fikir dunia

Posted by sazali

Salam

Kita tenggelam sana sini.
Hati kita selalu risau.
Mengapa?  Fokus kita dunia.

Apa itu dunia?
Dunia ialah segala usaha mengumpulkan harta dari muda sampai mati.

Oleh itu pekerjaan ini dunia.
Rumah, kereta, emas, permata, debit dan credit card ialah dunia.
Peti sejuk besar pun dunia kerana di sini kita simpan semua makanan untuk seminggu, sebulan dan setahun.
Perut kita dunia.
Nafsu tamak haloba pun dunia.
Mcm mcm dunia.
Isteri dan anak pun dunia.
Ibu ayah mertua , keturunan dari zaman nabi adam ke sekarang.
kawan kawan main golf waktu senja ..dunia.
Semua dunia.

Dalam proses mengumpul dunia
Jika kita mati
Maka kita mati dgn penuh kecintaan dunia.  Betul tak?

2)  oleh itu bila pulak akhirat?
Solat, puasa, takwa, sedekah, zuhud, amanah, bercakap benar adalah akhirat. Amalan ikhlas itulah akhirat kita.  Sebaik baik amalan kita buat sesuatu yg baik secara konsisten walaupun amalan itu kecil bentuknya. Contoh ibu memasak makanan untuk famili setiap hari dengan hati ikhlas, aman, senyum dan redha.  Boleh?  Terutama bulan ramadhan.  Boleh bu?

Bukan senang dapat akhirat.
Mengapa?
Solat 5 minit, buat kerja dunia 20 jam.
Fokus kita berat kepada dunia.
Tenggelam kita dalam dunia.

Puasa pun 30 hari setahun tetapi
Setiap kali kita berbuka puasa
Banyak sungguh kita makan.  Kalau tak habis makan, kita pakat pakat buang.  Mengikut kajian kita buang makanan bertan tan banyaknya setahun.  Inilah
 dunia kita walaupun kita fikir kita sudah dapat akhirat.
Solat terawih 1 atau 2  jam .. cukupkah akhirat itu?
Mengaji al quraan 10 minit sehari ..itu ke akhirat kita setiap hari.

penulis tak bisa
define akhirat.
mengapa?
saya bukan orang akhirat.

atau macam mana?

setiap hari saya bekerja bomba
pagi bomba,
petang bomba
mati dalam api pun berpakaian bomba
oleh itu

bombalah dunia saya.
bukan akhiratlah  pokok pangkal saya.

oleh itu bagaimana?
payah kan?

orang ada akhirat  mereka ahli syorga.
Hish..payah nak ceritakan pasal ini kerana
stail hidup kita
mirip pada orang di sebelah barat sana.  Pakaian kita barat.  Pakaian pelajar universiti barat.
pakaian isteri pemimpin kita barat.  Atau mu kiro guanor?

yg membezakan kita dengan mereka ialah
kita mendirikan solat 5 waktu.

kita percaya balasan selepas mati.
ada syorga
ada neraka
syorga itu di bawah tapak kaki ibu yg solihat.
besarkah syorga ini?

paling kecil syorga
ialah 10 kali dunia ini.

Allahu akbar.

3)  orang dakwah tak suka dunia
tetapi jika mereka out station
mereka nak cari juga orang dunia.

contoh orang dunia?
Perdana Menteri
KSU
VC
Dekan
Ketua Jabatan
CEO
guru
pensyarah politeknik, KK
tok penggawa
tok penghulu
tok imam
tok mudin
ustaz ustazah kita
orang ada pengaruh

mengapa tu?


saya tak tahu jawapan ini.
kalau saya tahu serba serbi jawapan
jawatan saya mesti PM dalam  negara ini.

amacam?

TNB  dunia
M2U  dunia
ringgit, rupiah, dollar  dunia
Air Asia  dunia
layan anak bini dunia
gaduh gaduh harta ..dunia pak?
2.6  bilion ringgit  dunia!
1MDB  dunia
tipu daya ..semua dunia.
rata riti rasuah  dunia.

rumusannya ramai kita adalah confirm orang dunia.

mengapa kita nak bagus sangat 50% dunia dan 50t akhirat  yer?
23 jam dunia
1 jam sehari akhirat

mana boleh kita adili bahawa kita orang akhirat.

Boleh jadi kita tertipu.
angan angan
kita leh masuk syurga.

Amacam?

apakah yg patut kita buat?
langkah terpantas
ikut jamaah dakwah dan tabligh?  Confirm yes.

jom g sekolah di masjid sri petaling semua.

belajar 6  prinsip.  Salah satu ikhlas.

itu jer nak cakap.  Saya tak mintak apa apa upah.  Lillah hi taala
sekian.
wasallam

0 comments:

Post a Comment