Salam
Penulisan ini berlatar belakangkan ilmu matematika.
3 D.
Graf.
Paksi x dipanggil umur manusia.
Paksi y digelar gred gaji seorang guru
Paksi z digelarkan tahap kepuasan seseorang.
beginilah gambar grafnya.
( gambar graf)
Di awal perkhidmatan, seorang guru akan berada di titik paling bawah (minima).
Umurnya paling muda, gaji paling rendah dan kepuasan kerja diandaikan sifar.
Jika dia bertahan berkhidmat dgn kementerian guru
titik paling maxima dia akan capai ialah (5,5,5).
Paksi x ialah umur guru. Jika sudah senior berumur 60 tahun, gaji paling tinggi dalam perkhidmatan dan secara teori kepuasan paling menakjubkan).
gred gaji ialah paksi -y. Dg41, Dg44, Dg48, Dg52 dan Dg54.
paksi-z mewakili tahap kepuasan bekerja. Di sini kita andaikan orang baru mula bekerja belum lagi berpuas hati apatah lagi jika dia bandingkan kelulusan nya dgn orang lain. Semua guru dimasukkan dalam 1 bakul. Senang kira. Jimat duit kerajaan.
Anda patut nampak titik (0,0,0) dan (5,5,5) dari graf di atas.
Titik semua sifar paling bawah dan titik semua 5 adalah paling jauh dari titik asalan.
mengapa 5?
umur guru maksima ialah 56, 58 atau 60 tahun. Guru mula bersara.
5 series.
tahap kepuasan pun ada 5 tangga.
tangga pertama tak tahu puas lagi, tangga kedua puas sedikit,
tangga 3 puas sudah, tangga 4 puas sangat dan tangga 5 teramat puas hati bila bergelar super pengetua cemerlang di kampung sendiri.
oleh itu mengapa ada blind spot?
Blind spot (titik buta) ialah benda tak di sangka sangka berlaku. Tiba tiba tragedi berlaku secara sedar atau tidak.
kita boleh nampak ini bila berlaku kemalangan antara
Guru dan muridnya. Tiba tiba ada kematian murid. Astagh firullah.
tragedi. Jika murid cacat, guru terlibat kena tanggung murid itu sepanjang hayat.
Dalam perkhidmatan guru, ada blind spot. Contoh, kita sokong parti pembangkang. Kita dihantar jauh ke kawasan pendalaman Kelantan. Kasihan. Baru khawin baru pun ..sila lapor diri di SEKOLAH jauh di kuala balah, kelantan. Isteri jururawat di bandar KK, kelantan. Aduh. Tidor sorang sorang. Nyamuk gila ni. Kaki betis semua jamm.
Blind spot lain ..kata kata kita tak disenangi oleh pelajar samseng. Diupahnya gangster pukul kita hidup hidup. Kesan ..gigi kita semua luruh macam daun daun di Englang musim daun luruh autumn. Aduhai jadi guru tanpa sebatang gigi. Mana sedap mengajar graf lekuk penawaran dan permintaan bila gigi tak ada kan? Air liur tersembur. Hishh..kotorlah cikgu.
2) siapa kawal blind spot?
siapa datangkan bala?
siapa datangkan tragedi kematian?
betul .. Allah yg menurunkan bala.
tiba tiba kereta volswagon kito hancur.
pagi tadi kereta berkilat
petang ini ..semua badan kereta hancur.
Bala? Kereta masuk dlm gaung. Kita overtake ..tak masuk gaung tadi. Now dalam gaung. Banyak tali dicampak selamatkan kita dalam gaung yg dalam. Kita cedera.
sebab itulah ..jika dirujuk kepada titik (5,5,5) dari graf di atas
semua guru senior patut rasa paling happy..
tapi ada juga guru demikian yg kecewa.
Kekecewaan itu mungkin ..wujudnya blind spot dalam kehidupannya.
Nak capai titik (5,5,5) banyak dugaan yg datang.
Pertama, rasuah. Tumbuk rusuk. Kontraktor kawan baik isteri kita. Slow slow jarumnya termakan oleh kita.
SPRM tangkap. Habis karier. Blind spot? Masuk penjara. Pencen 0. Dok lokap 10 tahun.
semasa di puncak, kita main guru pompuan anak ketua kampung orang dayak. Kena cekup oleh orang kampung. Habis nama baik kita. Jawatan pengetua bitara ditarik balik. Habis maruah keluarga. Malu besar. Dengan dayak pun ..semua jalan. Ini pun blind spot.
siapa datangkan?
syaitan, iblis atau nafsu serakah kita?
dasyat.
blind spot boleh berlaku pada siapa siapa pada bila bila masa.
kasihan.
titik (5,5,5) tak semua guru merasa.
bagi saya dapat titik (5,5,4) pun dah lega dah.
yang penting sihat, happy dan santai.
Boleh keluar dakwah tabligh bila bila masa ke mana mana jua BBNJ belanja besar negara jauh?
Alhamdulilah.
Allahu akbar.
fikirkanlah. Ini jer sumbangan saya. Tak terdaya buat melebihi 3D blind spot ni. Yang bagus kerja Allah. Jika penulisan ini tak bagus, ini kelemahan saya lah. Mohon maaf cikgu.
sekian.
wasallam
0 comments:
Post a Comment