Kenapa kita kena banyakkan bersabar

Posted by sazali

Salam

Zaman la ni ..semua benda berjalan terlampau laju. Makan tengah hari ..waktu nak sembahyang Jumaat pun ..kita kena pandai-pandai makan tengah hari (dgn keadaan laju) supaya kita tak miss ..sembahyang fardhu jumaat dalam apa apa keadaan pun.

2) Duit yang ada RM50 ..waktu pagi ..waktu ptg ..mungkin masih berbaki RM4 - Rm5 sahaja lagi maklumlah PLUS telan duit kita 2 kali pergi kerja dan kembali ke rumah. Lepas tu ..breakfast jam 1000 pagi .. duit kita makin surut dan surut maklumlah mana ada nasi beryani gam berharga RM4 ke bawah. Lepas itu air buah laici berrendam dgn ais .. Rm1.50 pulak . Gi solat .. terserempak muallaf ..pompuan ..nak kasi duit lagi. Masuk pejabat ..ada lagi ..tabung staf yg mana rumah nya baru jer dijilat api. Kuar lagi duit . Top up Maxis RM10 / minyak PETRONAS RM10 jer .. so pi mai pi mai .. bila balik rumah ..pecat baju dan seluar ..baki duit RM3.50// macam mana org org miskin di kampung dan di pusat metropolitan Kuala Lumpur?

3) Mahal kan kos kehidupan ini? tapi tak apa .. YB Dato Seri Haji Mohd Najib Tun Razak dah janji .. jika rakyat kasi B.N menang PUTRAJAYA this time round.. dia akan tolong kita semua. Entah apa yg nak dia tolong ..pun saya tak faham.

Menteri Pendidikan kata kat Sekolah tak ada dah yuran PIBG dan macam-macam lagi yuran tetapi tadi anak call .. yuran PIBG ..RM400/ setahun. Sekolah Berprestasi Tinggi di Klang, Selangor. Gilo bukan? Menteri kata lain ..Pengetua SBT buat lain .. kasihan ayah dan mak .. kena korek duit dalam lagi dan lagi sampai tak ada lagi nak korek apa lagi duit hah? .. kat CIMB. Kenapa begitu hah? SBT = sekolah belanja tinggi? hari tu baca ..bila sesebuah sekolah diberi title SBT , otomatik mereka dihadiahkan RM700,000 untuk pengurusan. See 700K? buat apa dgn duit tu hah? he..he..
Dalam episod lain pulak ..semua berjalan laju tau ?,

4) Staff MAS pun nampak frust jugak. Kerja siang dan malam .. rugi jugak RM2.5 bilion banyaknya. Bayangkan perasaan staf MAS selepas Dato Jala Idris serah jawatan CEO kat org lain. Hancur dan bertambah hancur ..prestasi kerja staf MAS. Memalukan kot ..jika nak bandingkan dgn prestasi SIA singapore. Kenapa hah?

Negara kita kaya macam-macam termasuk petrol, minyak sawit, susu getah, susu lembu NFC , .. , ikan dari Laut Cina Selatan ..tetapi MAS rugi dan rugi jugak. Apa dah jadi ini? Pelajar asing terlalu ramai la ni di kumpur .. tetapi kenapa MAS rugi jugak ? Kalah dgn Air Asia? tak logik. Air Asia baru setahun jagung ..MAS tertubuh 50 tahun yg lalu. Apa liabilities yg MAS sedang tanggung ini? .. menyebabkan dia rugi rm2 bilion .. kenapa Dato Seri Najib ambik Dato' Jala Idris dari MAS untuk kawal satu Jabatan Perdana Menteri / itu simple jer/ PTD mana mana leh handle, cari PTD JUsa "A" ker .. / tapi MAS adalah wajah Malaysia.. malu kita ini? MAS kena dikawal oleh org dlm dunia korporat dan bisnes ..besar-besaran .. nah sekarang dah rugi RM2 bilion. Mana nak letak muka kita sebagai rakyat malaysia bila melancung ke Korea, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Myamnmar dan England. Dalam TV3 kita rakyat dicanangkan rata riti bahawa .. MAS adalah the BEST Airline Organizations ..dapat banyak hadiah trofi ..itu dan ini dari negara luar ..cuba cross check dgn majalah majalah atas kapal pesawat .. banyak bukti MAS berjaya menang itu dan ini di persada antara bangsa.. ooppsss ooopss ..tiba tiba bila masa berjalan pantas .. MAS RUGI BESAR 2.38 BILION RM / gila b.bi punya cerita bukan? Itu geng geng saya yg tak ngaji tinggi mana pun ..berhujah atas wakaf tepi bendang padi. He..he.. suka jugak saya dengar mereka komen itu prestasi MAS punya pasal. Oh yes .. ramai kawan kawan saya adalah pencen guru guru belaka di Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pasir Puteh.

Harap ada orang pandai leh jawab. Mungkin laluan KL - London tak untung lagi. Laluan KL - Dubai pun tak laku lagi. Jika tak laku dan untung ..mengapa tak tutup jer lah. Kenapa nak tanggung semua kos ..yg merugikan ini? Simple maths dan simple ekonomik. tanya drebar teksi bandar Kota Bharu .. mereka pandai menjawab itu punya route/ Salesman Traffic Scheduling Probblem. If route 1 taklaku .. jangan lalu lah .. jangan bawak passengers lah. Kita bukok ..route lain yg menguntungkan. RM2.38 BILION .. tak tahu nak schedule laluan kor?

Tetapi sebagai org pandai universiti , aku cuba jugak jawab, .. laluan establish tak boleh tutup begitu sahaja. Contoh London - Paris - Kuala Lumpur MH03. Marah nanti ramai passengers yg dah jadi penumpang setia hidup semati dgn MAS/ atau penumpang dari connecting flights. Marah benar mereka jika mereka tiba-tiba stranded di ROME, Italy. Bayangkan mereka adalah anak-anak isteri kerabat menteri dari Malaysia.

Buat lah analissa ini MAS oooi.. dan ramai mak ayah sedang susah hati. KPM / KPTM kata .. yuran tak payah bayar tetapi sekolah charge macam-macam jugak. Bagaimana anak anak org org miskin di kampung yg jauh di sana nak belajar , timba ilmu dan lain lain lagi. Anak anak org Kumpur yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan bagaimana yer? Simpati saya kpd kalian.

Jawab jgn tak jawab .. please siapa-siapa lah ..please?
Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment