Salam
Dulu ramai guru berbangsa cina, india dan sikh datang ke negeri terengganu dan kelantan sebagai guru matematik dan sains. Mereka mendidik anak anak melayu sehingga berjaya seperti Prof Shamsuddin Amin, Prof Alias Daud, Dr Ir Shamsuddin Ab Latiff dan ramai lagi.
Bukti kehadhiran guru cina di TMS Besut ada di bawah ini.
2) sekarang jumlah guru di negara ini menjangkau 400,000 orang.
Majoriti adalah guru wanita. Besar komposisi guru adalah guru melayu, wanita, islam dan berstatus berkhawin.
soalan saya ialah
mengapa guru melayu tak boleh bertahan lama bertugas di daerah daerah yang mana masyarakatnya adalah berketurunan cina , hindu dan beragama buddha dan hindu? Adakah mereka ini ganas dan kurang tamadunnya?
3) setiap hari kita disogokkan dengan kalimat-kalimat istimewa
"umat islam, umat terbilang. Umat islam senjatanya doa. Insya Allah Allah tolong orang yang sabar".
oleh itu
mengapa ibu ayah dan/atau suami
sibuk berjumpa menteri
untuk merayu anak anak , isterinya cepat berpindah untuk bertugas di kampung halaman sendiri?
cuba beri jawapan secara jujur.
Adakah orang orang melayu diajar supaya menjadi penakut?
Orang takut tak ke mana, betul tak?
serba serbi takut. Tengok sahajalah
berucap di depan khalayak ramai pun takut, ketaqq
memberi pendapat yang bagus pun takut
menulis buku buku yang berfaedah pun takut, tak yakin pada diri sendiri. Kita banyak menjadi pak turut. Tukang angguk serba serbi dari masjid, surau, sekolah, politeknik, universiti hinggalah ke dewan negeri atau kabinet. Sayang sungguh masyarakat islam melayu pada tahun 1438 Hijrah. Kita sudah banyak menelan candu ..dengan candu kita tak mampu melawan cabaran, dugaan dan rintangan hidup pada era ini. Kita sekadar meniup semangat anak cucu sahaja ..
champion badminton ..bukan melayu
champion squash ..bukan melayu
champion lompat ke dalam kolam renang ..bukan melayu
Dengan banyaknya perasaan takut menyelubungi kita,
rasa rasa tuhan mahukah menolong kita?
Saya tak tahu jawapannya. Kalau saya tahu serba serbi, sayalah yang patut mengepalai negara bukan DS Mohd Najib itu. Kor guanor?
Sekian. Fikir dan jawab, boleh? Maaf jika terkasar bahasa.
Wallahu aklam
0 comments:
Post a Comment