jasa

Posted by sazali

Salam

Ramai orang  telah berjasa kepada kita sejak kita dilahirkan di muka bumi ini. Secara sedar atau tidak, jasa mereka banyak membantu kita.   Alhamdulilah.

Sebagai mengenang jasa mereka elok dirakamkan beberapa kes sebagai pengajaran,ke insafan dan kita boleh menggerti nilai kehidupan ini sebagai insan yang baik.

Mereka yang telah banyak berjasa.

1.  Ibu
2.  Ayah, bapa
3.  Datuk nenek
4.  Komuniti
5.  Negara

6.  Guru, ustaz, ustazah
7.  Jiran tetangga

Huraian

Jasa ibu teramat tinggi nilainya. Sejak ibu menggandungkan kita, banyak dugaan diharunginya. Contoh membawa kita merata riti berkilo kilogram beratnya dlm kandungan.  Dalam rumah dia bersama kandungan ini. Di sekolah pun jika ibu seorang guru, kandungan dalam perutnya masih dibawanya dengan penuh kesabaran.  Bayangkan ibu mengajar tingkat 3 di sekolah.  Berapa kali sehari kandungan ini dibawa melalui tangga secara bertanggungjawab selama 35 minggu.  Tengok awak?  Beg 3 kg berat pun awak mengeluh.  Ibu kita tidak.
Selepas dilahirkan, banyak malam ibu berjaga.
Susu badannya diberi secara percuma. Waktu siang susunya free. Waktu malam pun free. Selama mana?  Ya.  24 bulan.
Kasih sayangnya  dia pada kita bergelar bayi, anak kecil, pemuda pemudi dan seterusnya..
tahu tak? Kulit  perut ibu tak sama dah selepas kamu dilahirkan.  Strech mark? Parut banyak yang melekat pada badannya. Hilang peluang ibu jadi model lagi dan lagi.  Belum termasuk
Doa ibu dan macam macam untuk mu, wahai anak.

Jasa ayah pun sama.
pertama jika emak tak larat,  ayahlah yang larat mendukung mu merata rata ceruk sudut kerana tangisan mu ..cukuplah kuat.  Mungkin marah ..ibu selalu tak kuat berjaga malam untuk bikin susu untuk mu.
Jika peneroka Felda banyak susah payah ditanggungnya.
Hasil usahanya sedikit sebanyak dapat menyekolahkan kita.
Sekolah rendah, menengah, politeknik, universiti
Kemudahan lain dibekalkan kepada kita sebagai anaknya.
Basikal, motosikal, kereta dan macam macam jika ayah mampu.  Kulit muka ayah terbakar kerana pekerjaannya di ladang dibbawah matahari yang terik sejak muda sampai ke  tua.

Bila ayah tiada wang
Banyak usaha dijalankan demi persekolahan kita.
Dulu ayah seorang sahaja sumber wang bagi keluarganya.
Ada menjual ayam, lembu , kerbau
Baru datangnya duit.
bila buntu, ada sanggup melepaskan sebidang tanah untuk pengajian kita di Univ Malaya (rujuk Halim Yazid lagunya Balik Asal).
Sekarang ada orang beruntung.  Kedua dua ibu ayah bekerja.
Ayah pemandu bas dan ibu guru..
Ayah polis   emak jururawat.
Ayah askar, emak pegawai di KPM, Putrajaya.
Ayah askar, emak1 guru, emak2  doktor.
Oleh itu kemewahan sedikit sebanyak datang pada kita.  Celik  mata kita dilimpahi kemewahan.  Rumah kita bangalow.  Banyak benda pakai remote sahaja.
Apa apa pun jasa ibu  ayah menggunung tingginya.

Bila begitu,
Bila ayah ibu sakit
Kita perlu bersegera membantu mereka.
Ketaatan kita ditekankan dalam agama islam dan semua agama.
Mengapa?
Tanpa ibu ayah , kita tidak akan berada di sini.  Tak akan ada KSU, PM di bumi bertuah ini tanpa keberadaan ibu ayah mereka.

Jasa guru pun sama.
Mereka mencurahkan ilmu kepada kita.
Mulai ABC, guru guru lah membuka minda kita
Mengenali dunia dan keindahannya.  Mcm macam stail guru mengajar.  Tak kenal tak  cinta pada guru guru mu.

Ada guru berlakon mengalahkan ibu bapa kita.
Mengapa?  Rezeki kamulah.
Kau sakit, guru menghantarmu ke klinik.
Ada guru mati kerana proses caknanya mereka pada mu.
Ada pensyarah membantu mu siang dan malam.
Ada guru, pensyarah berdoa kamu berjaya.
Waktu viva, selain dari doa ibu ayah.  Satu fakulti
Pensyarah, SV  berdoa untuk mu.
ustaz, ustazah tidak dilupakan. Mereka mengajar mengaji Al Quraan , cara wudhu dan solat dan melalui mereka lah kita faham skop dunia  halal dan haram. Jika tidak besar kemungkinan ada anak dara dan  janda diganggu oleh ramai lelaki yang gila setiap masa dan ketika.  Astaghfirullah.  Manusia adalah haiwan tanpa agama.
ada tu , zaman 1970an ada guru berkhawin dengan pelajar lelakinya.  Aghhh tuah badan?  Panjat kereta , panjat drebarnya.  Untung  kan?  Bonus orang sekolah komen itu ini.
Bila sudah berjaya, jengok jengoklah mereka.
Sekadar berterima kasih, wahai  guruku.  Ustaz ustazahku yang kami muliakan.

jasa datuk nenek.
mereka orang penting juga.
masakan nenek lebih power dari ibu kandung kita.
kita membesar memakan masakan nenek sahaja..
ibu?  Tahu tunjuk tunjuk di pasar. Dibeli setiap waktu
dan hasil semua ini membesarkan badan kita jadi atlet dan mcm mcm...di hospital, jika ibu ayah outstation
kasih sayang datuk nenek sangat diperlukan.
kadang kadang pencen datuk banyak dibelanjakan untuk persekolahan dan ngada ngadanya kita.
why?  Bila ibu ayah kehilangan pekerjaan di MAS, PETRONAS dan banyak kilang lagi seluruh negara.
bukankah dato yg banyak membantu?
bantuan datuk itu adalah jasanya kpd kita.
kenangilah sedikit.
kadang kadang nama datuk cukup terkenal  di kampung.
gelaran tok penghulu lie kayo.
itu pun banyak memberi pengaruh kpd siapa kita sewaktu masuk meminang anak orang di seberang kampung sana.
markah  itu harus dikenang dan dihargai.

boleh ikut cucu cucu ku?
he he he

jasa komuniti

jika kita pandai menjadi ahli kampung
kita akan mendapat banyak faedah dari orang orang kampungmu.
pertama, musim kenduri kendara, rewang, gotong royong, catering dan lain lain lagi.
Orang kampung berpakat pakat menjaga keselamatan rukun tetangga.
ini bukan satu yang senang.
jika team sekuriti kampung terdiri dari 4 kaum
melayu, cina, india dan siam
banyak juga jasa mereka bermalam malam berjaga
demi keselamatan semua di musim perayaan dan sebagainya.
Oleh itu pandai pandailah menyesuaikan diri kita.
tak rugi jika kita mengambil bahagian dalam majlis tahlil orang yg baru meninggal dunia
dan cukup bagus jika kita melawat ketua kampung untuk bertanya khabar itu dan ini.
Kedua musim hari raya kurban
jangan lupa ikut serta.
Dari sini kamu akan mula berkawan dan dikenali jiran jiran lain dari banyak lagi suku kaum dan adat kebudayaan.  Paling bagus ambik anak mereka sebagai isteri.  Bukan susah.  Rumah kamu besar, kereta besar, bank BSN kamu pun besar.  Tengok jer jari tengah mu itu.  Cukuplah besar.  Menambah 1 lagi isteri rasa rasa tak hilang bank, kereta, rumah dan saiz jari jemarimu itu.  Yang pasti ..
Nama mu harum, mantap dan on the go  sokmo sokmo.  Mampu tuan?

jasa kerajaan

ini punya topik cukuplah menarik.
jasa kerajaan.
pertama sistem pendidikan
anak anak kita ramai ke sekolah.
dari sekolah mereka ke universiti.
ada anak semuanya bekerja
ada anak semuanya usahawan berjaya.
ada anak separuh pegawai kerajaan, separuh lagi cari kerja  sendiri.
ini adalah jasa kerajaan menyediakan infrastruktur sekolah, jalan raya, sistem guru, pensyarah pembangunan kurikukum setanding dengan dunia luar.

kedua sistem kepolisan, ketenteraan, imegresen
tanpa polis, tentera
payah kita nak bergerak dari johor ke perlis dengan aman dan bila bila masa.
keselamatan tanah air ..jasa utama kerajaan kita.  Mereka menjaga kedaulatan negara dari serangan musuh seperti komunis 1950an , konfrantasi 1960 dengan Indonesia,   serangan matawang oleh Soros 1990an  dan macam macam lagi.

ketiga sistem undang undang.
pesalah dihukum.
orang rasuah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
jika bersalah mereka dihukum. Penjara bertahun tahun, harta haram dirampas kembali dan sebagainya di lokap polis seluruh negara.  Ini satu pengajaran orang bersalah.

keempat sistem hukum hakam agama islam.
di sini wujudnya ketua mufti, ulama , pegawai pegawai agama
agar rakyat jelata dapat menjalankan kehidupan sebagai mukmin sejati muslim muslimat profesional aman dan damai.
Dalam sistem ini, penzina dihukum.
penipu, penyeleweng wang rakyat , zakat dihukum ikut hukum hakam agama.
oleh itu jasa kerajaan cukuplah besar termasuk pembahagian harta pusaka si mati , bahagi tanah pusaka di pejabat tanah dan sebagainya.  Hal ehwal mualaf dan saudara baru kita dalam islam. Pendidikan mualaf di PERKIM.

kelima kerajaan membina universiti hospital, klinik desa, klinik 1Malaysia , klinik bergerak dan macam macam.
Melalui skim perubatan, ramai anak dara kampung dengan berbekalkan gred 3 pada tahun 1970an dapat diserap sebagai jururawat.
Dengan pakaian serba putih ...struktur badan tinggi dan slim, ramai jururawat bertemu jodoh dengan geng tentera, polis, guru, ustaz dan imegresen.
mereka berlawan uniform musim hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun.  Hasil campur tangan kerajaan, ibu ayah di kampung mampu memberi senyuman tanpa putus putus.  Ini satu langkah menjayakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 hingga 1990.

Dari kerajaan ada sistem kepegawaian. Sistem pengambilan,
gred gaji dan sebagainya.
Syukur negara ini ada ada sistem termasuk sistem transportasi terbaik di asia tenggara.
ada melalui Air Asia kita boleh travel merata rata.  Yang best, bila transport bagus ada rakyat Kelantan berkhawin dengan orang Serawak, Sabah dan Johor.  Ini ok lagi.  Lebih ok rakyat Malaysia berkhawin dengan orang Yaman, Bangladesh, Syria dan Thailand.  Bye bye mak ayah.  Makan sireh di Yaman.

sebagai kesimpulan
jasa jasa ini cukuplah penting.
tanpa mereka susahlah rakyat seperti kita semua.
oleh itu sokonglah kerajaan ini selagi dipimpin oleh mereka
 Yang bijak dan penuh hikmah.  Kalau mereka tak betul,  kita kena berani membuat perubahan.  Kalau tidak, kita betul betul bodoh.  Bukti?  Setiap hari ada sahaja berita rasuah di banyak kementerian, jabatan, unit dan merata rata.  Pokok tak akan bergoyang jika tidak ada angin yg bertiup secara kuat, semakin kuat dan teramatlah  kuat.



zzz  zzzz  zzz
nanti aku sambung,  in sya Allah

al fatihah
wasallam

p/s
penulis lulus peperiksaan PTK3  Peperiksaan Tahap Kecekapan 3.  Satu sitting sahaja lulus.  Soalan mcm karangan ini lah. Stail  Goreng sesedap rasa.  Ok tak?  If not ok,  kita tukar menu pulak.



0 comments:

Post a Comment