Salam
Di atas bumi tuhan ini terdapat 3 kelompok ciptaan tuhan bergelar manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Haiwan dikatakan tidak mempunyai kekuatan pemikiran untuk membuat keputusan sama ada sesuatu itu ada nilai komersial atau tidak. Mereka fokus kpd cara mencari makanan dan melayan proses pembiakan dari masa ke semasa. Haiwan memakan tumbuh-tumbuhan. Kalau tumbuhan ini ada otaknya ..sudah tentu tumbuh-tumbuhan ini melarikan diri dari satu tempat ke tempat yg lain.
Manusia adalah ciptaan Allah yg terhebat sekali kerana dianugerahkan aset otak untuk melihat, meraba, menghidu sesuatu sama ada bagus atau bahaya , belajar dan membuat satu keputusan sama ada rasional atau tidak. Untuk itu tuhan mewajibkan manusia untuk belajar , belajar dan terus belajar dari banyak sumber seperti kejadian malam dan siang. Dari malam manusia berehat dan dari siang manusia berkerja untuk mencari nafkah yg halal.
Tetapi ada manusia mencari sesuatu di luar kemahuan tuhan penciptanya yg agung. Mereka melakukan kerosakan atas muka bumi ini melalui pembunuhan dan kes serangan ke atas manusia lain untuk menaaluki sesuatu kawasan kehidupan dan lain lain lagi.
Sejarah menunjukkan banyak kes mengenai fenomena di atas.
Manusia melakukan kejahatan kerana pengaruh syaitan dan nafsu syahwat. Rujuk Al Quraan.
2) Di sekolah dan universiti ..kita dididik untuk membaca, memikir dan membuat sesuatu keputusan yang paling jitu untuk kebaikan dan kelangsungan hidup kita sendiri.
Jika diberi dua jenis pilihan ..satu senang dan satu susah .. majoriti manusia memilih pekerjaan yg senang dan memperolehi hasil kerja secara cepat. Kalau boleh sesuatu yg berbentuk percuma sepanjang masa. Banyak masalah berlaku disekeliling kita. Ini memerlukan penyelesaian. Ada orang mampu menyelesaikan sesuatu masalah secara cepat, tepat dan jitu (PDRM) dan ada yg lambat.
3) Tadi saya sempat bersembang .. dengan seorang profesor kejuruteraan mekanikal. Dia memberi satu .. kenyataan bahawa sistem organisasi kita menyebabkan kita jadi malas.
Banyak hujah yg diberikan ..tetapi tak semua melekat dalam otak dan hati saya. Salah satu hujah ialah .. sistem kenaikan pangkat seseorang pegawai dalam kerajaan.
Ada orang bersusah payah bekerja untuk kenaikan pangkat tetapi .. dia tak ada rezeki. Oleh yg demikian, tidak ada pangkat tinggi untuk nya.
Ada orang tak susah sangat bekerja untuk dinaikkan pangkat tetapi .. tiba tiba semua manusia nampak dia memang ada rezeki. Dia diberikan rezeki oleh sistem organisasi ini sendiri.
Bila orang ramai mengunakan satu alat ukur .. kenaikan pangkat iaitu kerja kuat dan ikut prosedur yg asli .. tetapi .. dinafikan hak sedangkan orang lain ..tidak ikut prosedur dan dinaikkan pangkat ..
maka sistem organisasi inilah dikatakan satu sistem yg menyebabkan kita malas.
Bila ada pegawai yg rajin terjadi malas kerana sistem .. maka .. jangan impikanlah kita dapat bersaing dalam ranking universiti terbaik di dunia. Kalau nak harapkan pegawai malas / helah untuk melakukan kerja kerja yg berat untuk membawa .. universiti ke tempat teratas ..
manusia biasa yg ada otak sederhana pun .. dah boleh agak /jangka .. tak kan dapat pegawai kumpulan kedua tadi dapat membantu menaikkan produktiviti organisasi.
Oleh sebab itu .. sistem kita menyebabkan kita (yang rajin, ada wawasan, ada komitmen) terasa tawar hati untuk bergerak maju kecuali dlm kes kes tertentu seperti perbarisan kehormat Hari Kemerdekaan apabila askar askar diperintahkan untuk bergerak maju ke hadapan dan terus bergerak di bawah cahaya matahari yg panas terik hingga membakarkan kulit perwira perwira tercinta kita. Di sini, badan perwira tersebut sahaja yg bergerak maju ..tetapi bagi .. orang orang di universiti .. otak mereka mesti digerakkan sehaluan dengan keupayaan dan kebolehan mereka masing-masing.
Aghhh.. aku ketawa kecil .. sambil bermain -main janggutku memikirkan hujah sahabat saya bergelar profesor bahawa sistem kita menyebabkan ramai orang jadi malas.
Sifat malas tidak banyak terdapat dalam haiwan kecuali lembu yg kenyang dan suka memain-mainkan ekornya melibas lalat lalat beranika warna kerana tertarik dgn najis yang masih basah dan melekat kat buntutnya. Konsep ini dipanggil konsep/ budaya lembu kenyang! Sifat malas dan tak endah apa apa banyak terdapat dalam kalangan manusia tak kira warna , pegangan agama dan budaya.
Sayang atas dasar satu kaum utama .. organisasi dan produktiviti organisasi kita tiba tiba kalah tanpa berlawan sengit kerana ianya mempunyai majoriti staf dari satu kaum sahaja. Oleh yg demikian , kita kalah sejak dahulu lagi.
Rumusan :
Manusia akan memilih jalan pintas untuk menikmati kehidupan yg senang dan bahagia sepanjang masa. Ini berlaku kerana sistem organisasi memudahkan cara tersebut.
Adakah saya silap besar bila menulis perkara begini?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment