Salam
Pagi ni saya sedang mendengar 6 sifat para para sahabat r.a.
Ramai orang tua sedang mendengar ceramah dari pelajar politeknik PKB.
Mereka mendengar dgn penuh khusuk.
Sifat para para sahabat nabi
1. Yakin pada kuasa Allah
2. Solat
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram muslimin
5. Ikhlas
6. Sanggup berkurban segala segalanya untuk agama.
Saya seronok melihat amalan ini diceritakan iaitu
Orang tua sanggup mendengar sesuatu
Yg baik dari orang muda dari Dungun ini.
Baguslah.
Selalunya orang tua memberi ceramah
Dan orang muda mendengarnya.
Ini lain.
Budak berumur 19 tahun bercakap
Dan orang orang tua 50, 60, 70 tahun
Asyik mendengar buah fikiran budak muda tersebut.
Salah satu ayat budak muda itu ialah
Orang bergaji 10,000 rm rasa tak cukup cukup
Tak berkat.
Tak cukup sahaja.
Asyik nak lagi dan lagi.
Sedangkan
Orang bergaji rendah rm500 hidupnya
Aman dan selesa.
(Ketawa).
Sedap budak ini berceramah
Tahu ke dia beza duit
Rm10000 dengan rm500?
Hanya orang yang ada pengalaman sahaja faham apa yg dicakapkan oleh nya.
yang seronok
orang orang tua sabar, mengangguk , mengiakan
apa yg disebut oleh budak muda dari Dungun ini.
Saya seronok
kerana orang muda sudah banyak memahami
nilai Rm10000 ..hidup tak selesa
sedangkan rm500.. hidup selesa aman dan damai.
Allahu akbar.
besar maksudnya ini.
kedua seronok ialah
budak muda boleh dilatih dalam apa apa bidang.
mereka boleh dilatih bercerita benda yg baik.
tetapi nak melatih perkara ini
ada usaha yg perlu dibuat iaitu
cari budak budak muda di sesebuah kampung atau bandar
dan galakkan mereka sama sama mengambil bahagian
dalam usaha agama iaitu usaha dakwah fi sabilillah.
jika budak muda
ini boleh menjadi leader / ketua
semua amalannya nanti
insya allah boleh
kita orang tua merasai nikmat kemanisan nya. Pahalanya berrangkai rangkai.
benda ni
kurang sangat dilakukan.
sebab itu
budak budak muda hidup terbiar.
budak lelaki terbiar dan
anak dara orang pun dibiarkan begitu sahaja. Rugi.
ini sangat merbahaya.
tetapi benda ni
jarang dinampak
hanya orang tertentu sahaja
dapat menikmati melihat dan merancang sesuatu
untuk kebaikan bersama.
bila budak muda bagus
maka kampung kita akan selamat.
bila budak muda mudi bagus
satu negara akan selamat dunia dan akhirat.
begitulah sebaliknya.
hancur negara jika muda mudi nya rusak.
inilah perancangan licik orang kafir terhadap negara islam.
mereka cipta sel phone dan kita tengok statistik
perzinaan semakin meningkat.
kes rompakan , kecurian bertambah tambah kerana anak muda mahu hidup mewah dalam kadar cepat dan menyenangkan. Jika ibu bapa faham perkara ini,
mereka harus melakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur.
langkah pertama, bawalah anak muda tuan menyertai jamaah dakwah ini. Tak rugi pun.
ayuh untuk ini
siapa yg ready ..jom kira sama sama mengambik bahagian dgn kerja yg agung ini.
jom.
sekian.
wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment