sihat dan sakit

Posted by sazali

Salam

Tuhan jadikan manusia dalam 2 keadaan.
Pertama sihat.  Keduanya sakit.

Dalam sihat manusia mampu menjalankan beribu-ribu aktiviti. Contoh bernikah khawin, berjual beli, menternak binatang, masuk ofis keluar ofis, masuk tandas tanpa bantuan sesiapa dan macam macam lagi.  Jika tuhan menggenakan caj servis, entah berapalah bil yang perlu kita lunaskan saban hari.

Kita mengambil satu contoh mudah.
Nikmat jantung.  Jantung berstatus sihat.
Dia pam darah ke seluruh badan kita.
Bila darah mengalir ke otak
CPU kita Ok.
Kalau tidak, hancur kita.
Bila darah mengalir elok
Di hentian trafik
Kita tahu lampu hijau itu jalan
Dan merah itu berhenti.  Apa kata di hentian trafik itu
Jantung kita binggung sebentar. Vyes binggung  pak.
Bila ini berlaku, CPU kita tiba tiba jammm.
Mungkin lampu merah kita jalan
Dan lampu hijau kita berhenti.
Apa akan jadi tuan?

Betul.
Kita mati jika kereta kelisa kita berlaga dengan treler tayar 40, tuan.
Kita mati juga bila semua jenis kenderaan melanggar kita dari belakang.
Kalau bukan kita mati, mungkin anak anak cucu kita cedera parah.  Susah.  Kiamat sekejap di hentian trafik tadi.

Dalam sihat, orang menghormati kita.
Mereka menjamu kita dgn berbagai bagai jenis makanan.
Semua makanan istemewa , tuan rumah hidang dan jamu jamukan.
Mengapa?  Menghormati tetamu.  Ini berlaku bila jantung kita semua sihat  bu.

2) tuhan beri kita peluang
Berfikir nikmat sihat
Dengan adanya penyakit.  Tiba tiba kita sakit.
Setahun 360 hari.  Tiba tiba 5 hari dia kasi kita sakit.  Terlantar  Hospital Pakar, belanjanya Bosar.

Mengapa?
2.1  kita berfikir.  Alangkah bagusnya sihat.
2.2  kita mula menerima hakikat.  Bagus juga ada isteri. Dia bersusah payah mencari beranika manikam buah buahan untuk kita yg sedang sakit.
Hasil susah payah itu, kita mula menyayanginya.
tak cantik tak apa. Tak tinggi tak apa.  Kulit hitam ok.  Mata warna koko ok.
yang penting bila aku sakit kau ada di samping aku.  Tk.
2.3  ini masa tuhan ampunkan dosa kita.  Semakin berat sakit, makin banyaklah dosa yang diampunkan oleh tuhan robbul alameen.  Semakin banyak kita bayar kos rawatan di Hospital Pakar, makin bersihlah kita dari kotoran dosa dosa kita kaki ampu, kaki bodek memanda selama ini,  bukan?  He he he.   Amacam?

oleh itu
bawa bertenang.

jangan panic jika diserang jantung.
ini jalan pintas
untuk kita berjumpa
khaliq robbul ala meen.


apalah yg nak ditakutkan?
george best mati
steve jobs Apple mati
lady diana mati
anwar sadat mati
ferdinand marcos pun mati.
pak hamka , bung karno  semua sudahhhhh..
tun razak ..di London.  Al fatihah untuk mereka muslim muslimat.

ramai dah orang orang hebat mati
jom

Kita join mereka
di sana
di s   a   n  a

Sabar
tawakal
settle hutang tu
wasiat ada buat pak?
sudah baca wasiat tu ibu?

bacalah
jangan tak baca
waktu sihatlah kita baca
Baca baris demi baris penuh hati hati
pembahagian harta  kot?

senyum bu
bapak jalannn
ibu senang?

sekian.
wasallam

p/s   maaf dipinta.

0 comments:

Post a Comment