isu isu kesihatan

Posted by sazali

Salam

Kesihatan adalah kekayaan.
Dengan nikmat sihat anda boleh terus menggali khazanah tuhan.
Bukan setakat di bumi Malaysia tetapi menjangkaui negara negara luar sana.

Bersyukurlah banyak banyak kpd tuhan mu yang memberi nikmat ini tanpa sebarang bayaran.
Dengan sihat kita boleh:

1.  Mengenali dengan baik sesama kita
2.  Bergerak ke kebun , estet kelapa sawit, getah, durian, rambutan dan macam macam lagi
3.  Memandu kereta dari rumah, sekolah dan pulang ke rumah dengan selamat
4.  Siapkan tugasan di mana mana seperti siapkan tesis di England, Amerika, Australia, Russia,  Jeli  dan lain lain lagi.
5.  Menjalankan ibadat secara solo atau berjamaah
6.  Membawa diri secara bebas dan kebebasan inilah yang di cari cari oleh semua manusia tanpa mengenali bulu, agama, warna kulit dan bangsa.

Bayangkan kita terlibat dalam satu tragedi

Kita diistiharkan cacat.
Bila cacat

1.  Tak bebas dah kita bergerak.  Bila kedua dua tangan kudung, projek novel 200 muka surat tiba tiiba  berhenti.
2.  Isteri dan anak anak pun terasa susah dan terbeban
3.  Pihak sekolah tempat anda bertugas pun turut bersedih
4.  Macam macam program terbantut
5.  Nama anda mula dilupakan oleh ramai orang kenamaan
6.  Kecantikan, kehebatan, kelincahan  ..semua itu menjadi kenang kenangan
Bagi anda, ibu bapa anda dan semua yg mencintai anda
7.  Kena cari pembantu.  Ini bukan senang.  Kalau isteri mu cantik , bergaya dan ada status pekerjaan ..payah niiii.  Mungkin kamu akan ditinggalkan.  Jangan menangis tuan.  Anda harus faham.  Kasih sayang adalah bersifat sementara.
Jika pendidikan dulu 1950 - 1970 mungkin ada yang sayang kpd tuan untuk sekian lama
Tetapi zaman sekarang pendidikan ala semua ekspres, foto kopi, instant nescafe, handbeg kecil molek tetapi beratus ribu RM untuk mengisi dua tapai ubi kayu dan Touch & Go
Mungkin tuan akan dihantar ke satu tempat dipanggil pusat orang orang cacat.
Maaf.  Mudah semua orang.  Musim raya diorang datang menziarahi tuan.  Ok tak tuan?  Sekali ziarah dalam 365 hari setahun.

begitulah nak cakap.
Tak banyak.
Tetapi itulah realiti.
Zalim?

apa boleh buat.
itu yang terbaik.  What to do, right? Isteri lawa dibawa orang lain pula. Hari terus berlalu.  Dulu zaman Tun Mahathir, sekarang zaman Najib , esok zaman ...
Yang pasti tuan terus berada di situ.  Al fatihah.

Rumusan.
jaga diri baik baik.
Usahakan kesihatan mu dan minta doa agar tuhan melindungi mu.  Ameen.

wasallam


0 comments:

Post a Comment