Salam
Hari ini ..syukur kita diberi nikmat bekerja lagi untuk mencari rezeki. KIta penat dan bersusah payah meninggalkan anak anak di rumah dan bekejar - kejar ke opis kerana kebanyakkan kita bukan tergolong dalam kalangan orang senang sejak turun temurun lagi.
Oleh sebab itu kita kena menghargai jawatan dlm sektor kerajaan / swasta ini.
Hari ini dalam muka surat utama akhbar STAR 10 Sept 2013 kita diminta menyimpan rahsia kerajaan/ majikan dalam apa keadaan pun. Bagus peraturan ini kerana:
(i) majikan adalah bos kita nombor 1
(ii) majikan membayar gaji kita di akhir bulan nanti
(iii) majikan memberi kita bonus di akhir tahun (insya allah)
(iv) macam macam pihak majikan buat baik kpd kita seperti urusan hospital jika kita dimasukkan wad kerana terkena keracunan makanan, demam dengei , sakit kerana terkena kencing tikus dan lain lain
(v) kita nak lawan bos? cuba tengok langkah pertama di atas tadi. Siapa bos anda?
Insaflah wahai teman. Kenapa insaf ..kerana mak ayah kita semua bergantung kepada duit gaji kita di akhir bulan. Mereka mengharapkan kita ..masukkan mereka ke dalam wad hospital kelas pertama .. kerana nikmat engkau berjawatan PPP DG41. DG44, DG48, DG 52 dan DG54. Ingat itu wahai teman.
Anda diminta ..jangan kritik kerajaan. Walaupun kita berkelulusan kejuruteraan awam .. luar negara , jika stadium Terengganu runtuh setiap hari pun , anda diingatkan jangan kritik pihak kerajaan. Anda diminta membisu sepanjang masa. Bolehkah begitu sokmo sokmo? Walaupun anda berkelulusan luar negara dlm bidang akauntansi .. jika kontraktor stadium itu mempunyai modal RM50 sahaja untuk membina stadium itu .. anda diminta berdiam diri seribu bahasa kerana .. tengok itu .. paragraf 2, fakta 1. Majikan anda adalah bos anda. Mungkin anda boleh mengkritik , komen dan diminta memberi cadangan dalam mesyuarat eksekutif .. dan sampaikan hujah anda .. mengapa stadium itu runtuh tiba-tiba. Dalam mesyuarat jika idea anda cemerlang ..silap silap semua dicatatkan ..dan jangan terkejut.. anda jugaklah yang akan diutuskan untuk melihat perkembangan .. stadium itu sejak dia runtuh hinggalah sekarang. Payah bukan? Baik engkau diam ..ikut stail '..stail lembu kenyang ..'/ sihat badan?
Pegawai kerajaan dianggap sebagai kumpulan manusia , berbangsa melayu yg terpandai sekali. Orang pandai diminta berdiam diri sahaja. Ikut sahaja bos ke mana mana dia hendak pergi. Anda diminta membisu, pekak dan jangan kritik apa apa .. walaupun rumah anda berhampiran dengan stadium tersebut. Lagipun tempat itu, tempat anak anak kita bermain di waktu petang ..ambik angin laut ..katakan.
Bagus .. arahan majikan ini. Kita berperanan demikian demi melahirkan generasi kelas pertama (world class) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (2013- 2025). Sekejap nak melahirkan generasi berfikiran tinggi 'high thinking generation' , sekejap lagi nak mintak .. kita jadi pak turut sahaja. Yang mana satu mahu ikut ini? Senang .. tengok paragraf 2 fakta 1. Siapa bos anda? Yes .. majikan kita adalah ketua kita. Diam engkau semua.
Paham? Pening pening pening ... laghu ini semua.
Sekian. Wallahu aklam bis sawabbb.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mintak maaf cakapla..kadang2 para penyokong kerajaan ni pon satu hal juga. bile ada orang kritik apa tindakan kerajaan yang dirasakan kurang sesuai, terus dilabelnya manusia tak bersyukur kerja kerajaan, tak bersyukur dengan apa yang ada, kufur nikmat, the list goes on. Menyokong membuta tuli namanya..