keluar dakwah

Posted by sazali

Salam

Keluar dakwah adalah satu istilah bermaksud memberi masa untuk belajar kerja kerja dakwah. Ini menggunakan masa, wang ringgit, tenaga dan fikir setiap individu.

Keluar dakwah adalah ungkapan piawai orang orang tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor. Dan seluruh dunia.  Dalam bahasa inggeris ianya disebut spend time in the path of Allah.

Dulu semasa penulis berstatus bujang, senang sedikit keluar dakwah.
Sekarang senang juga dalam status berkhawin tetapi kita kena sediakan fikir dan jiwa raga isteri di rumah.

2)  kalau boleh siapkan lauk pauk di rumah sepanjang pelayaran kita dalam usaha dakwah.  Kalau 3 hari,  elok  stok ayam 2 ekor dan sayur buah sekadar yg patut.

Kalau anak 13 orang, tak cukup itu.
Pandai pandailah menjaga diri.

Zaman sekarang kita cuba elak meninggalkan anak isteri dengan bekalan yg tidak mencukupi.  Sebab ..bila datang emak mertua bermulut laser berbekalkan tembakau, sireh buah pinang dan kapur ...banyaklah kita kena kutuk tak tentu pasal.

oleh itu elakkan ini berlaku.
kadang kadang tinggalkan duit yg mencukupi pada anak yg sulong.
belilah apa apa yg kurang semasa abah berlayar 3 hari sahaja dalam kerja dakwah.

Kalau boleh beli 1 ekor ayam khusus untuk ibu mertua yg kuat makan sireh di atas.

3)  kalau ada tanah, kita kena usahakanlah.
biar tanah mengeluarkan hasil.  Kalau tak diusahakan tanah itu,  mustahil dapat hasil seperti padi, gandum, buah buahan dan lain lain lagi.

kalau ada kedai, kita kena usahakan agar kedai membawa keuntungan kepada tuan punya kedai.

kalau ada kedai yg besar pun, jika usaha kedai itu kurang lama lama kedai akan tutup.  Bankrupt  pak.
begitu juga dengan agama.

kita kena usahakan agama dalam diri kita.
bila ini dijalankan
baru kita faham apa maksud solat, al quraan, perintah Allah, hadith nabi dan sebagainya.

Sekarang usaha agama kurang dijalankan atas diri kita dan famili masing masing.
Oleh sebab itu
solat ditinggalkan sewenang wenangnya.
Tanpa solat kita menghampiri kemurkaan Allah.
Bila usaha agama kurang dibuat
anak anak dara keluar rumah tanpa segan silu.
Mereka tak faham bahawa bila malam
elok dia duduk di rumah sahaja.  Solat maghrib, isya dan membaca al quraan.  Hati tenang dan aman.


Sekarang ibu bapa kurang prihatin bahaya jika
anak anak terbiar di waktu malam.

tanpa usaha dakwah
fikir agama kurang diberi perhatian.
Bila ini berlaku, belia belia tidak ada fikir agama.
Ada tu merempit sepanjang malam.  Subuh ditinggalkan tanpa ada perasaan bersalah kepada Allah Pencipta sekelian alam sedikit pun.
tanpa fikir agama
anak anak ramai yang menderhaka ibu bapa.
Ada tu sanggup membunuh ayahnya kerana si ayah tak mahu beli moto besar untuknya.

tanpa fikir agama
suami derhaka kpd isteri dan anak2.
Amanah dibutakan.
Menteri khianati rakyat.
Pegawai pegawai terlibat dalam rasuah.
Segelintir ustaz kebas juga duit anak anak muda berkursus khawin.
Dasyat kan?

Atas maksud ini
saya keluar dakwah.
tak lama 3 hari sahaja.
bukan 3 bulan atau 3 tahun.
Sabarlah  72 jam sahaja. Gelap cerah gelap cerah ..baliklah abah nanti.

Abah pergi bukan tak balik balik pun.
Sabar.  Kerja dakwah ..kita bersihkan diri kita. Kuatkan iman kita.  Ayuh kita pergi sama sama tuan?  Bila boleh  tuan?  Sekarang anak 13 pun payah ..apa tah lagi  bila anak sudah 18 orang?  Mesti mak mertua tadi risau ....mamat ..mamat ..mamat ..elok sangatlah kau kuar dakwah.  Biar rehat sikit minah tu.   Tak kering kering anakku.

janji Allah itu benar.
jika kita menolong agama Allah,  Allah akan menolong kamu.  Soheh!

Hadith:  sepagi sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisi isinya.
Modal dakwah  ialah ada sayang dlm diri ini. Sayang pada diri sendiri. Sayang pada semua ahli keluarga. Sayang pada jiran tetangga, Sayang pada murid muridnya. Sayang pada pelajar universiti.  Sayang pada teman satu organisasi.  Sayang bangsa dan sayang negara.  Itu jer nak cakap.

Sekian.
Wallahu aklam.

p/s  taufiq hidayah di tangan Allah.
kita perlu kerjakan dakwah sahaja.   Yang selebihnya kita serah pada Allah.




0 comments:

Post a Comment