Salam
Islam ini indah.
Walau pun dunia dikatakan canggih yg melampau lampau
Umat islam masih boleh membangunkan sifat sifat mulia dalam diri masing masing.
Semua ini Allah serba tahu.
Apakah sifat itu?
1. Ikhlas
Kita boleh hantar sumbangan berupa wang ke mana mana tanpa sesiapa mengetahuinya.
Dengan maklumat berupa akaun bank
Sesebuah pondok tahfiz, dana boleh disalurkan 24/7.
Lillahi taala.
2. Cak na
Islam mengalakkan kita mengambil cakna (prihatin)
Mengenai keadaan umat islam seluruh dunia.
Pada bulan ramadhan al mubarak
Kita masih dapat berhubung dengan perasaan muhibah dan kasih sayang.
Denganbcara ini kita terus berkembang
Menjadi umat islam yg kuat dan bersatu padu.
3. Baik sangka
Rambut sama hitam hati lain lain.
ini bermaksud, setiap individu boleh menjalankan aktiviti kehidupan secara bebas. Kita tidak perlu terikat dengan mana mana pihak. Oleh itu, islam mengajar kita untuk memuliakan sesama insan. Ini bermaksud, orang melayu menghormati orang cina dan begitulah sebaliknya. Contoh, orang melayu gemar memakan nasi setelah ditanak. Tetapi orang cina memakan nasi dalam bentuk bubur. Mereka suka menghirup kuah yang mempunyai daging atau sayur sayuran. Mengapa begini? Jawapan senang jer .. rambut sama hitam, hati lain lain. Yang penting kita diminta berbaik sangka dalam banyak keadaan. Bila begitu, kita boleh menjalankan aktiviti dakwah ke seluruh dunia. Dengan dakwah, seluruh aktiviti lain akan terus berkembang maju. In sya Allah.
4. Rajin ziarah demi agama
kalau ada jiran sakit ziarahi dia. Mana tahu hasil ziarah ikhwah kita semakin kuat. Bawalah biskut kering sedikit sebanyak.
kalau jiran cina tua sakit, lawatilah dia walaupun sejenak. Bertanya khabar kata orang. Suara kita tu mahal bila orang sakit terlantar mendengarnya.
Melalui ikram ziarah menziarahi, kita rapatkan rasa muhibah. Jgn berkira. Satu hari nanti mungkin giliran kita pula. Jgn terkejut jika jiran cina yang membawa anak kita pecah kepala ke hospital di tengah tengah malam hujan lebat dan gelap gelita sana sini. Tuan di mana? Overseas presenting paper. Tengok? Amacam?
Cukuplah 4 sifat mulia ini
Saya tuliskan untuk tatapan tuan dan puan pada malam ini.
Sifat dan amalan di atas
Jika dibuat secara konsisten beramai ramai
Semua kita akan merasai kemanisan beragama islam di mana mana jua. Amalan ini boleh dibuat tanpa mengambil faktor kekangan umur, bangsa dan status ekonomi.
In sya Allah.
Sekian.
Wallahu aklam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment