Adakah ini amaran dari Allah

Posted by sazali

Salam

Hari ini hujan tersangatlah lebat. Sebatang pokok tua di tepi jalanraya pekan kecil Parit Raja ..tumbang. Lantas trafik bergerak perlahan dan lebih perlahan kerana hujan sangat lebat.

2) hari itu , ada kemalangan. Trafik bergerak perlahan juga. Siren ambulan dan bomba .. kuat berbunyi dari hulu ke hilir .. tapi bagi kami semua ini sudah "kalis/lali" dah dgn kami. Selalu begini trafik di Parit Raja, Johor ini.

3) Mungkin Allah nak ingatkan kita bahawa cuaca , nyawa anda .. sekalian adalah di bawah kawalan yg MAHA ESA>

Mungkin Allah Taala marah sangat kot .. ada pemerintah bongkak berkata:

"Hanya B.N . sahajalah yang dapat selamatkan tanah air kita ini"

tetapi kalimah karamat Muslim ialah "..

La ila ha illa llah .. muhammad dur rasulullluah".

Makna nya .. Hanya Allah pencipta dan pengawal sekalian alam semesta seluruh alam..bukan mu manusia
dan Muhammad itu pesuruh Allah.

4) Dulu Allah telah beri amaran keras di mana 260,000 rakyat Acheh dihanyutkan dgn Tsunami .. kerana manusia cepat lupa .. nikmat Allah kpd makhluknya. Acheh hanya 1000 km sahaja dari pantai Melaka/ Selangor dan Pulau Pinang. Simple jer ..jika nak datangkan satu lagi tsunami ala malaysia.

Mereka (Achehan) tidak menegakkan suruhan tuhan/ kuat main pantai/ tidak ikut perintah tuhan dan tidak ikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w. seratus peratus sehari semalam. Salah satu suruhan tuhan ialah sembahyang fardhu 5 kali sehari dan buat kerja kerja dakwah. Bukankah that day / night Jom Heboh TV3 berlawan dgn seruan azan dari masjid besar Bandar Melaka baru-baru ini? Berapa ramai anak anak muda-mudi melompat lompat katak menyahut seruan Jom Heboh yg melalaikan itu. Tidak takut kah mereka?
Malam tadi dalam Berita Perdana TV3 ..lima buah wilayah besar Amerika Syarikat ialaitu Ohio, Alabama, Florida .. hancur bila tuhan turunkan angin puting beliong .. angin kuat ..merosakkan seluruh harta benda. Rumah rumah besar rakyat amerika nampak macam kotak kertas sahaja di sisi yg maha kuasa..bila Allah turunkan bala. Helikopter dan kapa-kapal terbang buatan manusia ..pun ..diterbangkan oleh angin puting beliong tersebut. SEnang ..bila Allah nak hancurkan manusia. Sekarang Acheh dah kena ..Jepun pun kena dan malam tadi Alabama pun dah kena .. what can stop Allah brings down disaster to us Malaysians if .. we are not practising the true teachings of Islam. Takutlah saudara/saudari hamba. Beringat sebelum kena.



Sekian. wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment