Salam
Dalam masyarakat sini
Melayu melawat melayu.
Orang cina melawat orang cina.
Begitu juga orang India akan melawat orang India.
Orang belajar UM, waktu cuti mesti melawat geng UM jer.
Orang jordan ..banyak masa dengan geng Jordan jer.
Itu dari satu bangsa. Stail melawat seperti di atas.
Jarang sangat kita dengar orang melayu melawat orang cina terlantar sakit di flat kediamannya. Jaranglah kita dengar orang jordan seronok nak melawat kita graduat dari Taiwan. Ada? Kalau ada pun ada motif nak pinjam duitlah, nak bisnes lah. Boleh kata kurang 5% ziarah dengan lillah hi taala. Kalau tak nak, masamlah muka nya. Aduhai.
Jarang sangat kita mendengar pak imam dan tok bilal memberi masa melawat orang India yang ditimpa kesusahan. Contoh suaminya mati kena poison ala orang Korea Utara di KLIA. Ada?
Atas dasar ini islam tidak mendapat tempat dalam hati orang non muslim. Mungkin.
Apakah yg tak kena?
2) Di Afrika
Orang kaya kristian melawat orang kulit hitam yg miskin.
Orang kaya kristian membawa buah tangan semasa lawatan.
Bukan 1 kali.
Berkali kali.
Mereka ada program teratur. Tersusun rapi. Kemas dan cukup viable.
Akhirnya ramai orang afrikan menerima kristian sebagai agamanya.
3) Di Malaysia
Musim pilihanraya
Menteri Besar melayu melawat orang cina dan india.
Tujuan? Lillahi taala ke? Payah nak tahu secara tepat. Time PRU baru nampak perut buncit menteri naik basikal gajah lah , meniti jambatan buluh ..konon konon prihatin nasib rakyat. He..he..he. ini semua lakonan dunia.
Entah.
Besar kemungkinan mereka melawat
Untuk memancing undi.
Semasa menteri melawat kampung, desa
Mereka janji macam macam. Nak buat sekolahlah, masjidlah, gerejalah dan macam macam.
Sekadar memancing undi.
Ini maksud dunia. Dalam kitab kitab padang pasir, ini disebut fikir fikir dunia.
Sebab itu islam tak berkembang.
Kita fikir keuntungan dunia lebih banyak dari
Keuntungan kampung akhirat. Ada ko akhirat ini?
Apa yg ditarget
Itulah hasilnya.
Paderi kristian target bukan untuk dunia.
Sebab itu mereka berjaya kristiankan
Satu afrika.
Senang.
Caranya? Fokus kepada target.
Perkara yg nak diketengahkan di sini ialah
Kita kedekut
Memberi masa untuk ziarah orang lain
Yg bukan ahli keluarga kita. Yang bukan satu kepala dengan kita.
Kita banyak berkira.
Itu kira
Ini pun kira.
Sebab itu kita doa macam macam
Tuhan tak tolong pun kita.
Orang arab pun tuhan tak tolong.
Orang Burma pun tuhan tak mau tolong.
orang melayu pun sama juga.
Kapal terbang kita mana pergi hah? Ada hang jumpa belakang rumah hang?
bertahun tahun dicari tak jumpa jumpa.
Malu besar kita.
mengapa?
jawapan nya kita berkira.
kira itu
kira ini
sebab itu
kita kosong.
Cuba kita baca sekali lagi
paragraf pertama di atas.
Dulu 1439 tahun yg lalu
Nabi Muhammad s.a.w ziarah orang yahudi yang menghalang baginda dalam kerja kerja dakwah. Ada tu mereka jirus air kencing ke badan baginda. Tiap tiap hari begitu. Satu hari ..jeng jeng jeng
baginda mushkil ..mana yahudi ini? Dah tak kelihatan dia. Ayuh ..bagus jika aku ziarah dia.
Hasilnya? Orang yahudi menerima islam dalam air mata. Begitu agung akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
jika kita buat amalan ziarah satu habit kita yang berkala
insya allah ramai kita akan bersaudara.
melayu tolong cina
cina tolong india
dan orang india tolong melayu.
Semua saudara seislamm.
Apa lagi kan?
itu maksud penulis.
kita ziarah li llah hi taala.
semasa melawat
bawalah buah tangan sedikit sebanyak.
kasi orang happy jugak menerima kita.
jangan perabih makanan rumah orang sahaja.
kasihan.
Bayangkan kita ada 13 orang anak. Habit buat anak jer. Kalau ziarah ziarah mungkin bilangan anak boleh dikurangkan.
kita bawa semua anak melawat Mr Lim.
Habislah teh cameron highlang Mr Lim
habis gula pasirnya.
Habis biskut merry nya.
kasihan.
kita amal sedikit timbang rasa.
Nanti Mr Lim puji kita sampai bila bila.
Baru islam orang segani. Orang islam ada otak.
Ada otak tandanya bijak.
buat seperti cakap.
Bukan cakap banyak, buatnya tidak.
begitulah. Harap bapak ibu boleh pikir sikit.
Ubahlah sikit.
kita buat ziarah satu amalan yg lazim. Buat dengan ikhlas. Kita tak perlu tahu serba serbi dari kitab kitab Universiti Mesir baru nak cuba buat kerja kerja ziarah.
Kita tak perlu kereta mewah Audi RM500,000 sekadar nak tanya jiran sebelah , jiran 30 km dari rumah kita..apa khabar mak limah? Mak limah sihat?
Kalau boleh cuba ingat nama anak sulong orang.
Contoh? Mana Leman mak limah?
Kalau ada soft skill ini
satu Malaysia, tuhan beri kepada orang PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Boleh?
Banyak ganjaran dari Allah robbul ala min.
Sekian.
Wasallam
p/s saya guru. Kalau banyak hari anak murid cina ku tarak datang sekolah,
mesti aku kena ziarah Ah Lim ..apa pasat tak sekolah?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment