home stay

Posted by sazali

Salam

Sekarang ramai kalangan kita berstatus mewah.  Suami isteri semua bergaji. SUAMI 2 3 jenis kerja, isteri bukak pusat tadika. Pitih belana.  Oleh yang demikian,

Jika ke mana mana, kita mahu home stay atau hotel sahaja.
Tak payah ganggu sesiapa.

Faedah  home stay  dan hotel adalah

1.  Kita control bangun tido kita dan anak anak
2.  Makan minum pun ikut selera kitalah
3.  Solat?  No problem  kita buat dalam keadaan senyap tapi selesa.


Tetapi jika ada  saudara mara di kawasan itu
Mungkin ..dia fikir lain,  lain dan lain lain.

Terutama jika pak ngah dan mak uteh masih ada.
payah payah jika main dgn hati orang tua tua kita.

Fikir mereka  mungkin

1.  Tak sudi kah kau datang ke sini bawak anok bini mu itu?
Pondok buruk kah ini?
2.  Mesti kau dah kaya ni ..
Kami yg miskin ..  kau tolak ke tepi  norh.
makanan kampung kami ..tak best lah ni.

he..he..he..

1 malam home stay baru  rm200
ada tu tak sampai rm100 pun 1 malam.  Bilik pun banyak.


Dulu musim payah tahun 1970 hingga 2000
bila menumpang rumah saudara di Merbuk, Kedah

jam 300 pg tuan rumah dah bangun.
buat apa?
tumbuk sambal, ada batu lesung dan batu giling
buat  nasi lemak.  Bising sikit lah.

tandas tak cukup.
sebuah belakang rumah dia pulak tu ..

dekat pinggir hutan ada jamban
payah payah jika anak dara nak g  kencing atau pu pu

ada hantu ka?
ada jembalang dlm tandas ka
ada ular  bah
tandas tak terang .. bulb lampu ..ada rosak lah

bising
nak tidor pun payah.  Nyamuk ada abah.  Banyak helikopter ni ..sial.

jika rumah pak ngah banyak bilik ok lah
tetapi kalau tak ada ..payah kan?

bini aku .. baca banyak dan ikut orang arqam dulu
semua aurat bah
selak kain sikit susah
selak kain banyak ..lagi lah dia bising.  Lagi pun dia dari  negeri di bawah bayu sedangkan aku orang selalu dilanda banjir (bah).  Stail kami ada sedikit lain.

ha..ha..ha

ditelan pahit dibuang sayang.

pandai pandailah.

keburukan jika selalu berlakon sebagai penginap hotel

1.  Anak anak bini kurang kenal saudara mara di sebelah kitalah,
2.  Bila kita mati kes kapal terbang jatuh dekat vietnam ke,
anak anak akan membawa diri mereka sendiri.
orang kampung payah dah sukar nak mesra mesra dengan mereka.
3.  Kita bina kasta sendiri sektor  Brahmin  lawan sektor Pariaa
4.  Kadang kadang budaya maksiat subur bila ada homestay atau hotel2  ni.
mana ada tuan rumah tanya benda berikut:

tengok jap surat nikah kalian?
Kamu ni laki bini yang sah  ke?
kau tua 60 tahun,  pompuan ni baru 29  ni?

mereka fikir duit masuk cuti sekolah ini..

duit jgn ditolak.
pahala dosa ..itu urusan orang di langit.

betul tak?
jom renung sekejap.  Adakah kita membawa anak bini ke syurga atau sekadar ke neraka sahaja?

tahap keimanan dan ketakwaan kitalah  yang memisahkan
halal  dan haram ini.

Wasallam





0 comments:

Post a Comment