Just berfikiran tinggi

Posted by sazali

Salam

Berfikiran Berstruktur

Manusia adalah ciptaan tuhan yang terbaik kerana mereka dibekalkan dengan nikmat otak.  Dari otaklah kita diberikan nikmat untuk berfikir. Dan dari proses pemikiran, manusia mencipta internet, barang barang seperti kaki palsu dan gigi palsu dan dari fikiranlah manusia mengambil keputusan untuk berkhawin dan beranak pinak sejak Nabi Adam a.s hinggalah ke sekarang.  Syukurlah kita ada OTAK!

2)  Manusia didik secara formal dan tidak formal.  Pendidikan formal merangkumi proses manusia dihantarkan ke sekolah di peringkat tadika, UPSR, PMR , SPM, STPM, ijazah, sarjana dan seterusnya Ph.D.  Dari proses pendidikan kita mula mengenali warna biru (UMNO), hijau (PAS), merah ( awas ) dan banyak lagi warna warni di sekeliling kita.  Tanpa pengecaman warna yang betul, kita akan merosakkan diri sendiri.  Contohnya bila lampu isyarat menunjjuukkan merah kita mesti berhentikan kenderaan dan tunggu sehingga warna bertukar hijau barulah boleh kita meneruskan pemanduan.  JIka tidak kita akan berhadapan dengan maut dan macam macam benda  alah lagi.  Warna putih ialah warna kain kapan (membalut mayat) dan warna lain .. semua memberi penanda tersendiri.

3)  Semua ini adalah bentuk bentuk fikiran berstruktur tinggi. Konon-kononnyalah.   Ada lambang, ada warna dan ada maksud disebalik lambang dan warna tersebut.
Di dalam penulisan ini, kita diajar untuk menulis secara berstruktur.  Kita berucap di khalayak ramai pun kita diajar berucap secara berstruktur.  Fikiran berstruktur melambangkan tahap pelajaran kita masing-masing.  Kita tidak boleh membandingkan fikiran pelajar tahun 6 (UPSR) dengan pelajar Ph.D kerana kumpulan kedua ini sudah melalui banyak liku liku ilmu dan pengalaman secara struktur dan bukan struktur.   Dia pernah dikutuk ..dan dia pandai berhujah mempertahankan teorinya  secara positif dan juga negatif.

4)  Orang matematik , statisttik dan sains computer mewakili kumpulan orang berfikiran struktur/ tinggi.  Dari peringkat angkubah , kita susun dengan rapi dan dari model model tertentu jika kita mampu memprogramkannya dgn satu bahasa computer ( C++, JAVA, FORTRAN, ALGOL, PASCAL, COBOL, PL1) dan macam macam lagi bahasa computer , kita akan bertemu dgn output tertentu mengikut objektif dan maksud spesifik PSM.

Kita di ajar sejak kecil dari RM100 kita budget .. bayar rumah sewa RM30, makan minum RM60 dan topup MAXIS RM10 seminggu.  Kita perhatikan dari wang RM100 kedudukan kewangan kita berkurangan dari 100 hingga RM0 tak ada duit / poket kosong, jiwa kosong, identity kosong dan kita menagih wang lagi dan lagi dari ibu ayah dan teman taulan.

Penulis blog ini adalah seorang manusia yg berfikran struktur dari A, B, C, ..hingga ke Z.  Dia diajar membaca mukadam mengenali huruf arab dipanggil alifff hingga hamzah , ya, wasallamung.. kita diajar tanpa jemu.

5)  Apakah maksud fikiran tak berstruktur?
Fikiran tidak berstruktur ialah mengikut islam, kitab islam, nabi mengajar kita bersedekah. Dari 1RM boleh jadi RM700,000. Mengapa?  Tanyalah wakil wakil nabi.  Tanyalah Tok Guru Al Quraan.  Dari pembacaan satu huruf dari Surah Al Quraan ada orang dapat 10 hasanah dan ada orang dapat 30 hasanah bergantung kepada pembacaan pendek ataupun panjang huruf dari Al Quraan tersebut. Subhanallah. Nak tahu lagi , tanyalah Tok Guru Al Quraan.  Siapa dia Tok Guru Al Al Quraan?  Mereka adalah dipangggil ustaz, guru agama dan pensyarah terbilang dalam agama. Mesti ada tauliah!   Banyak ilmu biar banyaklagi amalan amalannya.  Tuhan Serba tahu iaitu ALLAH.

Bukan setakat itu sahaja, dari duit RM, Rupee, Rupiah .. islam mengajarnya ..  fikiran tidak berstruktur.  Maksudnya .. computer di dunia tak mampu nak kira lagi dan lagi.

Contohnya saya adalah seorang guru matematik.  Dari saat saya mengajar matematik di kelas Peralihan REMOVE CLASS , di SM Tumpat , Kelantan pada tahun 1983,  saya mengajar pelajar saya beza nombor 1 dengan 27.  JIka kita sembahyang seorang diri kita dapat ganjaran sembahyang 1 darjat tetapi jika kita sembahyang berjamaah di surau, di masjid dan di opis kita dengan sahabat sahabat ..ganjaran sembahyang kita diangkat sebanyak 27 darjat.  JIka kita menunaikan solat di musim ramadhan. Semua amalan sunat diangkat secara express ke darjat amalan amalan fardhu maka ..komputer sudah mula binggung kerana ‘format output ‘ tak boleh dijangkakan lagi oleh sang programmer (pengatur cara computer).  Bila benda ini berlaku , proses CPU tiba-tiba tergantung tanpa tali. (HANG komputer mu ..).

Jika saya mengajar di universitii konsep 1 dan 27 ini , dan jika pelajar saya terdiri dari berbagai bagai bangsa Melayu , Afrikan, Arab, Bangladesh, Hindustani, Punjabi, Persia, dan macam macam lagi .. dan jika dari satu semester .. saya Berjaya mendapat seorang pelajar yg benar benar beramal dengan ilmu matematik ini dengan bantuan Allah ( iman, hidayah, ikhsan) maka computer untuk mengira ganjaran pahala si anu bin si anu ..  (atau sayalah)  ..  masyallah..  tak terkira betapa banyaknya lagi.

JIka kita bergerak secara dakwah tabligh ke seluruh dunia ..  computer dunia didapati tidak dapat mengira lagi ganjaran demi ganjaran yg akan diperolehi hasil dari satu ilmu 1 dan 27 berbentuk metamatika di atas.  Subha nallah, alhamdulilah dan Allah hu akbar.

Dari sudut orang berniaga seperti pengarang buku ‘ Rich Dad, Poor Dad’..  dia berkata .. kita hidup bergaji berbentuk aktif dan pasif.

Dalam bergaji aktif.. jika kita bekerja kuat suami isteri siang dan malam ..selagi kita berkerja selagi itulah gaji kita dikira.  Bila kita sakit dan pencen .. gaji kita terbantut di situ dan terus berhenti takbergerak gerak lagi.  AKTIF INCOME/ pendapatan aktif.  BIla tubuh badan kita aktif , kita akan dapat gaji.  Tak mengajar hari ini .. kita tidak ada gaji.  Tak menjual pisang goreng di tepi jalan , maka tak ada untung rugilah kita. Semua bergantung kepada keaktifan kita.  Rugi stail hidup begini.  Penat kita kejar bayang bayang  adik abangggg.

Pendapatan pasif?  Tak kerja pun , ada income/ ada pendapatan.  Ada suami tak kerjapun .. tetapi   bininya berkerja sector kerajaan / swasta kata orang lah.. dia dapat pasif income.  Lumayan.  Dia tak kerja apa apa  tetapi penghidupannya cukup  class. Makan minumnya ditanggung siang dan malam.  Pasif Income?  Kahwin seorang , silih berganti ..  tak ada zuriat ..tak mahu check kat pakar pakar zuriat.  Pasif Income?  Sedap , hidup perlu goyang sahaja. Orang kata itu dan ini ..apa susah/ kau cemburu hati kah?  Pasif Partner suami  dan Pasif Income.  Badan bini melarat. May be Yes/ May be not. Who cares?

Tak kerja pun, dia ada kebun durian.  Dalam kebun, duriannya sentiasa berbuah. Jatuh se biji demi sebiji .  Income datang. Tak perlu kerja. Durian luruh ada INCOME.  Pasif income?  Dapat duit dari jualan durian D24 .. ada income ..tanpa disedari di tepi jalan.

Tak kerja ..tetapi ada property.  Ada property di Klang Valley, Kampung Sireh Valley dan Silicon Valley San Francisco.  Tiap tiap hari harga property ..  naik naik dan terus naik.  SEtanding dengan darah mereka yg naik darah hari demi hari.  BIla cukup masa, property sudah mencapai satu titik harga .kita boleh jual dan dapat income berganda ganda banyaknya.  Dua , tiga dan 10 kali lipat .. Income Pasif!  Tak kerja pun ..  duit itu datang mengila gila benyaknya.  SEbab itu .. ada orang itu kan .. ada orang itu kan .sangggup berkhawin dengan org kaya serba kaya serba property seluruh alam. Bila bercerai ..baru tahu Pasif Income.  Perempuan itu menawarkan diri sebagai alat  .. servis sector siang dan malam.  Bila madu habis dihisab .. maka dibuang orang benda dianggap 'sampah/ kain buruk orang'.  Terbongkarlah cerita dunia PASIF INCOME.

Ha..ha. ha..

Turun naik mahkamah ..  pasal tuntut duit property dan PASIF INCOME.

Tak perlu belajar tinggi tinggi sampai ke Puncak Alam.  Kau tahu tak cerita di Puncak Alam, Selangor?  (Utusan Malaysia,  Metro, , 2013)  .  Aghhhh..  fikiran tidak berstruktur.  Bertahun tahun orang tunggu keputusan mahkamah ..  tiba tiba semua orang tak bunuh si model Mongolia itu .  Fikiran tidak berstruktur langsung sector kehakiman kita.  Orang ketawa terbahak bahak ke seluruh alam ..memikirkan istilah servis, broker kapal selam servis , kena servis dan habissssss ..  tubuh badannya hancur kena BOM Polisssssssssssssssssss.

6)  Pelajaran berstruktur ada keputusan akhir. Lulus atau kandas.

Pelajaran tak berstrukur ..  itulah PASIF INCOME, servis dan badan kita semua HABISSSSS.

Yang mana satu kau hendak?
Saya mahu jadi guru servis otak .. anak anak buah ku tanpa rasa jemu dan malasssss servis.  Sedekah jariah..  kita tidak dapat sukat kesannya , impaknya dan sejauhmana ..  orang orang yg akan beramal dengan ilmu kita ajar selama ini. O Tuhan .. jagalah iman dan amal kami biar ikhlas untuk mu seorang sampai hayat kami habissss. Lillah hi taala.  

He..he..

Syukurlah ..  kita akan disoal satu hari nanti.  Pasal servis ini.  Percayalah penuh yakin.  Mati itu sah akan berlaku lambat laun badan kita dimakan ulat. Yakinlah.  Inilah intipati ilmu dan ilmu sejatiiii.

Bila lari semua POLISSSS >.tiba tiba datang pula ..  Pelan Pembangunan  Pendidikan Negara (2013 ~ 2025).  Suruh kita berfikiran tinggi ..tinggi lah tu .. boleh lawan orang Korea Selatan, Jepun dan Singapura.  Mereka tak tahu ..ramai dah rakyat kita berfikiran sedemikian rupa tinggi, serba serbi tinggi.  Kasihan kat guru guru  termasuk saya inilah .. semakin banyak bebanan..  tak kurang-kurang.  Wal hasilnya ..  bebas  sudah Polisssss itu.  Pasif Income.  Tak kerja bertahun tahun ..income tertunggak .. ambik kau  computer kerajaan mengira berapa banyak gaji , elaun dan macam macam mereka punya. 

Sekian.     

Rujukan:

Akhbar harian Utusan Malaysia 1996 – 2013.
Akhbar harian METRO 1996 – 2013
Majalah Dewan Masyarakat 1996 – 2013
Mahathir Muhammad (2011).  Doctor in the house.  Kuala Lumpur: MPH
Negara Kita (1980).  Kuala Lumpur:  INTAN

Ghazali (1980). ILya’ Ulumidin.  Bandung:  Rapat JITTK.

0 comments:

Post a Comment