Salam
Ramai manusia sakit jiwa dan kepala. Dulu rambut lebat dan hitam tetapi sekarang banyak sudah berubah. Rambut putih dan ada itu botak bersinar sinar.
Ini adalah kerana ramai kita sudah gila.
Gila di rumah, sekolah, opis dan kedai kopi.
Formula apa?
Ayah doktor, isteri doktor ..mereka mahu anak anaknya semua doktor.
Suami jurutera, isteri akauntan .. anak anak kalau boleh jawatan mereka lebih tinggi dari akautan. Bagusnya Perdana Menteri.
Disebabkan formula ini
Ramai ibu bapa yg gila tak tentu pasal.
Dari UPSR, PMR, SPM, STPM
Ramai ibu bapa mabuk tuisyen pakar.
Semua subjek kalau boleh tuisyen pakar.
Katakan satu subjek tuisyen memakan wang RM1000 setahun , maka kalau ada 50 subjek dari umur anak 7 tahun hingga 20 tahun
Ada ibu bapa sanggup bakar wang RM50,000 sepanjang tuisyen anaknya 1 orang.
Dasyat, kalau ada 4 anak
Mereka sudah bakar wang RM200,000
2) sayangnya selepas semua tuisyennpakar dan gila
Anak anak tak dapat kerja pun.
Kalau kerja pun apalah yg nak disohorkan.
Belajar kejuruteraan kapal terbang
Sekarang pegawai stor Giant Supermarket Wakaf Che Yeh.
Ha..ha..ha..
Penat penat penat.
Belajar kedoktoran di Madras
Sekarang nursery bunga di Grace Garden jah.
Ha..ha..ha..
Kena pulak PM saran
Jangan pilih sangat kerja.
Just kerja sudahlah.
PM sedaplah.
Anak tiri tak pandai pun
Boleh beli rumah 20 juta USD di Amerika Syarikat.
Anak orang tu
Belajar kejuruteraan kapal terbang
Kerja Mydin ..bila mau beli rumah untuk dirinya ni?
3) ibu bapa jadi gila
Kerana terikut sangat trend waktu ini.
Orang cina tuisyen
Orang india tuisyen waktu maghrib
Orang melayu pun kerah anak anak pi tuisyen
Waktu maghrib jugak.
Sembahyang tidak.
Ngaji quraan tidak
Nah ...sekarang ramai tak ada kerja.
Blood Pressure mak ayah naik dan terus naik.
Lama lama mati.
kasihan.
Mereka jalan trus
kerana terikut sangat trend la ni
orang main piano
anak tuisyen piano
orang main gliders di Bukit Bendera
mereka pun gliders .. terus patah tengkok
see?
cukuplah ..
jangan mabuk sangat formula tu
buat apa apa
biar sederhana sudahlah.
kasi anak seronok belajar
tak rugi apa apa
katakan UPSR semua C dan D
PMR semua C
SPM semua C, sekarang graduan
kolej komuniti tiba tiba hebat dari Chef Wann
kita jugak akan ke London.
Pamer masakan lontong basah johor
pamer stail masakan sambal daging
tengok
rezeki tuhan.
dah lah anak happy
umur kita panjang.
rambut lebat lagi
tenaga tetap mantap
tak mau kau?
ha..ha...ha
sekian.
renung ..jom kita fikir bersama
berbaloi kah semua tuisyenngila di atas.
wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment