sakit dada

Posted by sazali

Salam

Sakit dada disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama mungkin ada penyakit jantung.
 Jantung tersumbat,  saluran bengkak atau lain lain.  Elok g check dengan doktor. Untuk pengetahuan, kos operation jantung sangatlah mahal.  Peluang hidup lama 50/50 sahaja.  Buat pembedahan  ok  tak buat pun ok.  Sabar jer lah. Lazimnya doktor menasihatkan supaya pesakit kawal gaya hidup dan pemakanan. Jgn serious sangat dlm apa apa tugasan dan mengangkat benda2 berat. Memandu jarak jauh pun tak digalakkan. Elok naik bas ekspress atau terbang sahaja dengan MAS.  Stress cuba kurangkan. Elak dari bertikam lidah dengan isteri tersayang.

Kedua masalah mcm mcm yg timbul.
Ada anak dara hilang dari rumah.
Sakit dada juga difikirkan.
Kalau lari dgn org asing, sakit dada makin kerap dan cukup kritikal.

Oleh itu elok jaga anak anak baik baik terutama gadis gadis melayu islam.
Senang jer.  Beri amaran.
Waktu maghrib, semua ahli keluarga mesti ada dalam rumah.
SETTLE.  Buat maghrib sama sama.

didik isteri dan anak anak
nak keluar minta kebenaran.
contoh  i  nak pergi kota bharu ni.  Izin tak abah?
Ini lain sangat  dengan stail

i  pergi kota bharu ni
esok lusa
i pergi kuantan.
lusa tulak
i pergi labuan esok.

mana ada dia mintak kebenaran.
dia hanya cerita pergerakannya sahaja.  Sakit dada jika suami cannot go, isteri baru 38 tahun.  Oleh itu urut jerlah dada itu.  Kasihan.

ketiga, ada benda berat menghempap dada kita.
Untuk elak organ organ rusak, cuba jgn biarkan ini berterusan.  Bahaya.  Mungkin membawa maut.  Susah nak ceritakan kpd pakar doktor kita mengapa kematian  ini terjadi sewaktu post mortem nanti. Fikir2  kanlah.  Patutkah penyeksaan ni terus menerus terjadi?

Itu sahajalah kali ini.

sekian.
Wallahu aklam

0 comments:

Post a Comment