beradab dan beretika/ berperaturan.

adab kita berguru, adab kita bercakap dgn ibu ayah kita sendiri dan mcm mcm lagilah. Kita masuk kuliah tepat pd jam 8 pagi menandakan kita ada adab dan beretika/ berperaturan.  Buat homework buat assignmnet.  Guru pun kena siapkan lesson plan.

settle bukan?

he..he

Keempat ..semakin payah ni. Kita dididik supaya kita sedar diri kita. siapa kita melayu?

kita melayu kena sedar bahawa kita dapat peluang belajar tinggi tinggi kerana dasar melayu oleh Kerajaan kita. Kerajaan malaysia selama ini memberikan kita peluang belajar di mrsm, sbt dan ipta kerana mereka sayangkan anak anak melayu biar ramai jd cerdik dan tahu berdikari dan mampu bekerja dgn ilmu, moral dan kemahiran setanding dengan bangsa luar dan bangsa cina dan india.

Tanpa dasar ini, mungkin ramai antara kita tidak akan merasa imej - Pelajar universiti, pensyarah universiti, penjawat awam dan mcm mcm lg gelaran. Subhanallah!

Sebab kelima ialah kita boleh menilai sesuatu kes, peristiwa secara profesional dan bukan beremosi marah, geram dan melonjak kita menyampah tak tentu pasal.

sebagai manusia yg dikurniakan akal pelajaran dan akal budi dan akal iman ..hendaklah kita tahu membawa diri.  Cakap kita biar berlapit. Ada masa kita sedap bercakap di hadapan bos dan ada masa kita kena guna istilah maaf bos. Tak ingat kita ni pegawai kerajaan. Ada General Orders. Tidak boleh terima rasuah.  Sila rujuk kitab dari Institut Pentadbiran Awam (INTAN) Bukit KIara atau Kluang, Johor.

Dengan pelajaran kita dapat mengetahui harga barang dan tahu sangat sangat kemampuan duit kita. Mengikut pesan emak dan ayah kita sejak turun temurun, kalau gaji kita rendah cukuplah kita tinggal di rumah teres di sesebuah kawasan perumahan. Berkenderaan proton dan pakai makan berlebih kuranglah kita. Jika buat begitu, kita hidup cukup aman.

Ada kawan kita itu kan....  hidupnya susah kerana dia tak cukup pandai mengira dan conggak derita berpanjangan kita diburu oleh bank, ah long dan bomb pdrm. Walaupun opis, sekolah, restoran dan kenderaan ber air cond . Dia duduk tak leh hidup
 diam dan tenteram. Walaupun pendapatan 20K suami isteri, bila jumlah hutang mencicah ratusan ribu dan jutaan ringgit kita akan mendedahkan diri kita kpd kematian dlm keadaan segera atau bahaya.  Kejutan jantung..  mu tahu teman?

oleh itu awas pendidik dan students. Kita kena tahu siapa kita hari ini, esok dan sampai bilo bilo. Else gilor kita dik?

 Sekarang orang tak suka membaca skrip penulisan ala pro kitab suci murni kerana dia kata/ label aghhh skema mu ini. SKEMA itu syurga wahai adik!

tak apa tak apa..yg skema inilah ubat pahit menjaga diri kiri kanan, kiri, atas bawah dan dari semua penjuru. Awas adik adik ku itu. Awas.

Bila bahaya dtg, tak cukup kita baca al quraan kumut kamit kerana mu tahu tak..
We are what we are?
If we jahat .. kita ditangkap polis..dan mungkin we mati cepat cepat.

If we rasuah we akan ditangkap dan hilanglah jawatan, pencen dan maruah diri. Malu kita adik adik ku.

mu reti baca bukan?

itulah nikmat pelajaran. Kita kena tahu bahaya di hadapan kita. Bila bahaya dtg bertubi tubi .. lebih baik kita mati.

rusuhan kaum dan peperangan saudara mcm di Bosnia 1980an.. mengajar kita..satu benda.. kita tok leh caya sangat kat orang. Kuasa kita keno ada .. iman mustahak ada sokmo sokmo .. tahu pantang larang ..

insyallah bahagia kita kawan.

Bukankah kito semua nok kebahagiaan? Tok cha sami nok bahagia, tok mudin nok jugok bahagia, mu nok bahagia dan penulis ini pun nok nok sangat bahagia. Siang dan malam. Atau mu rasor guanor?

he he ..untung kita ada pelajaran upsr, pmr, spm, stpm, degree, masters dan phd. Semua itu pelajaran. Sakit demam pun pelajaran. Berpantang 100 hari pun pelajaran. Bersabarlah.
mu pikir pikir lah sendiri. Saya pesan jah. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Bak po mu digelar pendidik dan orang terdidik.

Wallahu aklam bis sawabb. Al fatihah kpd guru gurumu termasuk saya yg menulis ini. Al Fatihahhh

0 comments:

Post a Comment