Salam
Selepas istima aku pulang.
Niat nak keluar negara jauh after raya ni.
Istima ..orang tersangatlah ramai.
Kalau badan tak sihat payah jugak.
Tandas ..ada queue. Tandas bukan mcm rumah kita bila ramai manusia berebut rebut nak menggunakannya juga.
Ada ramai orang berbaris di luar.
Sakit perut. Buang air memang tak puas.
Semua nak laju.
Tempat tidur ..atas papan papan kayu ..letak toto dan aku boleh lagi tidur.
Jika di rumah, tidur macam raja. Permaisuri aku layan macam macam. Tetapi
Dalam istima ..aku tidur ..cukup cukup tak selesa tetapi inilah sikit pengorbanan orang buat kerja dakwah.
dalam senang, kita ambik kerja dakwah.
dalam susah, kita tetap mengambil kerja dakwah.
2) bayan (ceramah) cukup berat isi kandungannya.
Ada bayan best , penterjemah nya best.
Ada bayan tak best. Penterjemah tak best.
Yang penting aku cuba mendengar dengan penuh teliti.
antara isi kandungan bayan (ceramah)
2.1 kita kena ambik kerja dakwah
2.2 mengapa? Kita umat dakwah. Umat terbaik di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w
2.3 untuk maksud dakwah kita mesti berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit
2.4 hadiah untuk pekerja dakwah ialah syorga dan Allah ampunkan dosa kita
2.5 bila dakwah dipikul bersama sama kita jadi umat yg mulia dan kuat
2.6 bila dakwah dilupakan inilah kesannya
2.6.1 umat islam mulai murtad
2.6.2 amalan agama dilupakan. Ada ibu bapa tak sembahyang. Bukan itu sahaja, anak cucu pun tak sembahyang. Jika anak solat, ibu tak solat. Ada ayah tak solat. Ketenangan hidup hilang beransur ansur.
2.6.3 orang kafir tak hormat, tak gerun kepada umat islam lagi. Tengok kes rohingya. Mereka dibunuh kerana mereka tiada kekuatan untuk melawan orang kapir secara beramai ramai
2.6.4 penzinaan menjadi jadi. Arak, judi, rasuah, tipu, khianat menjadi jadi
untuk menyekat kehancuran islam, kerja dakwah dikerahkan di seluruh alam. Dengan dakwah, pertolongan Allah datang serta merta.
3) makan minum first day di tempat istima best.
Second day tak best. Daging kerbau.
Ada bayan tak best, pentrjemah cukuplah best.
4) isi kandungam bayan ada 2
First iman
Second taqwa.
Yg lain semua cerita dari padang pasir.
Jika taat semua, gerenti syorga..
If tak taat. Mungkin kito ke neraka beramai ramai.
Tapi apa apa
Bayan sudah berubah.
FOKUS pun berubah.
Dakwah luar negara.
Allah janji mu syorga.
aku ke sini kerana ..apa apa pun langkah pertama perlu dibuat. Inilah langkah pertama aku secara sengaja atau tidak. Niat suci, langkah pertama pun suci.
Jika aku mati, susah payah ini dijadikan bukti.
ini berbeza dgn belajar agama secara senang, depan TV, makan maggi mee dan bersedap sedap dengan anak bini di rumah, apartment mewah dan belajar agama secara sedap, ketawa dan pura pura.
cuba kita fikir 1 minit.
jika para para sahabat nabi Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali bersedap sedap jer dgn isteri mereka di rumah di mekah, di madinah rasa rasalah sampai ke islam ke Malaysia?
jika anak anak muda islam zaman dahulu hanya bersedap sedap main bola, tunggang kuda untuk exercise badan, angkat besi supaya badan mcm robocop
rasa rasa islam sampai atau tidak ke Malaysia?
jika isteri isteri Baginda nabi sibuk shopping dan memakai bedak sejuk, minyak wangi, beli tudung anika warna setiap hari, sekali tudung belit ke depan, sekali tudung dibelit ke belakang, sekali buat tudung macam jambangan bunga di atas kepala
rasa rasa engkau lah ..bolehkah islam sampai ke bumi Malaysia, Thailand dan Indonesia?
kalau jawapan itu tidak
maka sebab itulah islam hilang kekuatan.
Ayuh tuan, ayuh puan
jom kita bangkit bersama sama
jom tolong agama Allah
kita buat sama sama. Kerja dakwah ini.
Janji Allah sentiasa benar
jika kamu menolong agama aku,
AKU akan menolong kamu.
itu jer untuk kali ini. Yang bagus dari Allah, kalau tak bagus, itu semua my fault. Maaf.
Sekian.
Wasallam
P/s
Sekalung tahniah kpd warga Sekolah, Maktab Tahfeez
Sri Petaling yang telah membantu
menjayakan istima karkun lama 2017 nanti. Muga muga Allah menerima kita semua.
Ameen
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment