dasar kerajaan mu

Posted by sazali

Salam

Ditulis untuk membantu anak dan cucu saya menghadhiri ujian lisan jawatan kerajaan seperti guru, doktor, PTD, PTA dan pensyarah muda politeknik, KK dan KV.  Gunakanlah .. lillahi taala. Hadiahkan al fatihah kpd penulis dan guru gurunya yg masih berstatus  ON atau OFF.

Setiap pemerintah negara ini inginkan namanya dikenang rakyat sampai bila bila. Biasalah in sya Allah.  Jangan marah marah pula.
Contoh

1.  Arwah Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.  Dasar Bahasa kebangsaan ialah memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan atau resmi.

2.  Arwah Tun Abdul Razak  ..dasar membuka kawasan tanah terbiar menjadi sesuatu tanah rancangan tersusun. Felda di Pahang Darul Makmur. Model ni  suka sangat pemimpin pemimpin dari negara afrika ingin pelajari dan dijadikan contoh tauladan.  Alhamdulilah hasil terkaguman ini ramai pelajar afrika berkerumun di KLIA dan terus daftar belajar macam macam kursus di IPTA, IPTS  kita.  Serampang 2 mata.

3. Dasar Ekonomi Baru 1970 -1990. Dalam era Tun Razak
penstrukuran semula masyarakat Malaysia.  Dulu 1960an majoriti guru sains dan matematik adalah dari bangsa Cina dan India.  Selepas 1990  sudah ramai graduan berbangsa bumiputra terutama dari UTM dan UKM. Banyak SBP dan MRSM dibuka. Kesannya pensyarah politeknik dan SMT ada juga dari golongan orang melayu kampung.  Rujuk Politeknik Kota Bharu.  Bukan setakat ramai melayu tetapi melayu anak tempatan. Hasil didikan mereka sekarang terdapat tenaga semi profesional yg sedang bertugas di industri industri Negara Arab seperti Saudi  dan Qatar.

4. YB Tun Mahathir ..Dasar Pandang Ke Timur.
Dia pelopori kerjasama dengan kerajaan Jepun ..maka timbullah kejuruteraan Proton dan sebagainya. Syabas!  Sekurang kurangnya semua kenderaan polis menggunakan kereta Proton seperti Perdana, Waja dan terbaru tu ..  Preve.  Pak arab suka kereta kita.  Teknologi islam datang kpd kamiii.  Zamannya juga lebuhraya 800 km utara barat dibina.  Perlis ,  perak dan johor membangun pesat bila lebuhraya melepasi kampung kampung melayu.

5. Dasar Penswastaan pun berlaku pada Zaman Tun M.  Uniten, U.T.P, Hicom, mcm mcm.
Mentaliti makan gaji sepenuhnya kpd cara bisnes in totality. Tapi tak semua berjaya. Faktor besar ialah  sikap orang melayu.  Org sastera melayu nak mintak pimpin organisasi berorientasikan industri.  Payah nak lawan company company cina.  Pengurusannya solid budak budak sains, teknologi n  accountancy.  Tak leh lawan.  Kepala cina  berfikir mcm komputer sedangkan orang itu fikir ..nak tambat syarikat PKNS, Pernas terus hidup dgn bantuan kerajaan.

wawasan 2020 adalah dari pemerintahan Tun Mahathir.  Fokus banyak kepada teknologi, ICT  dan badan ilmu  knowledge based.  Multimedia Super Corridor 1995.  Tujuan?  Silicon Valley di tanah melayu.

6. YB  Abdullah Badawi ..dasar islam hadhari. Rata riti teks ucapannya dan pegawai PTD ada menyentuh pasal islam.  Target banyak pasal pertanian.  Tag line  pertanian adalah perniagaan. Lantas bio teknologi, madu lebah, bee pollen pun ala hadhari.
Ya habibi (gelek padang pasir  kit).  Konsep PERMATA mula diusahakan.

7. Sekarang ..YB D.S. Hj Mohd Najib Tun Razak .. timbul dengan dasar  Transformasi T50.  Target 2050. Besarnya wawasan.  Sakit otak profesor semua.  Banyak gelombang fasa diperkenalkan.

Dia nak transform ( tukar bentuk ) macam macam dah

Transform pendidikan negara  biar jadi pendidikan kelas pertama supaya universiti tempatan di Lembah Pantai, Skudai setanding dengan Harvard dan Cambridge.  Maka timbul pendidikan STEM, DLP, pendidikan teknikal vokasional dan ..robotik.

Di sini PERMATA mula berkembang pesat.  Kelas Pra pendidikan ditekankan. Google Rosmah Mansur PERMATA  Bangi. Panggilan jolokan first lady timbul.

Transform kesihatan rakyat ..biar mahal belaka.  Cepat sikit kita mati. Contoh pesara pun dah mula  complain.  Kos rawatan gigi kena bayar sikit.  Alahai atukkkkk..  tak kan semua nak free jer.  Bengkoklah anu ...org org kita.
Transform otak nelayan ..  dari bot kecil ke kapal berkuasa tinggi untuk meneroka laut dalam.  Harap harap ikan bilis  terengganu transform jadi ikan tuna macam di Jepun dan Nova Scotia.
Transform sistem rangkaian transportasi ..  semua pakai LRT, komuter, e train di kawasan Lembah Klang. Untuk itu import kejuruteraan dari benua China.  Banyak bilion jugak tu ..
Transform bantuan kewangan ..top top jangan masuk  akaun peribadi memanda sudahlah. Tapi  kalau masuk pun .. Cepat sikit boleh kawal dan selia termasuk cuti santai sana dan sini.  Bukankah ini senang?  Kurang sedikit kita menggunakan kertas.  Paperless!  Selamat operasi tebang pokok pokok hutan seluruh negara
DAN macam macam lagi.

Bagus ini.  Sebagai pesara baru, saya puji cara fikiran ni..

tunggu jer berani tak  siapa siapa  dalam era T50

transform rakyat melayu khususnya dari menggunakan air dlm tandas biar biar bertukar terus menggunakan kertas tisu dan lap lap buang.  Baru bersih sikit  lantai tandas nasional, platform nasional dan mcm mcm lagi lah.

8. Dasar  e media.  Kena kawal isi bahan internet.  Kalau tidak propaganda jahat akan menghancurkan kita seperti  ISIS, jihad, militant konon kononlah.  Mereka menulis blog, twitter, fb  pun kena check kesahihan berita. Jgn pakai muat turun sahaja.  Otak jadi gila.  Bahan bahaya boleh menggugat status kepegawaian anda. Tapis 200% bahan lucah.
tapis juga cara cara buat bom ala mongolia puncak alam itu.

9.  Dasar langit terbuka.
10.  Dasar Ploton.  Dulu  Proton.  Sekarang  ploton.  Mengapa?

Sekian.
Boleh?
bila boleh pak menteri?

wasallam

rujukan

buku Negara kita keluaran INTAN kuala kumpur 1980an.

majalah
Dewan Masyarakat 2000-2016
Millieneum
Dewan Budaya

nota nota Kursus PT3 keluaran UTM Skudai 2004/5.


0 comments:

Post a Comment