Salam
Pesanan orang tua jangan kita lupa.
Mengapa?
Mereka mempunyai banyak pengalaman dari kita.
Oleh itu saya senaraikan berapa contoh bagi pedoman hidup ini supaya kita semua tak rugi.
Rugi dunio rugi akhirat.
Pertama, masa muda elok digunakan untuk menggali ilmu terutama ilmu agama. Ada ilmu agama, keuntungan dunia mari.
Ada ilmu dunia, banyok lagi kebaikan akan mari silih berganti.
Tuntutlah ilmu ke seluruh dunia termasuk negara China sekali pun.
Kedua, bila ada ayah ibu elok kita berjasa kepada mereka dengan cara
Mentaati arahan dan perintah mereka selagi bukan yg berkaitan dengan perkara haram seperti berjudi, menipu, bohong, khianat, bom orang cina mongolia dan lain lain lagi.
Jika tok nenek pandai mengaji Al Quraan, belajarlah dgn nya cara ter baik. Tulis semua ajarannya satu per satu. Rakam pun ok? Semua percuma. Tanda kasih sayang anak-ibu dan tok nenek.
jika nenek pandai buat makanan, belajar dan belajar cara memasak dengannya agar tak hilang masakan nasi dagang terengganu, laksa kedah, laksa penang, kueh lompat tikam, kueh tepung pelita dan jala emas nanti jika mereka semua sudah kembali ke rahmatullah kita boleh menyediakan benda alah ini untuk anak cucu kito walaupun kito di Perth atau London.
Ketiga, peluang yg ada rebutlah cepat cepat.
Peluang biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pelajaran, latihan, perniagaan, kesihatan dan lain lain lagi termasuk berdakwah.
Tak rugi sedikit pun. Sampaikan sesuatu walau sepotong ayatku ( pesan Nabi Muhammad s.a.w tu).
Sekarang ramai belia beliawanis tidak cakna peluang peluang di atas.
Bila mati ibu ayah susah kita dgn saudara mara terutama
Semasa hidup ibu ayah, kita tak ambil kisah
Dengan jemputan khawin saudara mara.
Majlis orang mati, meratip
majlis cukur kepala, kerat jambul, berkhatan
Orang ingat macam macam mengenai prinsip dan tindak tanduk kita belako belako.
Bahaya jika mereka memboikot kita.
Wang boleh dicari.
Kawan boleh dicari.
Rumah dan apartment boleh dibeli atau disewa hatta...
pengapit khawin pun boleh kita pajak bila bila masa.
Tetapi hati saudara mara bukan senang .. jago molek deh?
Bila terputus kasih sayang mereka, payah kita semua.
Oleh itu saya mengajak diri sayalah terlebih dahulu
Ambik beratlah keadaan sekeliling rumah dan kampung halaman kita ni.
Tetangga, jiran ..elok kito berbaik sangka.
Jangan berhasad dengki.
Jangan khianati mereka.
Layan mereka sebaik mungkin.
kalau mereka bukok kedai roti kek biskut melayu
bantulah sikit sikit. Beli roti tu. Kempen kat orang jugak. tolong bisnes member.
mulut biar manis sokmo sokmo.
kueh kelantan manis. Senyum manis.
mulut mu pun biar manis juga.
Pura pura buat manis pun tak apa. Pokok pangkalnyo mu tu manis.
Jangan laser sangat dgn kata kata mu itu. Orang kampung sokmo ingat mulut itu.
Insya allah kita semua bahagia.
cuba ok?
Saya menulis pesanan tok nenek ku ..untuk disebar seluruh glob. Ok tak bro?
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment