salam
Hari ni ..aku berada di Kota Bharu.
60 km dari sini , kawan kawan lama sedang berkumpul dengan Dato' Sri Idris Jusoh .. Menteri Pendidikan II .. majlis alumni Tengku Mahmud, Besut.
Didoakan mereka gembira.
2) Aku mengambil keputusan tidak ke sana .. hari ni ..aku mahu bersendirian menghirup angin segar Bandaraya Islam Kota Bahru.
3) Aku ingin menguruskan sedikit perbelanjaan dari TH. Nak settle duit orang. Hutang kena bayar bukan?
4) Sedap berjalan seorang diri. Tak mahu fikir siapa siapa sangat.. mahu fikir diri sendiri sudahlah.
Fikir apa:
4.1 apa nak jadi selepas ini?
4.2 nak duduk dengan siapa bila bersara terus dari KPM
4.3 bagaimana nak menyesuaikan kehidupan ini dengan cara orang kampung halaman
Begitulah sikit sebanyak benda benda yg ada dalam kepala otak ini.
He..he..he..
Bila menulis sesuatu dengan panggilan diri AKU rasa rasa sombong, bongkak dan macam macam. Tetapi biarlah.
Kita menulis sopan pun .. tak tahu lagi .. tulisan ini dibaca atau pun tidak. Lagi pun .. sekarang ..org selalu sebut 'skema'. Orang skema .. ada orang tak minat bersama-sama. Mereka suka orang brutal. Kesan suka brutaliti .. ada orang dibunuh hidup-hidup dalam rompakan di kampung dan lain-lain lagi. Tengok saja .. episod lawak ..senario ..orang suka mendengar dan menonton senario kerana skrip mereka tidak skema. Penat Pengarah Besar Dewan Bahasa Pustaka membebel ..perlunya kita melahirkan skrip filem yang ada nilai , budi bahasa dan budaya melayu teragung kita. Dia tak tahu .. skrip skema tidak laku dlm pasaran. Maaf Datuk!
Rumusan hidup:
A) jangan risau. Kita adalah kita. Jika kita gembira, kita gembiralah. Kalau kita pokai ..kita pokailah ..tak ramai orang nak bertanya khabar orang pokai dan mempunyai hutang keliling pinggang. Sabar jer lah .. itu semua ..kau juga yg cari pasal ..bukan tuhan punya pasal pun.
B) dosa. pahala, dosa, neraka dan syurga. Itu haq Allah. Manalah kita tahu ke mana destinasi kita bila berada di dunia sana. Kalau dilihat sejarah hidup aku pun yg lahir tak cukup bulan ni .. siapa sangka aku enak enak makan minum dalam pesawat MADRID AIR Spain dari Madrid ke Pulau Teneriffe .. dalam bisnes class cockpit ... dikerumuni oleh steward/dess .. 5 - 6 orang .. you want more Sir? He..he.. he.. rasa mcm anak raja jer.
Bila tengok di luar jendela .. bisikan syaitan datang bertalu-talu .. ini lah syurga dunia brother. Kau buat apa apa di Eropah .. tak ada orang tau .. tahu tak brother?
C) hidup biar berjasa. Jangan sakitkan hati orang dan jika mampu ..banyakkan sedekah dgn senyuman, nasihat yg baik , tutur kata yg sopan ..kerana ilmu mu tak ada orang yg akan ingat lama lama ..tetapi peribadi mu ..insyallah ada kot .. hidup itu mulia kerana budi bahasa
D) dengan ibu bapa ..rendahkan lah sayap mu itu ..dgn anak bini .. didiklah mereka walaupun kau sendiri tidak berharta dan kurang rupa (jika dibandingkan dengan Imran Khan Pakistan MP) he..he..
E) jika senang, berkongsilah. Jika susah .. sabar! jangan sibuk nak mintak tolong dari orang ramai.
Sekian. Aku nak gi makan laksan kelate. Makan sorang sorang .. dulu ada 6 anak .. tak puas makan ..ada jer yg menangis dan ada berebut nok gi tandas .. while kito orang dok sedak sedak makan makan. Now abah nok enjoy sorang sorang. Ok tak?
Wasallam
salam
Kita makhluk tuhan sentiasa berhadapan dgn masalah. Mcm mcm masalah ada dalam kalangan kita.
Antaranya ialah:
pertama, nak sambung belajar atau tidak ke peringkat yg lebih tinggi,
kedua, nak khawin dgn minah orang kampung kita tapi tak bekerja atau Mary dari Sabah yang bekerja sebagai staf Air Asia. Kedua-dua merpati cukup lawa sekali. Silap silap ayah kita pun tergoda sama. (ketawa).
ketiga, nak ikut mak atau nak dengar kata isteri. Mengikut kitab, pilih antara syurga atau neraka. Disokong pula oleh cerita-cerita org org tua, bini boleh dicari antara 7 benua dunia tetapi ibu mu .. itu se orang jer jali
keempat, nak pergi haji atau tidak? Hutang orang kampung tak beres beres lagi termasuk hutang dgn kedai Ah Seng tu .. kedai runcit ..kedai cina 1 tu jer dlm kampung melayu jawa. Hutang tak 100% bayar, tak leh gi haji. Tak sah ..aku dengar ustaz cakap? Ygg aku dengar dari mulut Ah Seng ..dio kata ..if mu cayo Allah itu ada, mu bayarlah hutang mu itu haji.
--
Banyak dilema bukan?
He..he..he..
-------
Ada orang cuba sedaya mungkin menyelesaikan masalah antara 2 perkara di atas. Ada yang berjaya dan ada yg tidak. Kasihan. Yang tak berjaya ..ada yg mati atas jalanraya ..putus kepala, terhempap dgn muatan lori seberat gunung Fuji (Jepun) dan ada yang mati kena petir , kilat sambung menyambung dan kes kapal terbang yg hilang itu, entah ke mana tubuh tubuh org org kita itu yer brother?
---
Apa apa pun .. kita kena cerdik. Kita buat apa yg termampu sudahlah. Jangan berat sebelah. Dunia kita cari, akhirat pun kita kena cari jugak. 50 50.
Idea 50 , 50 ini kita kena faham molek. If satu hari kita bekerja di opis cina tak sembahyang zohor, tak sembahyang asar, miss maghrib kerana trafik jam kumpur ..dan pulang pulak bergaduh dengan bini/ suami .. mana ada 50 50 dunia dan akhirat ini. Entah entah dunia 100: akhirat 0. So no such thing as moderates ma.
Yang bagus ialah kita ke sekolah sebagai guru . Mengajar anak anak orang hingga pandai dari kita sendiri. Bila pulang ..cakap elok elok dgn partner baik baik ..jgn melenting tak tentu pasal ..kerana mak mertua kita ada tu. Buruk imej kita maklumlah sekarang handphone ada. Dia ambik aksi kita dan facebook dgn anak anaknya...nahas kita bang. Sekelip mata semua badang-badang badan besar macam Mike Tyson semua dah ada di hadapan rumah untuk kerjakan kita hidup-hidup. Dekat nak mati dikerjakan itu ..mana ada 50 50. Bukan? Wal hasil kau dicop mati sebagai orang bodoh.
Kita keno cerdik bukan sekali ..tetapi all the kali.
Cerdik tak mari dari buku buku. Cerdik mari dari .. pembacaan, pemerhatian dan pandai jaga mulut mu .. if tak boleh jugak ..jahit sendiri mulut itu 8 jam sehari. Boleh mu?
Mulut kamu dan saya membawa banyak faedah. Ada yg bagus dan ada jua ..yg merosakkan badan ..contoh kes bercerai berai. Semua datang dari mulut yg jahat itu. He..he.. dah lah mulut ini busuk musim puasa ..jahat pulak tu.
So kena cerdik sepanjang masa.
Sekian. Cerdik ngaji degree, masters dan Ph.D. Cerdik cari bini dan cerdik hidup sampai mati. Insya allah nyaman bah.
Wasallam
Salam
Time kita berbual , kadang-kadang terkeluar perkataan ini :
tu lah engkau ..
1) ada bini bagus, lawa , cerdik kau tak layan elok elok. Tengok apa dah jadi? Sekarang dia sudah kepunyaan orang lain. He..he..he...sorry lah idea cina buta kau itu.
2) ada scholarship luar negara dahulu, tak buat betul-betul. Asyik car boot sales, grape picking, British Motor cari kereta itu dan ini. Sekarang bukankah semua dah jadi susah nak siapkan Ph.D. Lab di sana tak sama dengan Lab di tempat kita ini. Technicians depa lain nohhhh... highly disciplined, expertise ?
3) ada kedai corner lot - kau tak bukak kedai nasi lemak, nasi ayam betul -betul. Now apa jadi ... mamak 25 hour corner dah conquer .. semua org stop di situ tau? Bodohlah kau ..bukan senang dpt lokasi sebegitu strategik .. students beribu ribu dtg 24/7
4) ada kerja dulu, kau memonteng. Kau kacau staf (bini orang) . Sekarang dah kena buang kerja. Padan muka. Kan susah dah ni/ tak ada universiti nak ambik kau lagi.
5) dulu ada ramai orang yang mahir, pakar dgn dunia teknologi komputer ..sekarang mereka dah pulang ke negara masing masing , Kalaulah digunakan kepakaran itu waktu itu dengan sempurna sudah tentu universiti ini sudah jauh kemajuannya. Tu lah ..engkau sibuk dgn majlis rayalah, majils marhabanlah, majlis khawin dan ..banyak cuti cuti Malaysia .. kita bayar mahal expatriates tu bulan-bulan ..tetapi ..kita bayar sambil mereka pun cuti beraya dgn kito jugak. Negara ini pelik bin gila kan? (laugh)
Begitulah sikit sebanyak ..penyesalan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apa guna nya.
Sekian. Gunalah nikmat nikmat itu sebaik mungkin wahai penulis ini dan pembaca pembaca budiman. Jadikan sketsa-sketsa ini sebagai satu pengajaran. Jangan leka. Masa tak menunggu kita pun. jaga ahli keluarga kita elok elok. Tak rugi.
Salam
Dalam dunia ini banyak terkandung berbai bagai jenis air (water). 70 - 80 peratus adalah air sungai, dan laut. Selebihhnya adalah air dari pohon-pohonan atau pun hutan rimba.
Setiap titik air memberi kepentingan kepada semua makhluk tuhan iaitu manusia dan haiwan. Tanpa air .. ramai makhluk manusia akan mati.
Salah satu air ialah air mata.
2) Zaman sekarang setiap pagi kita mendengar bayi bayi kecil menangis dan mengeluarkan air mata. Semakin sibuk sang ibu bersiap sedia untuk bertugas , semakin kuat tangisan anak anaknya dan makin lebatlah air mata.
3) Salah satu air mata ialah air mata ibu. Terutama yang sudah tua.
Mengapa begitu?
Jawapannya banyak tetapi .. saya cuba turunkan di sini beberapa sahaja.
Saya mulakan dengan lafaz Bismillahi rah ma nir raheem
3.1 air mata kerana sakit. Tak tertanggung sakitnya - kencing manis dan barah.
3.2 air mata kerana sakit hati - anak anak ramai di Kuala Lumpur tetapi seorang pun tak sudi bertanya khabar berita orang tuanya di kampung.
3.3 pengaruh filem Hindustan - heroin kena dera oleh orang-orang jahat dan hero belum lagi kelihatan. Nun jauh di sana.
3.4 air mata kerana ibu ayah lapar - tidak ada wang sedikit pun. Ada juga duit ada, tenaga tiada untuk keluar membeli makanan. Kasihan.
3.5 air mata kesalan - membesarkan anak anak dengan kemewahan melampau-lampau tanpa ilmu agama dan akhlak mulia. Atau ilmu banyak, amalannya jer yg kurang dlm rumahtangganya sendiri.
3.6 air mata kerana terlampau kecewa dan marah
3.7 air mata terlampau gembiira - anak cacatnya bergraduat dan berjawatan juga sebagai pensyarah universiti
3.8 air mata kerana bateri kereta tak hidup untuk pergi berjumpa pakar perubatan di waktu satu temujanji
3.9 air mata kerana sakit mata berjangkitan kuman
3.10 air mata sewaktu solat tahajud menyesal tak sudah sudah - waktu mak ayah hidup ..dia tak layan sebaik mungkin dan
3.11 ibu bapa mengharap sesuatu yg melampau-lampau dari anaknya sedangkan kebolehan anak cukup terbatas. Contoh : mereka nak try naik Concord ke tanah suci sedangkan kapalterbang ini sudah tidak ada lg dalam dunia transportasi
Tetapi ... air mata ..sahaja tak mampu menyelesaikan masalah seperti :
kandas dalam peperiksaan akhir. tahun akhir.,
projek akhir tahun (computer , I.T.) tak jalan jalan depan panel pengadil ( lulus ijazah ataupun tidak)
menawan hati hero/heroin bila putus cinta
dan macam macam lagi seperti tak bayar duit bank - pihak bank sudah nak tarik kereta dah today.
So .. bagaimana?
4) Tamadun manusia telah menyaksikan bahawa .. air mata sahaja tanpa usaha yg padu .. tak akan membawa kita ke mana-mana.
Sekian. Jangan terlampau beremosi. Bila bercerai pun .. biarkan itu menjadi satu pengajaran buat semua. Harta dunia sementara dan akhiratlah kekal abadi.
Wasallam
Salam
Kita semua bermula dari ibu dan ayah. Tanpa peluh pelar ibu ayah , tak ada lah kita ni.
Bila kita ada , lama lama ..adik adik yg lain pun ada juga. Org putih kata "..the more , the merrier.."
makin ramai , makin seronok.
2) Adab berkeluarga, ada adik beradik. Yang sulung tolong adik adiknya dari gangguan binatang dan juga kawan kawan di sekolah rendah, menengah, universiti dan tempat kerja. Semua kita berganding bahu. Tolong menolong. Tapi klimaks ialah kita adik beradik ..tak akan jatuh maruah ibu ayah kita dgn melibatkan diri dengan skandal kering ataupun basah. Mengapa? skandal itu haram.
Bila ini berlaku malulah ..ibu ayah kita, rumah , kpg dan negeri kita Cik Siti Wan Kembang.
Kita faham benda ini sejak sekolah rendah lagi.
3) Begitu juga sekarang. Kita dah jadi pegawai kerajaan. Atas kita, ketua jabatan. Atas ketua jabatan ialah ..ada lagi orang besar besar .. dan atas sekali Perdana Menteri dan seterusnya Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong.
Kita pakat pakat jaga nama baik diri sendiri. Bila mu look nice, you look nice then everybody looks nice lah.
4) Sejak akhir akhir ini, konsep look nice tak berapo jelero diamalkan oleh pegawai pegawai kerajaan baik di peringkat bawah opis boy hinggalah ke peringkat atasan KSU. Ada saja kes. Ada pegawai kastam kebas duit; ada pegawai hutan jual balak kpd orang luar dan dapat komisyen; ada polis bom anak tino orang , dan ada guru .. bocorkan soalan sehinggakan Ketua Pengarah Bahagian Kertas Periksa pun digantung kerja. Sedih betul senario perkhidmatan awam. Memalukan.
Kalau aku jadi YDP Agongg ..lama dah aku buang ..semua pegawai yg terbukti rasuah.
Wat gapo bawak kes masuk mahkamah itu dan ini. Wat perabih duit rakyat, masa dan kertas akhbar jer ..dok cerito .. itu ini benda haram. Benda ini trus berlaku kerana ..khutbah pun ..tak cerita benda alah ini asyik cerito .. para sahabat (r.anhum aj mainnn).. sahaja.
Mengikut biologi,
Kita buang cancer dari tubuh supaya .. tubuh kita boleh berfungsi semular.
Kita buang sampah sarap dari longkang ..supaya air boleh mengalir lebih laju dan hilangkan ancaman nyamuk itu dan ini ke atas penduduk kampung kampung di sekitar.
Begitu juga .. kita nak post mortem adik adik kito ..supaya ..diakhir prosesan ..kita dapat hidup sejahtera dan terus bahagia.
5) Benda ini tak berlaku kerana orang atas cukup sayang kpd orang orang bawahannya. Maklumlah anak beranok semua satu jabatan, satu kementerian dan ..hushhhh ..satu stadium red warriors merah nyalor. Payah nok hilang barah dan aedes ini. Sebiji permata payah diambik contoh teladan untuk maksud jual beli ..kerana permata ini dikerumuni oleh batu bata yang bersifat pelbagai mutunya sahaja. Jalan pintas .. kita kaut semua batu bata ini dan gantikan dgn batu batan (darah) yang baru. Darah serba baru. Kualiti oksigennya mesti terjamin.
Wal hasil .. kita kena berani.
Jika tak berani .. satu negara sembahyang hajat pun ..tak leh jupo jupo MH370 itu. Org lain ..di negara negara lain ..if jatuh plane lambat laun ..timbulllah kerangkja plane itu.
Bukan kita punya plane.
Tak timbul timbul.
sekian.
Adik adik.
Wasallam
Salam
Seronok mengajar di SM Tumpat dan SM Kota, Wakaf Che Yeh.
Jawatan tertinggi saya di situ ialah Guru Darjah.
Skop jawatan ialah 10. Salah satu ialah melantik ketua darjah.
2) Skop jawatan ketua darjah ialah menjaga keadaan bilik darjah semasa guru tidak ada dlm kelas. Catit mereka yang asyik keluar untuk ke tandas tanpa henti dan .. jgn lupa cari guru guru tersebut yg belum belum masuk ke kelas lagi. Kasihah juga ..ketua darjah saya ini. Semua dijalankan tanpa ada wang pampasan atau hadiah. Tetapi .. so far ..saya mendengar dari jauh ..kebanyakan mereka (ketua darjah) sangat berjaya dalam kerjaya masing-masing. Paling tidak ..mereka mempunyai saiz famili yg besar juga. He..he..he... terima kasih yer ..tolong cikgu /
3) Selalunya kita pilih pelajar yang bersaiz 'besar' mcm Mike Tyson unrtuk menjadi ketua darjah. Dengan fizikal begitu, banyak masalah dapat diselesaikan. Kadang-kadang kita sebagai guru tak payah masuk campur pun ..semua benda dah settle. Tq Mike Tyson.
4) tapi ada lagi .. faktor mengapa kita pilih mike tyson ini. Selalu nya kita mahu yg cerdik sedikit ..mewakili kita guru darjah. Kalau tak cerdik, kita juga yg huru hara dengan guru besar/ pengetua.
5) Dari sini, kita dapati bahawa sebagai guru darjah , proses pemilihan ketua darjah perlu sedikit fajktor kecerdikan (bijak bistari). Kebijaksanaan ini merangkumi ilmu pelajaran dan pandai bergaul dengan rakan-taulan. Kecerdikan seseorang pelajar tidak datang sekelip mata ..dia mengambil masa yg lama juga .. tapi rumusannya ialah kita perlu kecerdikan dalam banyak perkara. Guru lain pun menghormati kita jika ketua darjah kita pandai menjalankan tugasnya dengan baik.
6) Begitu jugalah negara ini. Guru darjah ialah Mr XXX dan ketua darjah boleh diwakili oleh ramai menteri dengan jawatan jawatan portfolio tersendiri. Tetapi pokok pangkalnya kena cerdik. Betul tak? Tengok parlimen Singapura. Rama ahli parlimen Singapura ada degree, masters dalm bidang sains, tahu?
7) Seminggu ini kita mendengar dan membaca banyak perkara tidak sedap mengenai negara ini. Pertama, duit kita semakin menurun nilainya. Dulu 1RM bersamaan dengan 10Baht duit Thailand. Sekarang dah menyusut RM1 bersamaan dengan 9Baht. Dengan duit Euro ..
makin kecil duit ringggit malaysia ini. Orang kata ..ekonomi kita tak sihat seperti dahulu lagi. Harga sawit makin turun dan harga getah pun begitu juga. Bila benda ini berlaku .. ramai rakyat susah. Kena pulak tuhan kasi pukulan Mike Tyson ke Kelantan baru baru ini .. banjir paling besar dlm sejarah. Lagi susah rakyat kita melata-lata.
Kedua, mengenai polis, kepolisan dan ..mcm mcm pasal polis. Salah satu ialah ketua polis negara (rujuk Malaysian Insider Minggu dari 01 Feb ~ 25 Feb 2015). Ada juga statement dia .. org ramai kata tak berapa cerdik. Tak mahu bukak fail penyiasatan mengenai kes antantoya mongolia .. lagi sehingga ada ..apa entah. Yang pelik ialah .. sairul polis komando itu dalam penjara Australia. Kenapa Sirul tiba tiba ada di Australia sedangkan kes dia masih belum tamat lagi di negara ini. Selalunya ..payah nak dapat pasport antarabangsa .. bila kes kita berprofil tinggi. Satu lagi . apa polis buat semasa Sirul berada dalam penjara di tanah air ini?
Sekarang bila Sirul berada di luar negara .. ramai orang bising dan buat buat sibuk. Semua mungkin berpunca dari polis negara ini. Bekas Ketua Polis Negara ...bising bising .. kat luar .. suruh itu dan ini dari Ketua Polis Negara yg sedang disandang oleh Tan Sri Khalid .. pelik bukan? Bila ini berlaku .. ramai orang pandang 'serong' kepada sistem kepolisan negara. Balik semula kepada cerita asal di sekolah. rupa rupanya ..
Kedua-dua Ketua Polis Negara ini merupakan Ketua-ketua Darjah lah ..
Dan siapa dia .. Guru Darjah di sini?
Tadi saya ada bilang .. kita keno cerdik .. pilih guru darjah Mr XXX dan ketua darjah bukan?
Kalau tidak apa jadi .. murid-murid?
Jawapan ada 5. MCQ.
A= huru hara
B= nama negara tercemar
C = nama baik negara terus suram dan masam
D = tabik hormat orang kepada polis semakin lemah- longlai
E = semua benar Cikgu
So ..mu jawab gapor Bidin?
Ha..ha..haa..
Kasihan kita rakyat jelato .. pakat pakat suko.
Sekian.
Wasallam
Salam
I have many students. 90% are girls. Some are very shy and some are more daring than boys.
In this short writings let us dwell on shy girls first then we shall touch on the daring ones.
Shy girls - their characteristics:
first: their voice can be hardly heard. If you step on the cockroach, the bones of the cockroach that broke is louder than the voice of the shy girls. Sometimes I got to go very near to their mouth. Ouch .. they said 'correct ..your workings are correct'. Oh by the way , i was a mathematics teacher/ lecturer in an I.T faculty. south of peninsular Malaysia.
second: when they talk they like to hide their teeth. Sometimes when I am angry .. i ask them 'what happen to your teeth , darling?'
third: shy girls ..if they want to ask anything from me .. they will come to my room in fours, fives and sometimes the whole class. When there is a crowd , of course .. they won't know who is their teacher after all. I just disappear.
Now ..we go to daring girls.
This are the barbaric group.
Their characteristics are :
one - they speak like boys. Loud and clear. Sometimes my voice sound more feminine than theirs. (laugh)
two - their dress. Very daring. You can see their cups dark green or red. For a 45 - 50 year old man, those colours are very attractive but .. to young boys .. perhaps the colour change .. they may be imagining many things .. Dangerous!
third, they wear quite tight. If they are 21 years old ..they would wear their young sisters clothing age 12 - 14 . As a result , everything looks so ... revealing especially the frontal part of their jeans.
fourth , they walk like the boys. Chest i front .. stomach inside.
and of course .. astaghfirullah hal azeem. That is what I said quietly after our interaction.
Summary: I think it is good to talk direct and sharp. Make sure your voice can be heard by the others. In the interview, the panel wanted to hear your voice whether you can be a good teacher or not. So your voice must be heard loud and clear all the time.
It is wise not to wear .. tight clothes. I heard you can't get babies .. because .. by wearing tight jeans ..your baby will get no oxygen down there ..
Ha..ha.. ha..
if you look at the Pakistani ladies in the 1960's ..they wear big seluar. As a result they get many babies from 1 husband.
See? it is pure biology. The western ladies put on tight jeans 24/7 because they do not want so many children. So if you go to the english park , many old british ladies play with their cats and puppies only. He..he..he.. that is my observation . Pardon me please, if I am not correct.
To be safe ..take the middle road please. Practice shyness at the right time for girls please and .. stay tough, stubborn , rude at the other challenging times. God willing .. Allah takes care of you. Ameen.
Till then .. good bye girls.
Wasallam
Salam
Malu ialah satu sifat mulia. Kita nak ada sikit perasaan malu nak mereka reka cerita itu dan ini. Sebab jika tak betul cerita itu .. rakyat akan sumpah kita siang dan malam. Nampaknya cerita Antantuya Mongolia adalah satu cerita org tak malu.
Orang yang amalkan 'malu' dipanggil pemalu.
Kaum wanita harus ada sifat pemalu ini. Malu nak tayang objek objek yang ada pada tubuh mereka secara terang-terangan .. kepada khalayak ramai. Perempuan tak malu seperti ... mereka yg pakai pakaian ketat .. jika tak kena caranya ..mengundang bahaya maklumlah negara ini sudah ada 2 - 4 juta rakyat asing .. yg telah berpisah dari isteri isteri tersayang mereka. Banyak sudah kesabaran yg mereka telah tanggungi ..maklumlah berpisah dengan isteri dan sanak saudara. Contoh warga Indonesia dan Bangladesh.
2) Agama islam menggalakkan umatnya mengamalkan sifat malu ini sepanjang masa.
Dengan adanya malu ..masyarakat islam akan dapat menjalankan satu kehidupan yang aman damai dan bahagia.
Negara negara Eropah dan Amerika .. tak seaman negara yg mana populasinya ada sifat pemalu.
Bukti banyak kes pembunuhan dan huru hara lain. Pembunuhan berlaku kerana ..suami / isteri jealous kepada pasangannya yg sering bertukar tukar pasangan siang dan malam. Manusia akan bertukar wajah menjadi haiwan jika hidup tak ada malu dan segan. Walaupun otak dipenuhi dgn idea yg hebat hebat untuk pembangunan hidup .tetapi tanpa malu ..mereka hidup dalam keadaan stress dan tension kerana .. tuhan dah bekalkan kita dengan sifat cemburu. Ada orang tahap cemburu itu normal sahaja dan ada orang itu .. cemburu buta. Orang cemburu buta ..akan sanggup membunuh .. tengok kes atlet South Afrika .. dia tembak girl friendnya atas dasar cemburu dan tak tahu malu.
3) Negara Malaysia ini pun ..nampak gayanya ..ke arah menjadi sebuah negara yg tak tahu malu.
Bila ini berlaku ..insiden di Amerika ... ada juga berlaku di negara ini.
Walaupun ..azan berkumandang 5 kali sehari .. tetapi tanpa mengamalkan sifat malu dari peringkat pemerintah .. hingga ke bawah iaitu budak sekolah tadika .. lambat laun .. Malaysia akan jatuh juga. Baru baru ini dua pesawat MAS sudah jatuh. Hairan jugak bukan.. jika teknologi kapir tak jumpa - jumpa bangkai MAS370 sampai sekarang ..mana power 'doa' atau 'bacaan Al Quraan' para para alim islam seluruh dunia? Ke mana pergi semua sembahyang hajat itu dan ini hah yang dikatakan dibuat di hadapan Kaabah? Bila lagi nak tunjukkan keberkesanan power tersebut? Cina ada tuhannya, hindu percaya tuhan mereka dan melayu dengan tuhan kita. Mengikut hukum matematika, jika tuhan yang ramai begini ..sudah tentu power ..mampu mengalahkan kuasa atomic teknologi barat dan jepun itu bukan? tapi sayang seribu kali sayang ... tuhan kita tak tolong pun kita. Why? jawapannya senang jer ..kita sudah hilang sifat pemalu itu. Penulis rasa ..jika pemerintah dari atas ..dikuti dgn polis ..askar ..hakim hukum .. tahu malu ..dan cikgu cikgi pun tahu malu ..dan budak budak tadika pun tahu malu ..sudah tentu ..kita dah jumpa bangkai pesawat MAS 370 itu. Gerenti! Inilah satu penanda .. cable kita dgn Allah .. he..he..he.. tarak sudah ba.
Sejarah dunia ..tamadun hebat dunia .. membuktikan bahawa kerajaan Otthmanian dan Persia.. yg besar dan gagah satu hari dahulu pun .. tersungkur ke bumi bila ..pemerintahnya dan rakyatnya tak ada sikit pun rasa malu .. bunuh membunuh perkara biasa, cerita ceriti menjadi jadi, penulis akhbar tabloid bertarget .. asalkan perut laki dan bini aku semakin buncit, sudahlah .. semakin sedap buat cerita ..untuk dibaca oleh budak budak sekolah. Tunggulah ..masanya Malaysia hilang dari peta dunia.
Melayu tak tahu malu!
Ingat islam itu malu. Iman itu malu. Bila ada malu ..kita ada imanlah itu.
Malu nak tipu orang. Malu nak pukul isteri ...anak orang itu?
Malu nak tipu suami aku ..
Ingat kita semua akan mati.
Itu jer .. santapan fikir saya dan kalian.
Wallahu aklam bis sawabb.
Yang baik tuhan punya ..yang jahat ..semua nafsu dan kelemahan penulis ini. Maafkan yer?
Salam
Musim Cuti Raya Cina, bukan?
2) Hari ini jalanraya penuh sesak dgn rakyat jelata kembali semula ke ibu kota.
Saya pun turut serta bercuti di Besut, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Banyak kereta dari negeri luar berjujuk jujuk masuk ke Kota Bharu. Sayang saiz jalanraya dari Ketereh ke KB dan Pasir Puteh ke KB masih sama. Dua lorong sedangkan tempat tempat lain semua dah bertambah kerana permintaan trafik dan penggunanya. Dari teropong aku ... kereta kereta yg banyak tu .. Separuh rakyat Kelantan dan separuh lagi mungkin orang orang luar .. maklumlah arwah TGNA sudah kembali ke rahmatullah. Dengar khabar ramai nak melawat tanah pusaranya. Oleh sebab ramai oranng luar, saya kasi peluang kepada mereka dahululah .. insya allah lain masa saya ke sana. He..he..he.. tulah ..masa arwah ada , tak datang belajar darinya. "Sudah tiada baru sibuk orang orang kito nok maghi .." Pok Leh jual air tebu tepi jalan bising jah.
3) Semalam saya membaca sebuah kitab Daratun Nasihhin Mutiara Muballigh ..muka surat 165 Bab 62. Ingat nak kongsi dengan para pembaca budiman
sekalian. Boleh tak?
Satu hadith berbunyi "..jika kamu memberi makan ibu mu sesuap .. di syurga kelak ..tuhan binakan untuk mu satu istana".
Hushhhh ..bestnya formuala matematik ini ..satu suap bersamaan dengan 1 istana?
Untung besarlah orang yg masih ada ibumya ini. Jangan lepaskan peluang. Berbaktilah kepada ibu mu ini sebelum terlambat. Kalau boleh suapkan bubur nasi yg dia minati sekali.
Kalau kita susah susah pun tak sama dengan jasa dia kurbankan membela kita semasa kita sebesar tapak tangannya itu. Sekarang kita dah besar dan panjang. Ada orang bukan setakat besar jer , berat pun tak kalah dengan anak lori Toyota itu. So faham-fahamlah .. ada ibu tak tidur malam ..berjaga .. suap susu melalui teteknya .. semua asli dan semua free. Sekejap switch kanan dan sekejap switch kiri. Entahlah flavour lain lain kot. Zaman sekarang mana ada yang free bukan? Kencing berdiripun kena 30 sen. Tengok zaman kau kecil dahulu ..mak tonyoh tetek nya ke dalam mulut mu itu .. tak henti henti .. nangis sedikit ..dapatlah susu serba berkhasiat ..free of charge. Kadang kadang mak susukan kita sambil .. matanya tertutup rapat. Kadang-kadang dia sakit .. tetapi disebab membesarkan kau nak ..semua dia berikan .. Where was ayah? (next episode)
time nak sekolah ..sibuk emak kita .. dengan sarapan pagi .. ubi kayu dan kopi 'o' panas .
Balik sekolah ..dah siap .. makanan tengah hari .. lauk favourite kita ikan sepat .. goreng kunyit dan sayur kangkung belachan .. kopi 'ore' lagi dan lagi. Makan dengan adik beradik. Bakul buku sekolah dah lama dilemparkan kat dinding dapur sana. Berat nak mampus pikul bakul buku itu. tau!
Time universiti .. emak juga ..yg susun dan kemaskan katil asrama kita kan?
Sekarang kita dah jadi pegawai besar . Gaji pun besar. Suami besar. Oppo terbesar sekali. Semua besar .. rumah baru pun besar dan hutang pun serba besar sekali. Bagus.... ingat sedikit siapa yang mula mula membela kita. Ada oranng tu .. kulit dia ..boleh terkupas .. sebab lahir tak cukup bulan ..so melihatkan keadaan badan kita ..orang tua kita jugak yg balutkan badan ini dengan daun pisang .. tali napkins pun dari batang pisang .. so ..ingatlah sikit sikit dari mana mu datang.
Buatlah bakti kepada ibu mu itu. Ayah jangan lupa. Tukang beli tiket bas express ..sekali jadi .sekali tak jadi balik kampung semasa kau bercuti dari MRSM dan universiti tu ..siapa yg belikan dan uruskan. Ayah kan?
So jangan lupa kpd ayah ..kalian.
He..he..he.. kalau tak istana besarnya balasan tuhan ..mungkin besar jugak lah itu.
Itu jer nak aku sampaikan. Kita semua bermula dari susah payah ibu dan ayah kita di kampung. Tak ingat dia sumbat makanan yg dikunyah dari mulut mereka terus ke dalam mulut mu. O yes ..lupa ..masa itu tak ada colgate dan darlie lagi tahu ..
Hushhhh.. ingat pesan emak dan ayah. Tak rugi wahai anak!
Sekian. Wallah hu aklam bis sawab.
Rumusan cerita: rakyat kelate penyabar org nya. Sanggup bersesak sesak musim raya atau pun tidak. Tanya orang kawasan Ketereh dan Melor itu. Retok Melor adalah jambatan paling besar dan komplikated sekali di dunia ini. Payah nak bina dan siapkan jambatan ini. Bilo nok siak tak tahu? Tak kan siak ..sebab rakyat kelate cukup penyabar ..blako blako.
Salam
Ada orang seronok hidup solo. Tak menyusahkan orang. Selepas bergraduat , dia bekerja solo. Bangun pagi tanpa dikejut, time kerja naik kereta sendiri sendir, time dapat gaji ..enjoy sendirian dan ..kalau boleh time mati umur 87 tahun ..nak uruskan jenazah ini sendiri sendiri. Can ke?
2) Soalan RM1 juta .. bakpo tok ser khawin nyor? (why not married)
Ada orang cukup marah jika diajukan soalan di atas.
50% menjawab ..tak ada jodoh lagi. Jawapanku .. kau tak mintak .. cuba tanya 100 orang perempuan / guru siswazah berumur 31 - 41 tahun .. probability dapat seorang .. 0% kah? Cuba .... lah. If not try 1000 wanita / nurses kerajaan umur 35 - 45 tahun ..probability 0.00% jugak kah. Impossible! orang perempuan mahu dikhawini tau? Glamor duduk atas janjang pelaming. Jeng jeng jeng ..
40% menjawab .. malah aku. Serabuk hidup .. berkhawin ini .. dapat anak , dapat mertua , cerewet ..ingat filem zaman dahulu Ibu Mertua dan kassim selamat dengan garfu .. cucuk mata buta ba.
10% menjawab .. why not you ask for my hand? (laugh)
---
Nikmat khawin ada 1000 tetapi cukuplah ..saya turunkan 2 sahaja.
Pertama: besar sedikiit zon, skop persaudaraaan muslim muslimat kita. Cuba bayangkan ada orang kelantan tu kan... berkhawin dgn orang arab you. Maklumlah .. orang melayu tak handsome sangat. Pendek. Speaking berbau budu ; mok ayoh dio tok standard .... Bolehlah mak ayah dia jalan jalan ke Yemen / Baghdad/ Kaherah. Seronok ..makan kebab ..shik kebab .. kambing bakar .. dibakar atas .. arang-arang yg banyak ..hingga ..keluar banyak minyak ..ala berbau kambing .. after that tanya dia orang .. which is better if ..anak mu org kelate khawin dgn org Terengganu sahaja. Mana besar zon persaudaraan?
Kedua: kita dapat anak anak bergelar zuriat. Time kecil payahlah sedikit ..tetapi jika kita bawa jam 25 ~ 35 tahun ke hadapan .. seorang anak tu dah jadi pensyarah universiti, anak kedua .. secretary diplomat di Paris, anak ketiga jururawat desa jah , keempat ustazah tahfiz .. dan kelapan menantu rajo. Alamakk..
He..he.. tak ker best?
Rasa seronok ..tak terrkira ba. Maklumlah ..rajo ..singgoh rumoh kito ... alhamdulilah. Zaman sekarang banyak dah berubah. Ada orang tu .. asal kampung Teluk jah ..tetapi anak anak dio ..semua nama berpangkalan 'Raja'. Ada raja asli pulak .. tok suko naik kuda dah .. gi maghi gi maghi naik moto besar pulok doh.
Ada tu .. tak mahu escort sana sini ..dio suko gi jalan ..solo solo .. atah kubur .. tak napok dio raja pung. MashaAllah. Dunia dah banyak berubah, bukan?
Apa apa pun .. jom .. get yourself settled down as soon as possible, will you? Jika kita wanita ,,, tak salah sangat kot ..tanya .. orang jantan tu .. aku nok nikoh dgn mu .. ok kor and ..any thing wrong with me please? Record the responses .. and don't be surprise .. something magical could likely happengggg, ishya allah.
Wasallam.
Yang baik from God ... yang tak bagus .. my weaknesses ..actually?
Salam
Apa nak dibanggakan jika kita ada universiti library yg besar jika:
a) 90% buku dari luar negara
b) budget buku kita habiskan untuk penulis penulis luar negara
c) profesor kita sendiri tidak mahu menulis atas dasar ... mengembangkan ilmu ke seantaro dunia
d) pegawai pegawai kanan KPM, KPTM, agensi kerajaan .. pencen tanpa menulis sebarang buku , makalah apa apa untuk kegunaan anak bangsa hari ini, esok dan seterusnya.
e) rugi sungguh bukan?
----
Satu dunia saya pergi merantau, menjelajah ..majoriti manusia bercakap tentang duit dan kemewahan.
Tak ada lagi satu kawasan dunia .. orang tidak mementingkan ganjaran duit dan harta.
----
Orang kafir berkata begitu .. oklah kot ..tetapi jika orang islam bercakap senada dan serentak begitu ..rugi besarlah kita ..
-------
Seorang pegawai kerajaan ... saya rasa sudah banyak buat duit. Time kerja pun ..boleh keluar sana sini ..melayan anak anak .. apa salahnya ..kita bayar balik ..dosa begitu dngn menulis sesuatu yg baik untuk generasi masa hadapan.
----
Memang betul ..menulis memerlukan bakat ..tetapi ..kita tak perlu bakat yang terlampau istemewa .. seperti pak sako .. kita asah sikit sikit ..lama lama tuhan berikan bakat itu insyallah.
katakan ..buku kita tak laku .. kota raya Jakarta tak laku, kampung halaman pun orang jehhh .. (pandang rendah) ..tak apa tuan/puan .. yg penting niat kita yg suci.
Arwah TGNA pernah berkata ..berpesan ..amalan itu dikira ibadat mulai dari saat kita meniatkan sesuatu yg baik. Contoh menulis sesuatu yg bagus untuk bangsa dan negara.
Bila ada penulisan , kita tak payah membelanjakan 100% duit kita bagi mengimpot buku buku dari luar negara terutama .. dari tanah orang orang dilaknat oleh tuhan - mu kator - org yahudi dan nasaro.
Betul tak?
Kita condemn macam macam .. negara tersebut tetapi sayangnya ..anak anak kita mengambil ilmu secara langsung dari sana. Orang itu ..kita chop atas dahi mereka .. makan babi. Minum arak. Amalkan seks bebas ..konon konon .. tetapi penulisan mereka kita sanggup beli beribu ribu ringgit ..untuk faedah ilmu dan kemajuan negara kita. Anak didik kita yg pandai pandai kita taja gi ngaji dgn org org begini ..sanggup kito? Bertahun tahun kita gi ngaji di UK, USA dan macam macam negara. So di mana hasil penulisan orang orang kita yg makan 100% barang barang halal, minum air telaga sahaja .. saban waktu ..mana di mana .. ada jawapan tak? kita terlalu takut ..kita takut tak berbaloi menulis itu dan ini mengikut bidang kepakaran kita masing masing. Jika orang kata..kita bertuhankan duit ..cepat kita marah .tetapi itulah realiti nya bukan? kita buat apa apa .. kita ukur atas dasar pulangan duit setinggi gunung dan bukit bukau sahaja. Tak banyak pulangan duit ..tak payah susah susah menulis itu dan ini. Kita beli terus .. mudah bukan? Akibatnya ..kita tak malu bawa orang orang besar seperti raja England, menantu rajo england .. dari barat .. melawat universiti dan politeknik dan ..dalam library ..penuh buku buku mereka sahaja dari USA, UK, Australia dan Jepun Korea. Di library masjid pun mungkin buku buku dari Saudi, Kaherah dan negara luar jugak. Pelik bukan?
kalau arwah TGNA menulis bahan bahan politik islam dan agama islam .. bagaimana kita pula? Setakat nak jadi pengumpul bahan bahan syarahannya sahaja ker? Bila mahu menulis buku sendiri?
----
Journals writing ..untuk siapa tuan/puan? faedah org org pandai di barat sana. Ramai mana orang pandai barat nak baca penulisan kita ini? Tengok jer .. bibliography buku buku mereka. Berapa peratusan nama nama kadir, ibrahim ada dlm senarai rujukan mereka. Nil . (ketawa). Mana hidangan ilmiah untuk anak anak bangsa dan org-org kampung kita. Jom kita berkongsi sama ilmu yg ada dalam dada kita?
Ayuh.
Selagi hayat di kandung badan. Insya allah.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab.
p/s: pengemis moden. Badan serba sihat ..sanggup meminta sedekah di luar bank .. Inilah nasib melayu kitor.
Salam
Semasa di Bangkok, hujung minggu yang lalu ..saya mendapat berita pilu ..TGNA sudah pulang ke rahmatullah. Al Fatihah!
Masa yang sama saya mendengar DSAI dipenjarakan lagi. Kuat kesan main dgn lub-ng belakang ini!
Dasyat. Satu Malaysia .. serious dgn kes sodomi ini. Tak sangka? Orng ini saja ker .. dlm dunia Malaysia ini?
Saya dengar jugak berita siapa tu ..Hasbullah Awang pengulas sukan dlm TV ..meninggal dunia kerana jantung. Al Fatihah!
pendek kata ..ramai orang dah meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Begitulah nasib kita ini.
Kita tak kekal. Bila TGNA tak ada, Kelantan hilang aura nya yg unggul. Setiap pagi jumaat di medan ilmu (hadapan kedai Jaafar Rawas , Pusat Bandaraya Islam , Kota Bharu) mungkin mulai hilang kekuatan 'magnet'nya. Tak sama dah ..aura TGNA dengan ustaz ustaz yg muda muda itu .. patah tumbuh hilang berganti ? hishh ..payah ..Menteri Besar mu?
2) Oleh sebab tak kekallah kita sebagai insan ..sebagai penuntut masters dan Ph.D ..kita kena sempurnakan amanah tuhan (siapkan tugas masters dan Ph.D tu) secepat mungkin. Tak leh tunggu lama-lama lagi. Rugi .. kpd bangsa dan negara.
Umat islam akan maju jika kita sedar perkara yg dinamakan amanah ini ..perlu disempurnakan dgn baik secepat mungkin. Insya allah.
3) Saya ..bersyukur jugak .. dengan izin tuhan saya pernah bersolat subuh berjamaah dgn arwah TGNA .. di Pulau Melaka .. pada awal tahun-tahun 1980 - 1990 .. banyak kali juga .. alhamdulilah. Nak ke sana kita kena bangun awal awal pagi ..jam 0500 pagi .. kena kejutkan sanak saudara (lelaki jer) .. untuk ikut serta ,..naik kereta ,.dan terus ke masjid TGNA. Solat subuh berjamaah. Mengikut statistik ..setiap kali aku ke sana ..aku dpt solat dgn arwah TGNA. 100% on target!
Selepas solat subuh .. arwah ..buat sedikit tazkirah .. kami dapat jugak menadah telinga ..sekadar 10 - 15 minit sahaja.
Kalau ada orang Kelate sendiri yg tak dapat rebut peluang ( nikmat) ini semasa TGNA hidup lagi ..cukuplah rugi sekali kerana ..manusia mcm TGNA ini ..tak boleh dicari ganti. Mydin tak dok.. Parkson jauh sekali. Di benua Arab pun .tak ada lagi kita dengar Menteri Besar / Raja Arab yg boleh buat begitu leading the prayers waktu subuh dan buat tazkirah secara langsung .. arwah TGNA ..berkelulusan Universiti Madinah/ Universiti Al Azhar .. dia ada ilmu .. rugi besarlah rakyat kelantan ..jika tak menggambil peluang sebegitu rupa mempelajari ilmu agama , mengamalkan ilmu tersebut dan tabligh ilmu itu ke seluruh dunia. Rugi besarlah gamok nya! atau demor rasor guanor? tanyor sikit kat IA mantan-MP Pasir Mas tu. Frog software famous lor ni seluruh sekolah di negara ini.
4) Ada satu kesah dlm buku klasik arab / agama .. ada orang jahat sepanjang hayatnya .. selalu membunuh orang .. tapi dekat dekat dia nak mati .. dia teringat sgt sgt nak bertaubat .. dan minta banyak ampun .. dgn Allah Taala ..ke sana sini dia bertanya .. apakah harapan dia akan diampunkan? semua .. alim ulama ketika itu ..memberi respons negatif berserta dgn wajah huduh terpapar di wajah alim ulama tersebut ..probabiliti ampun ialah 0.00 ..no way brother .. pembunuh itu cukuplah bersedih hingga satu hari dia ..terjatuh dari bukit yg tinggi ..dan terus mati. Berebutlah para malaikat .. nak bawak roh dia ke neraka atau syurga.
Semak semak punya .. profile ala FB ..si penjahat ini .. malaikat syurga cukup ..bersedih kerana .. arwah tak ada benda yg .. extra ordinary special .. ajaib .. bila malaikat syurga ..hampir hampir nak give up, putus asa .. n nak serahkan roh pembunuh ini kpd malaikat neraka pulak .. tiba tiba .. terlihat satu rekod entry ..si penjahat ini ..pernah mencium tangan seorang alim di kampung halamannya ... yg warak/ zuhud/ ikhlas/ bertabligh dan ..mcm mcm.. Atas kes ini ..malaikat syurga naik ke langit ..dan melaporkan .. entry extra ordinary ini .. kpd Allah dan Allah cukuplah gembira sekali .. dan ...dipendekkan cerita .. si penjahat telah diampunkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Why? atas dasar dia menghormati seorang Tok Guru agama .,. dgn cara mencium tangan si ulama itu semasa hayat dia dikandung badan. Nah .....
5) Begitulah dgn .. orang orang Malaysia .. yg telah diberi peluang oleh Allah / dan mereka telah mengambil peluang tersebut dgn wujudnya ..orang seperti TGNA .. saya ..yakin ..Allah akan memberi markah yg besar jugak kpd kita semua, insya allah. Alhamdulilah.
Sekian.
Al Fatihah untuk TGNA. Al Fatihah.
wasallam.
Salam
kalaulah kita susah hati kerana ada masalah dunia (kesihatan dan pekerjaan dunia )
thesis tak siap siap tulis .. banyak draft dah disempurnakan tetapi tak dapat ..green light dari penyelia kajian (SV) eloklah kita;
ramai dah orang masuk melihat anak dara kita ..tapi tak jadi jadi .. majlis khawin ini. Why? elok
* beri masa sembahyang sunat ( dhuha, tahajud, awabim dan isra')
** beri makan kpd org org miskin ( anak yatim piatu) dan mintak depa doakan untuk tuan/puan juga
*** banyak sedekah seperti melempar senyuman kpd org org tua, susah, dan ..bestnya ..
* telipon ibu/bapa ..bertanya khabar mereka, mintak maaf dari mereka ..mana tahu mereka tersinggung apa apa dgn stail percakapan/ tingkah laku tuan/puan itu maklumlah orang orang tua senang sensitif then ..ask them buat sembahyang hajat ..mintak permudahkan urusan tuan/puan itu
** tingkatkan sikit elaun bulanan mereka. Example: so far RM300 sebulan untuk ayah ..now ..RM500 sebulan ..can?
Insyallah ..mujarab. Ameen.
Sekian.
Salam
Hari ini saya terbaca satu akhbar (seksyen surat menyurat) berkenaan dgn isu payahnya memperolehi satu sudut khas mengenai penulisan / literatur dalam bahasa melayu BM berkualiti sama ada dari blog atau toko buku.
Sebelum kita menulis panjang lebar berkenaan sumber buku BM ..elok rasanya kita lihat apakah maksud 'kualiti' ini?
Kualiti ialah ..
sesuatu yang bermutu tinggi/ cukup baik/ tinggi standardnya.
- contohnya .. shopping mall yang berkualiti. Semua benda ada di dalamnya kecuali kapalterbang concord atau batu nisan.
- restoran yang berkualiti . Semua masakan halal ada dalam buku menunya.
- Syarahan Perdana yang berkualiti. Penceramah pun berkualiti ..bukan calang-calang orang. Ada Ph.D, ada jurnal berwasit dan berjawatan profesor di universiti terkenal tanah air seperti UTHM, Johor
- Dalam sukan bolasepak, pasukan bolasepak Malaysia pernah mempamerkan kualiti permainan yang tinggi pada tahun 1980'an semasa arwah Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun. Ini adalah kerana pasukan bolasepak negara pernah mengalahkan pasukan Korea Selatan dan Jepun. Sekarang kita sekadar bermain dengan pasukan asia tenggara sahaja. Bila ini berlaku, kualiti permainan kita dikatakan merosot.
2) Penulis artikel berkenaan mengadu tentang kurangnya bahan pembacaan bersumberkan BM yg berkualiti untuk bacaan anak nya dan saya rasa dia mungkin keliru dengan apa yg dimaksudkan dengan istilah kualiti ini.
Kalau anak tuan/puan berumur setakat 10 tahun ..elok sangat dia membaca majalah 'KUNTUM/ DEWAN PELAJAR'.
kerana majalah ini cukup sesuai dengan perkembangan ilmu dan pembesaran tubuh badan anaknya.
Majalah Dewan Masyarakat / Dewan Sastera .. terlalu tinggi dan mungkin tidak tercapai oleh anaknya yg berumur 10 tahun itu. Banyak istilah dalam majalah ini terlalu berbau kebaratan/ keinggerisan seperti sinderom, ironi, platform, infrastruktur dan struktur.
Majalah Kuntum/ Dewan Pelajar bagus untuk pelajar sekolah rendah kerana .. jalan cerita cukup menarik dan sistem ejaannya cukup tepat jika kamus DBP dijadikan rujukan.
Kalau mahu lebih menariik/ mencabar tahap BM lagi bolehlah .. ibu itu membeli .. majalah Solusi tetapi artikel majalah ini 50% berbentuk agama and moral islam. Banyak majalah ini yang tidak terjual boleh didapati di Toko Jaafar Rawas Kota Bharu, Kelantan dengan 50% potongan harga
Tetapi sekadar membaca sesuatu yg bersifat kualiti , ayuh belilah majalah majalah tersebut kerana harganya berpatutan.
3) Saya membeli akhbar Straits Times/ Star setiap hari untuk bahan bacaan anak anak saya untuk maksud pengetahuan dan ilmu berbahasa inggeris. Modal ini cukup rendah jika dibandingkan dengan kos mengantarkan mereka untuk diploma/ degree/ masters ke Cambridge / Eton di UK. Kadang-kadang artikel yg menarik saya gunting dan simpan dalam buku panjang untuk rujukan kami sekeluarga pada masa hadapan.
Sekian.
Wasallam
Salam
Syukur ..aku dapat menyertai jamaah solat subuh berjamaah hari ini. Ini adalah hadiah dari Khaliq yang agung bergelar Allah pada hari ini. Ada 3 baris penuh di masjik jamek Sg Gelugor. Kebanyakan ahli masjid adalah warga tua.
Ada orang kata ..ramai orang solat subuh di masjid. Alhamdulilah.
Tetapi aku jawab ..ramai lagi solat di rumah. Subhanallah.
dan aku tambah lagi .. ramai lagi yg tak leh bangun bangun untuk bersolat subuh di rumah. Betul tak? Astagh firullah. Peliknya .. untuk maksud bekerja , mereka dapat bangun awal tetapi untuk hari cuti .. semangat nak bangun pagi pagi begini tak sebegitu ghairah pun kerana .. mungkin mereka terlampau penat kerana keadaan trafik trafik jam berhari hari dari Isnin ke Jumaat ..sangka baik?
2) Hari ini elok lah kita ..fokus berzikir .. ingat pada Allah seperti:
2.1 salawat kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. 1 kali salawat , tuhan hantar 10 kali salawat kpd kita semua.
2.2 membaca Al Quraan terutama surah Kaffhhh , Ya seen
2.3 istighfar (memohon maaf)
2.4 menadah telinga ..kpd tazkirah di masjid. Pergi 1 jam awal .. dapatlah mendengar ustaz memberi tazkirah. tetapi saya lihat ramai orang datang 2 minit sebelum khatib berhenti berkhutbah.
3) pesan memesan kpd isteri dan anak anak - hari ini hari jumaat sayang .
3.1 memasak lauk biarlah special jgn sup daging jer ...
3.2 sambil sambil masak , bersalawat dan berzikirlah bnyak bnyak (subhanallah, alhamdulilah dan Allahu akbar)
3.3 doa agar dari makanan ini , anak anak aku jd manusia berguna dan boleh membantu aku di waktu aku sudah tua
3.4 ajar anak dara ( tunggu result SPM . STPM) memasak, menyediakan makanan
3.5 ziarah ibu bapa, datuk dan nenek , saudara mara dan jangan lupa
3.6 bayar hutang itu cepat cepat (jika ada).
Sekian. Yang baik dari Allah dan yang tak baik .. saya minta maaf.
Wallahu aklam bis sawab
Salam
Rezeki aku minggu ini ialah mengajar pelajar-pelajar Thailand berbahasa inggeris (BI) dalam matematik rendah (pra-aljabar),. Umur mereka 20 tahun tetapi sudah tahun 3 program ijazah pendidikan. Maksudnya ..selepas ini mereka akan menjadi guru muda di Thailand.
2) Penat jugak bercakap ini ..macam itek dengan ayam. Kita ingat depa faham tetapi ..mereka faham lain pulak. Aku cakap telur ayam ..mereka faham telur iteknya pulak. Aduhai?
tak apalah .. teringat zaman DEB 1970 ..guru guru mat salleh dari Scotland/ Australia/ New Zealand mengajar budak budak melayu Besut Terengganu.
Mesti guru guru Peace Corp berkata begitu. Penat ngajar budak melayu Besut ini.
Ha..ha..ha..
3) Tetapi disebalik ngajar BI kita boleh berkawan kawan. Aku cerita benda lain jugak .. pasal Yala dan Narathiwat .. depa cerita pasal Bangkok , dan Chengmai. So kelas aku bertukar dari BI kpd subjek Geografi.
Sedap mengajar BI .. skop nya luas .. dari grammar peringkat muda dan pertengahan kepada geografi ..Air Asia dan seterusnya .. kami mungkin sudah terhilang fokus. Tetapi masalah penulisan tetap sama seperti berikut:
3.1 I agree with your idea.
3.2 I not agree with your idea. [ salah] * ini kesalahan yg dipandang ringan dalam kalangan segelintir staf KPM jugak apatah lagi pelajar IPTA, IPTS dan lain-lain.
3.3 I do not agree with your idea . [ betul]
Yang terdengar ialah suara ketawa mereka terbahak bahak bila aku bawak sketsa ' BBC English 1960 - 1980' ke dalam kelas.
the characters were Ali , Mr Smith ..dan ramai pelajar afrika belajar BI di London, Metropolitan.
'thousand apologies.. Sir' maaf banyak banyak tuan
back your pardon Sir .. minta maaf tuan; ulangkan sekali lagi .
Begitulah rezeki aku kali ini .
Dulu aku pernah mengajar budak budak politeknik Kok Lanas, negeri che siti wan kembang ..lepah tu ..budak budak jawa di Parit Raja, Johor ..then 2014 ..aku ngajar budak budak mamak mammy di Penang ..today 2015 .. aku ngajar budak budak Bangkok.
He.he..
insya allah aku will do the best.
Sekian.
Wasallam. Selagi ada rezeki mengajar .. umur aku ada lagilah itu. Bila ada umur , ada lah rezeki itu .. Allah Maha Kaya. Al Ghani.
Betul tak?
Salam
Semua manusia diciptakan bersama-sama dengan sebuah organ bernama 'hati'.
Dalam hati ada macam-macam contohnya mengkagumi seseorang , hasad dengki, khianat mengkhianati dan kualitas busuk mendendami seseorang.
Itu baru 4 benda dalam hati seseorang manusia.
Sebenarnya banyak lagi ..benda boleh dimuatkan ke dalam hati.
2) Memory indah ada dlm hati.
Memori pahit ada jugak dalam hati. Bila dengar ustaz yg bengis berjalan menuju ke kelas tajwid .. hati gemuruh tiba tiba timbul tanpa disedari dan kadang kadang ..sifat gemuruh itu bertukar menjadi menyampah. Mengapa yer? Jawapannya .. ada pelajar dipukul kerana tak pandai mengaji Al Quraan. Aku teringat ustaz zaman 1960 -1970 menggunakan pembaris besar untuk merotan/ memukul punggung kami. Oleh itu ada budak berotak kreatif memasukkan buku latihan dalam seluar sekolahnya. Kuat ..ustaz pukul kami agar bacaan quraan kami berbunyi seperti mana Nabi Muhammad s.a.w. sebutkan. Ada ke patut?
Apa boleh buat .. ada orang lidahnya tebal mcm lidah buaya. Manakan mampu dia sebut sesuatu huruf arab dari mukadam .. seperti org arab tulen dari padang pasir Sahara, suami Siti Khatijah r.an ha ?
Dipaksa paksa pun .. payah ..maklumlah lidah ni ..bukan boleh ditukar ganti bukan? Kalau ada di kedai Mydin ..sudah tentu kami yg nakal ini akan membelinya. Zaman sekarang sudah berubah. Ustaz/ustazah tidak digeruni lagi. Hati pelajar pun berubah.
3) Kawan baik di England 40 tahun lalu ..saya masih ingat dlm hati.
Kebaikannya .. dalam banyak segi ..tetap terpahat dlm hati saya ini. Tengok ..tempoh masa yg begitu lama pun ..tak hilang ..wajah kawan kita (mat salleh/ mek negro/ mek Korea ) .. oshh .. hebat sungguh keupayaan hati ini. Dipaksa ..lupakan ..aghhh ..tak mampu .. hilang wajah wajah kawan kawan berbibir besar dan lidah pun besar.
Tetapi dalam hati .. ada juga rasa benci. Ada rasa meluat. Ada jealous , dan kadang-kadang .. sampai ke tahap mahu membinasakan seseorang di sebabkan bisikan syaitan dan iblis melalui cuping telinga dan hati. Ingat cerita model Mongolia itu? sudah tentu ada orang hatinya ..mahu bunuh sahaja anak mongolia itu.
Oleh sebab itu Nabi Muhammads.a.w selalu menasihati kita ..umatnya ..jaga hati mu ..if hati bagus .. semua amalan mu akan jadi bagus dan mulia. Tetapi cakap sahaja hati bagus tanpa berlatih secukup-cukupnya .. seperti juga ..mencurah air ke atas daun-daun keladi. Tak membawa sebarang makna pun. Beruk beruk dalam hutan pun mampu mendengar kaset ..mengatakan hati mulia itu bagus. Walaupun mereka tak faham sepatah pun isi kandungan kaset itu, ibu beruk tidak akan apa apa kan anak anaknya. Sungguh hebat kuasa Allah. Ditanamkan rasa cinta sayang dlm hati ibu beruk tersebut. Bapak beruk tidak memperkosakan anak anak betinanya dalam apa keadaannya. Lain pulak dgn manusia ini. Dasyat .. manusia sudah jatuh lebih hina dari beruk. Bapak haruan sanggup memakan anak anaknya. Gila!
Tadi aku terbaca .. dari satu kitab Bukhari ..untuk menunduk hati yg keras .. Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya .. mengusap rambut anak anak yatim piatu dan memberi makanan kepada janda-janda miskin dan susah bersama-sama dengan anak anak mereka. Inshaallah hati keras akan bertukar lembut jadinya. Bila hati lembut, banyak kebaikan akan muncul satu per satu dari seseorang hamba Allah itu.
Untuk keselamatan dan kebaikan bersama ..ikutilah nasihat dari Imam Ghazali r.a. (kitab bimbingan mukminun)
berkawanlah dengan orang orang baik/ kalau tak dapat kebaikannya 100% ..sekurang-kurang nya kita dapat .. nama hasil pergaulan kita dgn nya. Harum semerbak!
dan elakkan dari berkawan dgn org org tak senonoh ..seperti cerita arwah adik itu ..yg cedera parah di Tapah, Perak semalam 3 Feb 2014. Tak dapat 'dia' ..silap silap rusak binasa kita .. @ mati kita dibuatnya.
Dasyat!
Sekarang manusia ada yg sudah bertukar menjadi binatang. Hati manusia bertukar menjadi hati binatang. Kadang-kadang repot kat polis pun .. ancaman ancaman dari si penjenayah .. apakah yg polis dah buat untuk melindungi anak-anak kita?
Cuba tanya orang ramai ..jika kita wat repot kat balai polis kita dah hilang dompet mengandungi kad kredit itu dan ini .. selepas 1, 2, 3 tahun ..apakah tindakan polis terhadap laporan itu? Apa perkembangan kes kita itu? Berjayakah mereka mengesan di mana dompet duit kita itu?
Anda tahu jawapannya. Semua ini datang dari hati. Polis bisik bisik dan mungkin berkata ..banyak lagi kerja aku nak buat nyor! Simulasi percakapan itu ..datang dari lubuk hati. Betul tak?
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabb. Yg baik dari Allah dan yang kurang enak ..semua dari kelemahan saya sendiri. Perbaikilah hati kita ..ayuh?
Salam
"..Hari dah senja ..langit merah di ufuk sana.." refers to an old man really?
Tetapi tak ramai yang sedar diri.
2) Ada orang ..semua tempat dia jumpa kecuali masjid Allah. Kasihan?
Ada orang ..semua benda dia geram ..kecuali .. naik haji di Baitullah .. Mekah dan Madina.. kasihan kan?
Ada orang ..semua benda ..dia syok ..kecuali ..mendengar Al Quraan ..surah Ar Rahmannnn .. which boons of Allah can you deny ? The boons -- he has given you good brain, scholarship, wide travels to 4 corners of the world , good wives, good companions , good food, good talk ..but alas .. without the taufik and hidayah from Allah .. we cannot get any where nearer to the rahmah of Allah , kasih sayang Allah .. bila kita sudah bergelar .. pensioner?
Kasihan.
If you got a daddy or mummy like that .. sit down on the prayer mat .. during the sun sets ..and pray ..may Allah gives hidayah to my dad and mummmy. Ameen. o yes ..don't forget to mention my name too please.
With that .. Assalamu alaikum w.r.t.
Good thoughts from Allah ..the bad ones ,..certainly is mine .. who else on this limited writing.
Wallah hu aklam bis sawabbb
Salam
Orang orang tua selalu menasihatkan pengantin baru beberapa perkara. Elok saya kongsi dgn adi adik sekalian.
1) sabar , mintak bersabar banyak banyak kerana ..hidup ini seperti roda. Sekejap senang..sekejap susah. Yang susah..bukan susah selama-lamanya.
2) pakat elok elok. Jangan ego .. bila kita lelaki di rumah sepanjang masa ..elok belajarlah memasak dan menjaga, mendidik anak. Apa nak malukan.
3) bertolak ansur sedikiit sebanyok. Hari ini ..aku lipat kain berbakul bakul banyaknya ..minggu depan che abang pulak yer?
4) hari ini ..pakai duit saya ribu ribu ..minggu depan .. duit tuan hamba pulak ribu ribu ribuan jugak. Jgn mengelakkk
5) jangan banding membanding dgn rumah tangga orang lain. Kita mampu kelisa jer ..so kelisalah kita walaupun dah 6 orang anak sedangkan jiran kita tu ... mereka weekend husband jer .. so mereka pakai kereta besar sedikit. Bercadang nak tidor di R&R bila datangnya keletihan. Jangan dikejar gunung tu .. tak kan lari gunung Ipoh pun/
6) maaf memaafi antara satu sama lain / kedua-dua pihak. Jangan malu bila terkasar bahasa .ucapkanlah 'i am so sorry ..express sikit tadi ..'
7) tahun ini raya Kota bharu, tahun depan Kota Bharu lagi kecuali 2015 .. banjir tu.
giliran saya bang? tak yah lah ..kpg kau tu jauh ..Edinburgh, Scotland.
Ha..ha..ha..
Sekian.
Yang bagus ..gunakanlah .. yg tak bagus ..semua kelemaham saya sendiri.
Wallahu aklam bis sawabbb
Salam
Selalu orang orang pandai/ tua meningatkan kita bahawa ..
benih baik ..pergi ke mana mana pun ..akan jadi baik.
Lempar ke dalam laut ...benih baik akan timbul pulau. Ya ker?
2) Saya berpendapat begini pula:
2.1 if kita makan benda baik dan halal .. darah kita berkualitas baik. Benih dlm organ kesuburan insya allah akan berkualitas baik. Itu pun jika pasangan hidup kita turut baik.
2.2 if kita membaca buku yg bagus, fikiran kita mempunyai input yg baik
2.3 input bagus .. proses bagus ..maka output pun baguslah insya allah.
3) So bagaimana ..nak kawal benda benda baik ini?
Ada orang kata ..jgn keluar dari rumah. Bila balik sekolah ..jgn biarkan anak anak bercampur dgn kawan kawan yg nakal.
Ada orang kata .. kita memasak masakan sendiri. Cari ikan, ubi kentang dan sayur ..kita terus masak. Kita hidangkan makanan kpd anak anak. Boleh jugak kita amalkan adab makan mengikut sunnah nabi. Berdoa dan bila makan kita bercakap benda benda yg baik seperrti pelajaran, trend komputer, trend matematik sains di negara ini dan kita akhiri makan makan kita dgn doa. Subhanallah!
Tetapi zaman sekarang ..tak ramai orang mampu makan minum di rumah. Kalau tak turun ke kedai mamak ..tak sedap rasa hati. Tinggi sungguh kepercayaan kita kepada kualitas masakan di dalam kedai mamak india/ pakistan itu.
Untuk makluman , kedai mamak mempunyai tukang masak lelaki sahaja. Tidak pernah lagi saya terserempak dgn tukang masak perempuan di bawa maghi dari Bombay, Peshawar atau Kashmir. He..he..he..
org org lelaki jika masak , pakai lempar jer ..ketulan ketulan ayam ke dalam kuali bersaiz besar. Masuk itu dan ini ..jgn risau jam 1 - 2 ptg karang ..eksekutif melayu akan turun dan makan. Cukup bagus org org melayu. Tinggi kepercayaan mereka kpd masakan benggali putih/ hitam ini.
Sekarang zaman penyakit kronik ..makin menjadi jadi. Sumber penyakit ialah dari kuali itu.
So berwaspasdalah.
4) Akhir kalam .. org baik ..selalu fikir benda baik. Salah satu ialah berkongsi kongsi idea ..bahawa .. elok jugak kita masak di rumah ibu. Bukan susah sangat bukan?
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab. Tuhan Maha Besar.