kerja

Posted by sazali

Salam

Kalau kita pergi ke Paka, Terengganu
Kita jumpa ramai orang berkerja Petronas,

Kalau kita pergi Melaka
Ada orang kerja askar

Kalau kita pergi stadium Merdeka
Ramai orang kerja bola

Kalau kita pergi Gua Musang, Kelantan
Kita akan berjumpa dengan orang kerja Ekon Jaya

Pendek kata
Kita masuk hutan pun
Ramai orang mengaku
Mereka kerja hutan,  getah dan sawit.

Hatta pergi sejenak ke Filipina pun
Ramai orang kerja gula.
Ladang tebu untuk bekalan gula.  Berduyun duyun orang manila berkerja dalam ladang tebu yg luas.

2)  tak ada pun orang mahu 'kerja agama'.

Kerja agama ialah kerja dakwah dan tabligh secara terang terangan.

Bila dakwah tidak dikerjakan
Timbul 5 masalah besar di seluruh dunia

2.1  masjid surau hanya dipenuhi dengan mereka yg sudah tua/ bersara
2.2  al quraan dan hadith jarang sangat orang merasa seronok untuk membacanya
2.3  anak anak muda lelaki dan perempuan sudah jauh dari amalan masjid suci murni
2.4  orang lain tak masuk islam pun  dan tragedi
2.5  sudah ada orang mula murtad secara diam dan tidak disedari.

Begitulah
Bila kerja agama mati.  Siapakah yang rugi?  Orang islam atau orang kafir tuan dan puan?

Sekian.
Wasallam.
Renung renung dan fikirkanlah.

0 comments:

Post a Comment